deena and the gang

August 30, 2012

Riang riuh anak pakcik Sulaiman di hari raya !

 tks eyna, bwkkan daging dendeng.. mabeles !

Tahun ni umah mak beraya sakan mana tak nyer semua anak-anak dia balik beraya. walau dalam keadaan sederhana aku tetap maintain gumbira menyambut bersama anak-anak. Mak n abah suka jer bila anak-anak dia semua ada depan mata. Tu belum lagi segerabak cucu-cucu dan menantu , memang best sangat !

pasni kitorang buat gangnam style k !

Tiap kali hari raya mak tak pernah mis buat lemang, bahulu, rendang minang dan ketupat. kalau nak tau waktu di puchong dulu mak tokey lemang dari bulan puasa sampai ke malam raya membako lemang. memang masyukkk tapi skang mak tak larat dah nak berdiang kat api katanyer, buat makan untuk anak beranak jer.



p/s: next entri mengkukis biskut siput lemak berkrim... tungguuu :)

August 17, 2012

Baby Rini AF7 meninggal dunia..


Takziah buat beliau dan semoga tabah hadapi dugaan ini..

Pada 11 Ogos lalu, bayi sulung Rini itu dilaporkan jatuh dari katil dan mengakibatkan lemas kerana tidur secara meniarap terlalu lama. Mariam telah dimasukkan ke hospital Kajang kerana pernafasannya terhenti dan doktor mengesahkan anaknya itu berada dalam keadaan kritikal.

Namun, ini berita terbaru yang diterima.Mariam telah pun meninggal dunia dan berita itu disahkan oleh seorang penyanyi wanita lain, Isma di laman Twitternya sebentar tadi.Kata Isma, wajah Mariam terlalu bercahaya sewaktu dia menatap bayi itu buat kali terakhir.Malah, menurut kenyataan Isma, Rini dalam keadaan stabil dan redha dengan ketentuan Ilahi yang menjemput anaknya pergi beberapa hari sebelum menyambut kedatangan Syawal.

Beberapa minat juga turut memuat naik status mengenai pemergian anak Rini di laman Facebook.
Rini telah melahirkan Mariam di Hospital Putrajaya jam 9.34 pagi Khamis yang lalu.
Rini terpaksa melahirkan bayinya itu secara pembedahan kerana berat Mariam adalah 4.25 kilogram.




sumber: http://mynewshub.my


 
p/s: al-fatihah juga buat permata hati kami arwahYasmin Damia...

August 16, 2012

Maaf Zahir dan Batin....

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan  & Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin..



p/s: pada yg memandu utk pulang ke kampung tu berhati-hati di jln raya..biar lmbt asal sampai, nak cepat jumpa selekoh tekan minyak yooo ! ^__^

August 14, 2012

Serunding dari kelantan



Semalam mil kirim serunding, nise, rempah ratus dari klate. rasanyer ini parcel ke 8 mil kirim, kebanyakkan nyer baju utk cucu-cucu dia haa.. menantu pun dapat gak tima kasih mek ! Cer pasal serunding hajat hati nak order berkilo-kilo , ghupenyer mil bgtau itu jer yg dapat cos kehabisan stok. ker fizo omar dah borong kot.. :)

bleh la melaram sakan si rara n adam
Setahu aku serunding ni sedap di makan ngan ketupat palas, ada gak dimakan bersama roti, dan ketupat atau makan mcm tu pun ada. aku ni baru nak blaja makan serunding maklum ler tekak bila musim raya dah biasa dengan rendang dan kuah kacang, kena cuba biasakan makan pas ni...




p/s: pandai mil pilihkan baju utk aku... i like !

August 5, 2012

Rezeki Ramadhan..

Syukran ! dalam sibuk-sibuk jual murtabak, karipap pusing di bazar ramadhan dan tempahan kuih raya, larat lagi aku amik tempahan karipap pusing .Biasanya dari sebelum puasa lagi aku amik tempahan, rezeki xkan nak tolak sib baik si kembor skang ni jarang buat perangai.. pandai bawak diri haa.. agak-agak penat tau-tau si adam ngan rara dah lelap ... sian anak-anak ibu..

Jenuh gak membuat karipap ni cos kalau tak sabor mau serrender. kalau karipap biasa tu senang ada acuan dan penggelek. Hok ni dari menguli sampai la mengelim hanya guna tangan jdan jari jemari haa... * mula2 buat mcm ampeh rupa karipap, kelim lg hancus ! * memang penattt tapi berbaloi.. !



p/s:  ada permintaan karipap pusing frozen, akan difikirkan nanti... http://www.emocutez.com

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this