deena and the gang

October 4, 2011

Pulut kuning, kari ayam !


Aritu masak nasi lemak, haa ! pagi tadi demi menunaikan niat untuk sedekah deena masak pulut kuning ngan kari ayam pulak. Cara deena simple jer malas nak buat dua kali kerja lepas tos beras pulut tros masukkan sekali ngan pati santan. cer bab masak kari deena prefer guna rempah alagappa's * tol ker munyi nyer ?* sesuai dengan tekak dan sedap pada deena la. klu orang lain mungkin berbeza.

Pulut Kuning
~ Sekilo beras pulut
~ Pati santan ( 2 biji kelapa )
~ 1 sudu besar serbuk kunyit
~ Sedikit garam

Cara:
Beras pulut di rendam skali dgn serbuk kunyit selama 1-2 jam. masukkan beras pulut ke dalam loyang, santan dan sedikit garam. ( sukatan santan sama banyak dengan beras pulut jangan sampai beras pulut tadi tenggelam dek santan )  dan kukus.


Kari Ayam

~ 1 ekor ayam
~ Santan ( 2 biji kelapa )
~ Halia  * blend
~ 10 biji bawang merah *blend
~ 3 biji bawang putih * blend
~ 1 kulit kayu manis
~ Halba
~ 1/2 cawan air asam jawa
~ Bunga lawang
~ 2 sudu cili giling
~ 4 sudu rempah kari daging allagapa's ( di gaulkan dgn sedikit air )
~ 2 tangkai daun kari
~ 4 biji kentang ( bahagi empat )

Cara:
Panas kan minyak, tumis halba hingga naik bau, masukkan bahan di blend, kulit kayu manis, bunga lawang. bila naik bau masukkan 2 sudu cili giling kacau sampai pecah minyak. Masukkan pula rempah kari, daun kari  dan godek lagi.. :)

Masukkan ayam, kentang dan ambik 2-3 senduk pati santan gaul rata bersama ayam tadi hingga pecah minyak. Akhir skali tuang baki santan dan juga air asam jawa. agak2 dah nak empuk ayam dan kentang baru masukkan garam. settle !



p/s: nak membako kuih oven plak sakit , anto repair penutup buat hal =)

2 comments:

  1. kalau sy guna kari baba's..hehe

    ReplyDelete
  2. dah makan dah ...selamat....kreatip deena balut macam nasik lemak

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this