deena and the gang

October 26, 2011

Abby Abadi di duga lagi...

sumber: absolutelyabbyabadi.blogspot.com

Nampaknya impian Abby untuk bersama kekasih hatinya Zul Ariffin tak kesampaian. abby di duga lagi dan mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku. Moga abby tabah dan lebih kuat demi anak-anak beliau...
                                             ********************************

     Sy sgt mghargai khadiran Zul dlm hidup sy. Sgt berterima kasih pdnya kerana sedikit sebyk dia mjadi 'penenang' pd Sy waktu2 Sy sgt2 memerlukan 'seseorg' 3 tahun dulu. Berani Sy katakan, hubungan ni berlaku mmg tanpa dirancang & tak disengajakan. Sy layan jer hati & perasaan Sy 3 tahun tu, smpai mmg nama 'X' Sy out teruslah, kira xde dlm senarai dah, hehe.. smpai tetibe, tak disangka2,  jd seriusss giler hubungan yg tak dirancang ni :) Ikutkan sebenarnya dr awal mgenali Zul, hati Sy selalu je berkata2.... Betulkah? ye ke ni? Bia betik? Bole ke gi jauh ni? huurrmmm... huhu.. tp, Sy jalan terus je sbb Sy mmg dah jatuh hati pd dia:P ooppss! hehe... kira Sy 'gamble' jelah pd hubungan ni :) Takut2, trauma2 pun, Sy redah jugak. Ada jugak peristiwa2 ngeri yg berlaku antara Sy & Zul, tp Sy abaikannn sbb..... SAYANGGG! ZZzzzZzzzzZz.. :)  dlm pd 'gamble tak gamble' tu, tup tup dah 3 tahun berlalu :D

sumber: absolutelyabbyabadi.blogspot.com

Sehingga ke saat Sy menaip utk entri ini, Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu... Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah.... nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, .... tp, takpelah..... Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg. Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada :) Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni. :(

    Sy......... mmmm, di duga lagi...... Sedih mmg tak tergambar dgn kata2, tp Sy redha dgn ketentuan NYA..... Mungkin ada kesilapan Sy, yg Sy lakukan tanpa sedar sebelum ni, & skrg inilah balasan tuhan pd Sy. Sy terharu sebenarnya dgn doa dr semua yg mengharapkan kami bertemu jodoh sebelum ni, tp apakan daya......... Sy pun mengharap 'sesuatu yg terbaik' sebenarnya... tp INILAH TAKDIR SAYA :)

  Sy sedih........ sgt sedih utk terima 'kehilangan' ini.......... tp Sy takde kuasa utk ubah keadaan. Sy cuma nk org yg Sy sayang bahagia dgn apa yg dia mahukan. Insyallah, masa susahpun buleh jer cari Sy. :,) 
                
                                        "SELAMAT ULANGTAHUN YG KE 25"




p/s: abby, tabah dan berjiwa kental orangnya...




October 20, 2011

Ibu hamil anemia berisiko !

sumber: google
Paras hemoglobin rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan anemia. Secara purata hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami paras hemoglobin yang rendah atau Hb rendah.

Mengapa ianya terjadi?
* Peningkatan dalam isipadu darah
* Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
* Penurunan kadar hemoglobin normal.

Punca anemia selama kehamilan juga boleh meliputi:
* Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet anda
* Kekurangan asid folat
* pendarahan gastrointestinal
* Kehilangan darah dari pendarahan buasir

Bahkan jika anda mengambil jumlah zat besi dan asid folic yang cukup, anda masih boleh menjadi anemic kerana perubahan besar proses pencernaan anda semasa kehamilan.

Risiko anemia semasa kehamilan juga menjadi lebih besar:
* Jika anda mempunyai morning sickness teruk dengan muntah sering
* Jika anda mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan
* Jika anda mempunyai kehamilan berganda
* Jika diet anda mempunyai kandungan cukup besi
* Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat

Keadaan ini menyebabkan anda boleh menyebabkan 18-27 gram zat besi setiap hari ketika ibu hamil. Malah jika tidak menerima cukup vitamin B12 atau asid folik, kehilangan sejumlah besar darah, atau beberapa penyakit darah warisan seperti sickle cell disease juga boleh menyebabkan anemia semasa kehamilan.

Bagaimana mengenal pasti bahawa anda mengalami anemia semasa mengandung?
Kebiasaannya ketika menjalani pemeriksaan kehamilan di klinik-klinik kesihatan atau swasta atau antenatal di hospital kerajaan atau swasta, ujian akan dijalankan.

Tanda-tanda lain adalah keletihan yang berlebihan. Jika keadaan menjadi parah, maka anda akan pengsan, pening, kulit pucat, degupan jantung cepat atau tidak teratur, dan sesak nafas.

Cara menangani?

Jika punca anemia adalah kerana kandungan zat besi tidak cukup, maka keadaan ini dirawat dengan tablet atau pil zat besi. Anda harus mengambilnya dengan makanan untuk mengelakkan mual.

