deena and the gang

August 20, 2014

Wordless Wednesday...




August 17, 2014

Ketika diri tidak dihargai ?

Tidak semua manusia mampu menghadapi tekanan apabila diri dihimpit resah taktala terasa diri semacam tidak dihargai lagi.  Sungguh betapa sukar untuk menerima hakikat ini hingga ada yang kecewa, sengsara dan derita. Memikirkan diri tidak dihargai lagi bukan sahaja gerak langkah yang kita aturkan semakin sumbang dan tak bermaya bahkan ia akan membunuh semangat diri kita. Hidup akan jadi tidak berkeyakinan lalu sampai bila? bukankah hidup ini terlalu singkat, demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan. Ruginya hidup kita bila terlalu banyak bermainan dengan perasaan, alpa serta khayal memikirkan sesuatu yang tidak mendatangkan hasil. Ramai manusia bila kecewa atau sengsara akan membawa hati yang lara terlalu jauh dari kehidupan ini. Duduk di dalam dunia ciptaan sendiri  walhal dunia itu hanya dunia angan-angan yang tidak wujud!.  
Apa keberhasilan yang kita perolehi disebalik semua itu? sedangkan alam yang diciptakan oleh Allah Ta’aala terlalu banyak nikmatnya untuk dinikmati. Tidak semestinya makan itu nikmat, minum itu nikmat, bercinta itu nikmat, kahwin itu nikmat, keluarga itu nikmat bahkan seluruh isi alam ini terlalu penuh dengan kenikmatan yang tidak mampu kita hitung!. Jadi, mengapa rasa diri tidak dihargai...cuba renung dalam diri kita. Apakah kita tidak sedar bahawa kita punyai harga diri? Kita punyai kelebihan dalam diri kita, keunikan yang tidak mungkin ada pada orang lain.Hari ini jika kita rasa kecewa dan menderita, padamkan-lah dalam kamus diri kita. Hargailah diri kita, tidak mengapa jika orang disekeliling kita atau orang yang kita sayangi tidak menghargai kita asalkan kita sendiri punyai harga diri. Pasakkan dalam hati kita, keyakinan dan  pohonlah hidayah dari Allah, semoga terlimpah dalam jiwa. 

August 15, 2014

Laksa dan Cendol Tempurung

pic credit to m_Star online

Kreatif sungguh peniaga ni, laksa dan cendol pulut di hidang dalam tempurung ?! Gerai ni khabarnya terletak di Pulau Pinang.. dan jadi tumpuan orang ramai sampai sanggup berdiri beratur untuk dapatkan laksa dan cendol pulut tempurung.
pic credit to m_Star online

Cer bayangkan resepi laksa tempurung ni di gabung dari 3 buah negeri.. kedah, perlis dan pulau pinang.
tengok gambar laksa ni pun dah meleleh air liur. Nasib jauhkan.. mana tau kot pasni aku tersesat ke sana pasti takkan aku lepaskan peluang pekena laksa dan cendol pulut orang Pulau Pinang.. '  tunggu cek mai noo... :)


Info lanjut klik sini



credit info : m-star online



p/s: salah satu strategi marketing... kena buat lain dari orang lain :)

July 24, 2014

Salam Aidil Fitri



p/s: tahun ke 2 aku beraya tanpa abah... :(

April 16, 2014

Cheesecake biskut aka Cheesekut !



Aku dapat resepi ni dari blog Cik Epal, klu korang nak try senang sangat dan bahan
pun mudah dapat. korang cuma sediakan susu segar, krim cheese, biskut deluxe
cracker, susu pekat dan nestum.


Krim cheese dan susu pekat siap untuk disapu atas biskut.
 

 Sebelum tu biskut ni direndam dulu dgn susu segar, tapi jgn sampai biskut
ni lembik. 

February 3, 2014

Nombor akaun CIMB bertukar ke 10 digit.


Sesapa yang ada akaun cimb tu mungkin dah tahu berkuatkuasa tarikh hari ni no akaun yang lama (14 digit ) telah di tukar kepada 10 digit sahaja. Macam mana nak tau no akaun baru ?  Caranya login CIMB Click dan pergi menu “My Accounts > Account Number Lookup”








p/s: jenuh nak menghafal balik no baru, walaupun 10 digit :)


January 27, 2014

Wirawatiku..

nape mata rara tuuu... ngantok ekk :)

Lama gak aku dah update kat sini ekk... bz ?? toksah citer la sememangnya sangat sibuk dalam menguruskan urusan rumahtangga. Penat bekerja di ofis dari pagi sampai ke malam, lagi penat dan mencabar kalo seharian duk mah melayan anak-anak ditambah ada baby haa.. :)

adam sedih nak tinggalkan kakak dia...

Dalam dok kalut dengan keluarga disini, tanggungjawab pada anak-anak yang lain sedikit pun aku tak pernah abai walau dorang dari kecil membesar ditangan orang lain... huh ! * mcm geram jer bunyi nya kan !? *  macam-macam citer yang aku dengar layanan terindah depa bagi kat anak-anak aku..its ok aku hargai dan diiringi dgn ucapan terima kasih dengan cacian makian mulut yang teramat longkang tuh! anyway aku sebagai ibu pada anak-anak aku tuh, tetap sabar dan selagi boleh sabar aku sabar. :)

sape sangka boleh lak satu kem dengan kawan sekampung

Wokey lah citer bab my gegirl kesayangan sorang nih, dekat 2 minggu dah duk dalam hutan di Kem Plkn Ayer Keroh Melaka, baru semalam dapat ketemu dong.. rindu dgn masakan ibu katanya walaupun hanya sambal ikan bilis, terung rembang ngan cili api huhu.. itulah air tangan ibu biar pun simple masakan tetap menjadi pojaan untuk si anak..

ni jer view yg sempat aku snap

Sejak duduk dalam kem, semua okay kecuali makanan yang disediakan tak berapa menyelerakan pada tekak budak-budak nih sampai ada yang beli maggie dan makan jajan. Kemain berselera si nadira makan. siap aku bekalkan untuk dia makan malam.  Cuma yang ralat sikit nadira tak dapat nak join latihan sesama kawan-kawan dia di sana sebab dikuarantin atas penyakit Anemia yang dia alami. Sebelum gerak balik semalam tak berhenti mulut aku coceh-coceh suh dia makan jer apa yang dihidangkan walau tak sedap, kang duit belanja cepat habis ada plak yang terkinja-kinja meroyan ekekeke... Tak lama mana pun duk sana pejam celik habis latihan balik la ko nak.. ;)

  
p/s :  sian nadira tak merasa nak pegang rifle..

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this