deena and the gang

September 5, 2011

Kris Dayanti Dapat Anak Perempuan


PENYANYI popular Indonesia, Kris Dayanti, 36, selamat melahirkan seorang bayi perempuan, Amora Arianna Lemos melalui pembedahan pada pukul 3.21 petang (waktu Malaysia) di Rumah Sakit Mitra, Jakarta. Ini merupakan anak pertama hasil perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Raul Lemos. Mereka berkahwin pada bulan Mac lalu.

Difahamkan, Raul amat lega kerana isteri dan anaknya itu melalui proses kelahiran dengan selamat.
Malah, Raul turut berkongsi kegembiraannya kepada semua dengan menghantar gambar anaknya sendiri kepada pihak media yang berada di hospital tersebut. Sebelum ini, Kris telah pun memiliki seramai dua orang anak iaitu Titania Aurelie Hermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Anang. KD mencetuskan kontroversi sebelum ini kerana membuat pengakuan berani yang dia telah hamil sebelum bernikah.


sumber: mStar Online




p/s: dah macam artis hollywood dorang nih...

No comments:

Post a Comment

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

CITER DAH BASI

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this