deena and the gang

October 28, 2013

Berat mata yang memandang... bantulah adik Luqman Hakim

kisah luqman pernah dipaparkan dlm majalah mingguan wanita
Adik Luqman Hakim yang aku kenal sewaktu si kembar ( rara) 45 hari dimasukkan ke wad akibat jangkitan kuman paru-paru. Hampir seminggu rara ditahan di wad kanak-kanak  di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Luqman atau mesra di panggil 'Abang' tidak seperti kanak-kanak lain yang bebas bermain, dan tidak dapat ke sekolah. Masa beliau banyak dihabiskan di hospital, hanya beberapa hari dirumah. Luqman tidak dapat ke sekolah semenjak jatuh sakit pada tahun 2011 lagi.

Untuk pengetahun, adik luqman mengidap penyakit paru-paru kronik, sebahagian paru-parunya (bahagian kiri) telah dibuang akibat rosak teruk. Selama aku berada di wad itu jugalah aku dapati adik luqman walaupun dalam keadaan kesakitan beliau amat ceria, hinggakan mencuit hati doktor dan jururawat :). Beliau pandai bergurau dan kadang kuat merajuk. Ibunya Siti Aisyah cukup sabar, amat tabah melayani si anak. adik luqman memerlukan mesin oksigen kuasa bateri bagi memudahkan pergerakan terutama ke sekolah dan kosnya adalah RM21,000. Sebelum ini adik luqman menggunakan mesin oksigen kuasa eletrik dirumah tetapi tidak sesuai untuk aktiviti luar.

October 2, 2013

Tips merawat bayi kuning.


Finally, sempat gak aku mencurik masa menaip entri malam nih. Ikutkan 24 jam dari pagi membawak ke malam sibuk melayan si kembar ngan baby lagi ermmm... sib baik mak ada tolong kalau tak semput den.

Sebenornyer ada motip aku nak cer dalam entri kali nih, pasal baby kuning, ops! fyi masuk hari ni aku dah 12 hari dalam pantang, luka czer pun dah okay rasa, dalaman dah tentu blom pulih sepenuhnya. perlu rajin makan ubat dan kuat berpantang. Kali ni dalam berpantang aku tak amik set jamu pun, hanya dengan set vitamin tambahan shaklee  ( set berpantang). * nak tau info tentang kebaikan Vitamin Shaklee cer klik sini *

jom pekena esp dulu :)
Okay di pendekkan citer aku nak share ngan korang beberapa petua yang aku amalkan waktu Aeril kena kuning baru-baru ni.  :-

~ Titiskan air anggur hijau atau anggur hitam
~ Mandikan dengan air pati teh.
~ Mandikan dengan air rebusan daun belimbing buluh atau belimbing tunjuk.
~ Mandikan dengan air bilasan beras yg kedua.
~ Mandikan dengan air rebusan pokok dukung anak



p/s : thanks sofea & noza , selain dari mandikan dgn air rebusan dukung anak, sis dah cuba bagi titisan air anggur tuh, alhamdulillah... 

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this