Jenis-jenis Anemia dan cara pemakanan.
· anemia ringan (Hb 9-11gm%)

Boleh makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

· Anemia teruk (<8gm%)

Ibu hamil mungkin akan diberi:
* Suntikan Zat Besi (Imferon)
* Pemindahan darah
* selain makan makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
sumber: persatuan ibu-ibu comel mengandung ~fb
  p/s: hati ayam, kerang, jambu batu dan pegaga antara paling tinggi zat besi.



October 13, 2011

Kau yang satu...

lebih 10 kali dah baca novel nih..

Bagi hantu novel macam deena mustahil tak pernah baca novel hasil tulisan 'Nia Azalea' ? , bukan sekali baca malah berpuluh kali baca pun takkan jemu punya ! itulah penangan dan sentuhan dari penulis novel nih, Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea, Ahadiat Akashah dan Fauziah Ashari nama yang tak asing dalam dunia penulisan, memang meletops novel dorang  * penah berangan nak jadi penulis novel :) *

Lama gak tak  baca novel, cuma sejak akhir-akhir nih jer tetiba jiwa karat kembali sentimental haa... seingat deena kalau nak dikira ada seratus lebih koleksi novel deena simpan, tapi apakan daya yang sempat diselamatkan hanya beberapa buah novel jer,  yang lain hangus dijilat api semasa umah mak di puchong terbakar (dec 2010 ).  So pasni selain dari buat keje jahit menjahit ( felt kraf) sambil tu boleh la layan novel..




p/s: kat langkawi ado ko MPH ??!




October 12, 2011

Wordless wednesday



hobi baru... :)



p/s: nak landing jap ... pala puyeng

http://www.emocutez.com




October 6, 2011

Implikasi pengguguran haram !

proses pengguguran anak...kesian bayi yg tak berdosa jadi mangsa !

Isu buang bayi yang tak berdosa makin berleluasa skang ni, boleh dikatakan tiap2 hari ada jer laporan dari akhbar memaparkan kes mcm ni . Kebiasaan nya wanita yang  tergamak buang bayi ni,adalah hasil dari hamil luar nikah akibat gejala sosial, dan ada juga yang ambil jalan mudah dengan menggugurkan kandungan sebelum perut memboyot . Tentu ramai antara kita tak tahu apa kesan dan akibat pengguguran haram ?! 

Kesan pengguguran haram:
~  Berisiko tinggi hadapi kematian akibat pendarahan dan jangkitan pada rahim. juga terdedah kepada kesakitan pada saluran pembiakan sekali gus boleh mengakibatkan kemandulan.
~  Kecederaan pada rahim.
~  Sukar untuk mengandung lagi.
~  Jika mengandung, wanita terbabit akan mengandung diluar rahim dan apabila beranak rahim boleh pecah secara spontan.
~  Mandul.
~  Senggugut dalam rahim.
~  Alami masalah  psikologi - mental dan emosi
~  Kemurungan berikut teringat anak yang pernah dibuang.

Keluarga:
~  Malu
~  Psikologi- mental dan emosi

Masyarakat:
Mengikut langkah selepas mendapat tahu ada cara mudah yang boleh menggugurkan kandungan.
Kes pembuangan bayi semakin berleluasa.
~  Pandangan serong orang sekeliling.

credit: intim.wordpress.com


p/s: bertaubat dan beri lah peluang bayi yang tak berdosa melihat dunia, susukan, didik dan asuh dengan sebaiknya.Insyaallah Allah itu maha adil,maha mengasihi, maha pengampun dan menyayangi hambanya.





October 5, 2011

Majlis Pertunangan Ana Dahlia & Anak Lelaki Chef Wan, Chef Riz.








sumber: www.ohbulan.com


p/s: serba pink rombongan dari pihak lelaki...


Pelakon Drama 'Baba Nyonya' Meninggal Dunia


Rakan baik: Chee (kiri) dan Chan semasa di set penggambaran 'Nasi Lemak 2.0, baru-baru ini.

Pelakon siri komedi popular tahun 1990-an, Baba Nyonya, Chee Hood Siong meninggal dunia pada Ahad lalu akibat serangan jantung ketika berusia 66 tahun. Mendiang terkenal dengan watak Ah Chim seorang wanita peranakan bersama-sama dengan seorang lagi pelakon, Kenny Chan yang memegang watak Bibik Kim Neo. Siri popular itu diiktiraf oleh Malaysia Book oF Records sebagai siri televisyen paling lama di negara ini apabila mula bersiaran dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod. Chee meninggalkan seorang isteri, Gladys Ong Keng Wah dan dua anak.

Dalam pada itu, pasangannya dalam sitkom itu, Chan yang kini seorang pemilik restoran King's Caf di Melaka berkata, kematian Chee adalah satu kehilangan besar. Kedua-dua mereka adalah sahabat baik yang sentiasa bekerja bersama-sama sepanjang 30 tahun berada di dalam industri. "Dia adalah seorang pelakon yang berbakat dan dia mampu membawa apa sahaja watak diberikan. Pelbagai cabaran dan rintangan kami lalui bersama," katanya. Kedua-dua pelakon itu kali terakhir muncul bersama di dalam filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namewee yang mana dia dan Chee membawa watak sebagai Baba dan Nyonya yang mengajar Chef Huang lakonan Namewee untuk memasak sambal nasi lemak yang enak.

