deena and the gang

February 20, 2015

TAZKIRAH JUMAAT : KISAH SEBIJI BOTOL


Botol... ����

ehsan google
1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1 ...��


2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8 ... ����

3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...������
ehsan google
4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000.����������

5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.....



Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza...


Begitu juga kita...kita semua sama...kita .semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...



Renungan untuk hari ini...




credit to : http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com


p/s: semoga kita sentiasa mengisi diri kita dgn sesuatu yg bermanfaat insyaAllah

February 12, 2015

Pengulas Sukan Hasbullah Awang Meninggal Dunia






Pengulas sukan veteran negara, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Khamis.

Allahyarham menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) IJN pada pukul 12.20 tengah hari ini. Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kediamannya  di Seksyen 32 Bukit Naga, Shah Alam pukul 3 petang Khamis.

Beliau merupakan seorang pengulas sukan di Malaysia yang kini bertugas di Astro Arena sejak Januari 2014 setelah menamatkan khidmat di RTM. Hasbullah,63 memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan pernah menjadi pembantu dalam mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era semi-pro pada awal 1990-an.
Personaliti kelahiran Teluk Intan, Perak itu juga pernah menyumbang suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.


sumber : mStar Online

p/s: Al-fatihah..

February 7, 2015

Resepi Crunchy caramel & roti gebu

dapat 2 balang..

A'salam...
Aktiviti petang tadi, jadi jugak kita membuat roti sendiri dan biskut crunchy caramel.. serius memang sedap biskut nih,  nak membuatnya pun senang sangat. Cuma roti leceh skit kena uli, dan perap sampai kembang semangkok berjam gak menunggu, tapi hasil nya pasti tak mengecewakan.. cer try buat.. konfem anak-anak suka :)

Resepi Crunchy Caramel, boleh klik sini dan untuk resepi Roti Gebu Gebas tengok kat sini



siap untuk di mamam..
Tak payah dah beli roti lagi pasni, simpan dalam bekas kedap udara sampai 
esok pagi pun masih lembutttt jer..  biskut crunchy caramel tak di jamin ok, sebab sekali korang kunyah alamat takkan berhenti punya !
tau2 balang dah kosong wooo... sangat sedap :))


p/s: klu beli sebalang rm27 katanya.. 

February 6, 2015

Kelik Kelate...



ada yang tinggal tapak rumah..
A'salammualaikum...
bila dah lama tak update blog rasa mcm ada tak kena jer :) bukan apa, sebelum ni
tiap hari mesti ada entri yang nak di ceritakn atau berkongsi tips. So lepas ni kena rajin jenguk blog kesayangan dina ni, sekurang-kurang 2-3 entri dalam seminggu.. inshaallah..

otw ke pkln kubor, terkezut mokcik ada patung sebosar ni !

Sepanjang dalam perjalanan ke kelantan tempohari, dari gua musang dina dapat tengok sendiri kesan selepas banjir besar yang melanda negeri cik siti wan kembang. Masih ada kedai, pasaraya, stesen minyak dan bank tak beroperasi lagi terutama di bandar kuala krai..

 al-fatihah buat arwah yasmin damia..
Memang kali ni balik tanpa buah tangan seperti dodol, asam jawa bersalut gula, jeruk, manisan.
ada takde pun sempat ler beli skit pinggan mangkuk di Pengkalan Kubor.
ampeh ! kastam tahan kena bayar cukai 10% . RM30 hengget banyak tuu..
bebel punya bebel dorang turunkan ke Rm20 kena bayor..


p/s :   baik gi nilai 3 jer pasni..  ;)

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this