deena and the gang

October 1, 2011

Sarapan pagi ni ' Nasik Lemak Deena '


Hari ni tah mimpi apa tetiba nak buat nasik lemak, faham2 jer la kalau beli ada jer yang tak puas hati, kacang tah kemana, yang ado sambal ngan telur ! kira ada jer la komplen itu ini tak menepati citarasa. rindu wooo nasik lomak emak ngan moksu linda nun di puchong tu haa... takpe2 kali ni turun sana pasti ku terjah kedai dorang ! ;-) . Deena bagi resepi wat sambal jer la ekk... nasik pejam mata jer tanak takkan tak tahu... cer layan..

Sambal
~ Cili kering segenggam *
~ Ikan bilis skit *
~ Bawang besar sebiji *
~ Bawang putih 3 biji *
~ Bawang merah (kecil) 5 biji *
~ Belacan skit *
~ Air asam jawa ( setengah cawan )
~ Garam skit
~ Gula skit.
~ Perasa (ikut suka )


Blend bahan bertanda * dan tumis hingga garing. masukkan ikan bilis, hirisan bawang besar dan kacau selalu. masukkan air asam jawa, gula dan garam sedikit. kecikkan api dan kacau lagi. Seelok-eloknya sambal ni dimasak sejam atau lebih dan minyak harus banyak.

Nasik macam biasa, klu ikut deena letak santan,daun pandan dan garam skit. ada orang letak halia, tak kisah ikut tekak masing-masing . Akhir skali hias ler ngan timun, kacang goreng, ikan bilis dan telur rebus. selamat mencekik yoo... :)



deena : puas hati masak sendiri....



5 comments:

  1. Rajinnya sis buat nasi lemak..

    ReplyDelete
  2. sedap tu..nampak ulam timun tu makan dgn nasi rapuh jerrr. Kita la ni suka minum three layer tea dan roti cheese...hari2 dok melangut kat aiman tu ja

    ReplyDelete
  3. sedapppnya deena...nnt gi langkawi leh rasa ni hehehe...

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this