Penerbit filem tersebut, Fred Chong berkata, pihak produksi mengambil masa selama dua bulan untuk meyakinkan Chee dan Chan untuk sama-sama melibatkan diri dalam Nasi Lemak 2.0. "Chee sudah bersara dan tidak mahu berlakon jika tidak bersama Chan. Namun kami berjaya meyakinkan mereka untuk berlakon di dalam filem itu selepas mereka memahami mesej yang ingin disampaikan oleh filem tersebut," katanya. Sementara itu, Chan memberitahu, Chee keberatan untuk menerima tawaran filem itu kerana tidak lagi mahu berlakon sebagai seorang perempuan. "Saya terpaksa memujuknya untuk menerima watak sebagai suami saya dalam filem itu. Saya bersyukur kami sama-sama menerima watak itu tetapi sedih kerana itu adalah filem terakhirnya," ujarnya.


sumber: mStar Online

October 4, 2011

Pulut kuning, kari ayam !


Aritu masak nasi lemak, haa ! pagi tadi demi menunaikan niat untuk sedekah deena masak pulut kuning ngan kari ayam pulak. Cara deena simple jer malas nak buat dua kali kerja lepas tos beras pulut tros masukkan sekali ngan pati santan. cer bab masak kari deena prefer guna rempah alagappa's * tol ker munyi nyer ?* sesuai dengan tekak dan sedap pada deena la. klu orang lain mungkin berbeza.

Pulut Kuning
~ Sekilo beras pulut
~ Pati santan ( 2 biji kelapa )
~ 1 sudu besar serbuk kunyit
~ Sedikit garam

Cara:
Beras pulut di rendam skali dgn serbuk kunyit selama 1-2 jam. masukkan beras pulut ke dalam loyang, santan dan sedikit garam. ( sukatan santan sama banyak dengan beras pulut jangan sampai beras pulut tadi tenggelam dek santan )  dan kukus.


Kari Ayam

~ 1 ekor ayam
~ Santan ( 2 biji kelapa )
~ Halia  * blend
~ 10 biji bawang merah *blend
~ 3 biji bawang putih * blend
~ 1 kulit kayu manis
~ Halba
~ 1/2 cawan air asam jawa
~ Bunga lawang
~ 2 sudu cili giling
~ 4 sudu rempah kari daging allagapa's ( di gaulkan dgn sedikit air )
~ 2 tangkai daun kari
~ 4 biji kentang ( bahagi empat )

Cara:
Panas kan minyak, tumis halba hingga naik bau, masukkan bahan di blend, kulit kayu manis, bunga lawang. bila naik bau masukkan 2 sudu cili giling kacau sampai pecah minyak. Masukkan pula rempah kari, daun kari  dan godek lagi.. :)

Masukkan ayam, kentang dan ambik 2-3 senduk pati santan gaul rata bersama ayam tadi hingga pecah minyak. Akhir skali tuang baki santan dan juga air asam jawa. agak2 dah nak empuk ayam dan kentang baru masukkan garam. settle !



p/s: nak membako kuih oven plak sakit , anto repair penutup buat hal =)

October 1, 2011

Sarapan pagi ni ' Nasik Lemak Deena '


Hari ni tah mimpi apa tetiba nak buat nasik lemak, faham2 jer la kalau beli ada jer yang tak puas hati, kacang tah kemana, yang ado sambal ngan telur ! kira ada jer la komplen itu ini tak menepati citarasa. rindu wooo nasik lomak emak ngan moksu linda nun di puchong tu haa... takpe2 kali ni turun sana pasti ku terjah kedai dorang ! ;-) . Deena bagi resepi wat sambal jer la ekk... nasik pejam mata jer tanak takkan tak tahu... cer layan..

Sambal
~ Cili kering segenggam *
~ Ikan bilis skit *
~ Bawang besar sebiji *
~ Bawang putih 3 biji *
~ Bawang merah (kecil) 5 biji *
~ Belacan skit *
~ Air asam jawa ( setengah cawan )
~ Garam skit
~ Gula skit.
~ Perasa (ikut suka )


Blend bahan bertanda * dan tumis hingga garing. masukkan ikan bilis, hirisan bawang besar dan kacau selalu. masukkan air asam jawa, gula dan garam sedikit. kecikkan api dan kacau lagi. Seelok-eloknya sambal ni dimasak sejam atau lebih dan minyak harus banyak.

Nasik macam biasa, klu ikut deena letak santan,daun pandan dan garam skit. ada orang letak halia, tak kisah ikut tekak masing-masing . Akhir skali hias ler ngan timun, kacang goreng, ikan bilis dan telur rebus. selamat mencekik yoo... :)



deena : puas hati masak sendiri....



Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this