deena and the gang

June 12, 2012

Adam & Izzara.. pengubat rindu ibu..

si abang kecik dr adik..
Hampir stengah tahun aku tak update blog ni, maklum semenjak melahirkan si kembar pada 20 march lepas  rutin harian aku berubah 100 peratus. memang tak menang tangan bila melayan si rara dan adam.. Tapi aku happy dengan kehadiran si kembar walau bermacam dugaan yg aku kena hadap . Cer serba sedikit aku bersalin awal iaitu 36 minggu, maknanyer tak cukup bulan. dari awal buat pemeriksaan bulanan dengan pakar memang dorang cadangkan aku dibedah coz kedudukan baby songsang..

Waktu tu aku berserah jer janji semua selamat dan aku yakin biasanyer saat2 terakhir nak bersalin boleh normal yer tak ? Kali ni tak kuar tanda langsung, beza waktu arwah Yasmin dulu ada gak turun darah. aku mula rasa kontraksi 2 jam sebelum melahirkan. Sesampai jer di hospital bukaan dah 5cm dan lepas di scan doktor suh sedia utk di bedah..huhu seriau gak mikir tapi aku buat slumber jer..lepas sorang, sorang pakar datang hampiri aku mintak tandatangan dan bagitau kesan dan akibat dari pembedahan..

Adam n Rara

Lepas di bawa ke dewan pembedahan aku tak berhenti mengucap dan berdoa, korang faham2 jer la ibarat nyawa 50/50 jer rasa. Aku dibius separuh badan means dari pinggang ke bawah sahaja. jam 1.38pm Yasmin Izara kuar dulu dan Muhammad Adam Rizky pada pukul 1.42pm. Yang buat aku teruja dan sayu bila nurse bgtau aku dapat sepasang. * serius aku tak sangka dapat boy n girl * mungkin ini hikmah atas pemegian arwah yasmin damia dan anugerah yg diberi oleh Allah...

Okay ada masa aku citer lagi pasal si kembar dan pengalaman pertama kali aku bersalin secara pembedahan... 



18 comments:

  1. tahniah kak deena...alhamdulillah semuanya dpermudahkan..;)

    ReplyDelete
  2. anak kak deena chomel2, geram tgk rasa nak peluk cium2 diorang... tolong ciumkan utk saya k...hi

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum salam tahniah dari akk yeee..kira dah besar dua2 bby comel tu skrg masuk 3 bulan kan ? suka akk negok nak pulak dpt sepasang mmg rezeki tu....moga kedua2nya jd ank yg baik dan solehah pada ibu &bapa...tahniah sekali lg :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer kak, bby2 dh nk msk 3 bln. alhamdulillah kak sheila inilah hikmah di sebalik kehilangan arwah yasmin damia... tks kak sheila.

      Delete
  4. Comel² baby² deena .. and tahniah ye .. ^__^

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  5. Tahniah Deena, dapat kembar lagi yea..diam deena rupanya diam berisi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. diam tak larat sebenor nyer huda.. ;)

      Delete
  6. tahniah kak..lama tunggu akak update blog. sofea

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah klu ada kesempatan akk akn update selalu sofea..

      Delete
  7. tahniaaahhh deena....rindu ngan deena..harap semuanya sihat..rajin2 blogging ok..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu ct beribu lemon ! alhamdulillah semua sihat belaka ct :)

      Delete
  8. taniah happy sangat kamu dah selamat bersalin semoga tabah menghadapi dugaan ok.. tapi yg best tu dapat sepasang dan x sabar nak baca blog Deena pengalaman pertama bersalin operation tu.kembar deena comel sangat - wintanhir-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tina kasih win, syukur sgt2 di anugerah sepasang kembar..

      Delete
  9. salam deena... oh rahsia besar dah terbongkar.
    Tahniah dengan kehadiran putera puteri, Hilang satu berganti 2.
    Semoga terus berbahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak shima, inilah hikmah yg diberi oleh Nya..

      Delete
  10. mungkn dah terlambat, tp xpe la..akak nk jugak ucap tahniah..semoga sihat sokmo yer deena and family.

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this