deena and the gang

August 8, 2011

Gulai tempoyak udang, paprik sotong & sotong goreng tepung.

my peberet... !

Hari ni tekak macam-macam nak makan, layan jer resepi kat bawah ni ..

Gulai tompayak udang
bahan-bahan:
~ Udang sekilo
~10 -15 cili api kampung
~ Kunyit hidup ( ibu jari )
~ 5 sudu tempoyak
~ 1 cawan ( ikut suka kalau nak pekat kurangkan)
~ 2 biji bawang merah
~ Daun kunyit (diracik halus)
~ Garam secukup rasa

Caranya:
~ Tumbuk cili api, kunyit hidup, dan bawang hingga lumat.
~ masukkan air, tempoyak, udang, bahan ditumbuk tadi dan daun kunyit
~ masukkan garam angkat dan hidang...

Paprik sotong... peberet en hubby

Paprik Sotong
Bahan-bahan:
~ Sotong 1/2 kilo
~ Kacang panjang / kacang buncis
~ Halia sebesar ibu jari ( diketuk )
~ 2 tangkai serai ( di ketuk )

~ Lobak merah ( potong bulat )
~ 3 - 5 helai daun limau purut ( di racik halus)
~ 10 tangkai cili kering ( di blender)
~ Cili api ( diketuk- ikut suka letak byk mana )
~ Cili merah (potong memanjang)
~ 1 sudu sos tiram

Caranya:
~ Tumis bawang, cili api, serai dan halia sampai naik bau
~ Masukkan cili kering yg di blender tadi kacau sampai pecah minyak , kemudian masukkan sos tiram dan  sotong. ( masukkan air klu nak berkuah)
~ Masukkan lobak, daun limau purut, cili merah, kacang pangjang /kacang buncis ( putik jagung, bunga kobis takde dalam peti ais jadi masak jer apa yang ada ) tutup kuali dalam 10 minit.
~ Akhir sekali campak garam tapi jgn terbanyak lak nak rasa tak leh puasa kan..  ( pas buka bleh adjust heee..)
~ Angkat dan hidang...

sotong goreng tepung...

Sotong goreng tepung
Bahan-bahan:
~ Sotong ( di potong bulat-bulat )
~ 1/2 cawan tepung gandum
~ 1 sudu tepung jagung
~ 1/2 sudu baking powder
~ Rempah kari ( kalau nak pedas )
~ 1 biji telur ayam.

Caranya:
~ Gaul sotong dengan garam dan lada sulah
~ Pukul telurdan masukkan sotong, ketepikan.
~ Gaul tepung gandum baking powder dan rempah kari.
~ Gaulkan sotong dalam tepung tadi dan goreng.
~ Jangan goreng lama sangat 4-5 minit cukup, takut sotong liat atau keras nanti..


haaa... ni beli di bazar 'lompat tikam' nama nyer.. :)









p/s: hujung minggu ni dah mula busy buat tempahan biskut raya.... :)
http://www.emocute.info

2 comments:

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

CITER DAH BASI

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this