deena and the gang

September 15, 2011

Doa pendinding diri..

Baru-baru heboh bila sorang wanita disihir dengan menggunakan gambar di facebook beliau. Sedia maklum ikutkan amalan sihir dan santau dan bermacam lagi menda ngarut ni dah wujud sebelum adanya laman sesawang lagi seperti facebook dan lain2. Mungkin kita fikir dan rasa takkan ada orang, kawan,atau saudara sendiri  akan menyihir atau aniaya kita dalam diam  ? tapi harus diingat manusia rambut jer sama hitam * x smua hitam ada gak yg blonde ko...huhu* tapiiiii hati manusia xder sesiapa yg boleh duga kalau dia dah berkehendak untuk menganiaya sesama manusia... masa tu dosa tak ingat dah janji apa yang dihajati tertunai !

So pasni  kalau nak meletak gambar pun jangan penuh satu badan, biar separuh jer atau edit la ape2 kat pic tuh. coz gambar yg mudah orang guna ialah gambar yang original dan penuh. Nak antor untuk interview ke ape lubangkan kan dengan jarum di salah satu anggota badan kita. Disini deena nak kongsi beberapa doa pendinding diri bagi mengelak dari semua gangguan sihir, santau dan musibah yang lain..

1. AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

 

CARA      

          1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat 

          2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa 

          3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah    Al-Fatihah)

4.  Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota 
     badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6.  Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2.  AYATUL KURSI

        Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-NyaKursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat  255)
 CARA
1.Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf 
2.Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3.Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3. AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

  Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
     
 CARA
1.  Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2.  Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.  AYAT PENGERAK

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
 CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

credit : www.darussyifa.org
 
p/s: selalu perdengarkan cd ayat-ayat rukyah syariah..

5 comments:

  1. tq..thats really worth to me..

    cun awk cun..!!
    xyz4mir.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih dienaa, blog nie amat bermakana...tq sharing ayat2 al-quraan

    from
    fauzan selayang
    (mhd_fzn@yahoo.com)

    ReplyDelete
  3. terima kash , blog nie amat berguna..sbb sharing ayat2 alquraan, seronok membaca...eheheh cume ayat kursi tue saya kurang jelas untuk membuatnya, takut salah...

    -fauzan selayang-

    ReplyDelete
  4. Ayat-ayat ni selalu diamalkan sebelum tahu diri kena sihir..tapi tak tahu mana silapnya kena juga mungkin ujian Allah agaknya..masih mengamalkannya setelah berubat

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

CITER DAH BASI

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this