deena and the gang

August 28, 2011

From negori to klate...

heli berlegar kat atas nun...

Hmmmm.... berat rasa hati nak tinggalkan mak dan abah kat kampung tengahari tadi. plan awal nak gerak awal pagi pas sahur, dah kesedapan tido sampai terlajak member... :) rasanya satu malaysia hujan kot coz sepanjang perjalanan tadi dari tapah, cameron hingga la ke kuala krai hujan sesajer.

cer tengok akak makin debab kan.. :)

Alhamdulillah jalan pun tak la sesak mana cuma dari slim river ke tapah jer la sesak skit. ramai tul warga kota balik beraya ke kampung ghupenya... :). Kali ni en abe tukar haluan naik ikut cameron takut jam kalau ikut karak.

cer tengok petai besor dan rapat-rapat...
Cuak gak rasa bila melewati kaki bukit sepanjang jalan lama mendaki ke cameron siang tadi, masih ada lagi bekas tanah runtuh di lereng bukit. kalau tak biasa ikut jalan lama yang berbelit-belit mau muntah dibuatnya kalau tak biasa.

sayup mata memandang....

Sambil mata melilau tetiba ternampak satu longgokan durian ! den suko..... heee ape lagi masa tu gak suh en abe berhenti, siap ngan petai orang asli ni jual * mata besor-besor ko...* selonggok ( 6 bijik ) dorang bukak harga rm30 hengget, tawar menawar dapat la rm25 hengget haaa... durian baru gugur lak tu. Puas hati sesangat semua elok-elok belaka isi nya.


p/s: dekat 8 jam gak perjalanan hari ni...

August 27, 2011

Sate kajang hj samuri...


Pas bawak anak-anak shopping baju raya di alam sentral, shah alam trus gi kajang pekena sate hj samuri, sib baik ngam2 jer sampai dan orang pun tak ramai sangat.. order pun tak lama tunggu haa...


Bezanya sate kat sini size besar skit * tempat lain ciput jer makan 10 batang pun tak kenyang* dan kuah ngan sambal yang di sediakan terangkat kesedapannya hee.... dulu restoran sate hj samuri ni terletak kat area tepi sungai berhampiran stadium tuh. Skang dah beralih ke bangunan datuk nazir, boleh pilih samada nak makan di tingkat bawah atau di atas.





Tempat letak kereta pun dekat tak payah menapak jauh-jauh dan anak-anak mesti suka giler coz di stadium bersebelahan restoran sate hj samuri ni ada disediakan permainan bebudak.. * tak dan nak amik gambo :) * ape lagi ! last kopek berbuka puasa cer cuba gi sini sesekali pekena sate plak.. pastu layan lemang menghala ke beranang nun, kiri kanan orang berniaga :)

 

p/s: macam kat genting duk kek kampung ni haa... =)

August 26, 2011

Salam lebaran dari Deena sekeluarga...


Salam lebaran buat sahabat handai semua, ampun dan maaf di pinta andai kata ada terkasar bahasa dan  tutur bicara..  Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Deena sekeluarga....


p/s: berhati-hati dijalanraya pada yang pulang berhari raya ke kampung  tu yooo...

August 25, 2011

Kampung den....


Tepat kul 4 pagi deena sampai kampung di ( n9) hampir 8 jam perjalanan, itupun banyak berhenti rehat kalau tak awal bleh sampai. Memandu memalam buta nak plak berdua jer dalam keta klu sorang tido mana maunyer... :) kena layan borak baru member semangat dan tak ngantok yer tak...

durian baru nak berputik...
buah pulasan...

Ni kira persinggahan pertama kitorang, pas 2-3 hari kat sini baru gerak ke kelantan kampung en hubby di kuala krai... Esok baru amik anak-anak bawak gi shopping, so hari ni nak rilek klu air sungai kat bawah tu tak deras nak ajak mak gi mancing :) manyak syiokkk  heee.... berkali-kali mak bgtau ikan tak makan umpan kalau air deras haa... takper esok kan masih ada.

manggis nyer takdo laieee....

mak tengah merebus jaring....:)
Tengah duk perati mak kutip buah jering kat bawah pokok nun, bau jangan ucap la tapi rugi kalau tak di makan... tunggu berbuka nanti lauk apa mak nak masak... Kempunan nak makan buah-buahan lain smua nyer baru nak berbunga....



p/s: yang berbuah limau kasturi jer... =)

August 24, 2011

Dendang perantau cikgu shida... :)



Yang sebenor nyer deena dah tak larat satu hari ni, baru abis membako kuih ngan buat cekelat... terjumpa plak youtube cikgu shida kat fb tadi haa... klakar tul cikgu nih....   cer layan mesti sengal kejap tengok gelagat dia heee.....







p/s: yeaaaa.. esok balik kampuang....!
http://www.emocutez.com

August 21, 2011

Banana muffin choc chips


Tak tertahan tengok Kjee nyer banana muffin choc chips, merereh air liur haa.. nak plak sebelum ni en hubby manjang jer tanya bila nak buat kek pisang. Ape lagi peragat smua dah ada kat dapur cuma pisang jer petang tadi baru beli. muffin ni deena tak letak choc chips, deena gantikan dengan coklat rice jer..  rasa? di jamin sedap, lembut dan tak muak.. cer cuba resepi dari umah kjee nih yer..


Bahan-bahan:
1¼ cawan tepung gandum
¾ sudu kecik baking soda
¼ sudu kecik baking powder
secubit garam
2 biji telor size B
½ cawan minyak jagung
½ cawan gula perang
sedikit vanilla
1 cawan pisang lecek

Cara:
Panaskan oven selama 20 minit.
Lecek pisang dan sukat.
Ayak tepung, soda dan baking powder serta garam.
Telor, minyak, gula dan vanilla disatukan dan dipukul hingga kembang. Kjee guna whisk.
Pastu masukkan pisang lecek, kacau hingga rata. pastu masukkan tepung yang Kjee dah campurkan dengan choc chips ke dalam batter. Kacau perlahan2 hingga sebati.
Kaup ke dalam muffin cups. Kjee guna yang keras.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180. 








 
p/s: dapat lah buat 12 biji cup kecik ...

August 20, 2011

Kembalikan budaya kiriman kad raya...


Ingat lagi tak waktu zaman kita kecik dulu tak silap era 80an haa... masa tu mana ada lagi tenet menet bagai, yang kita tahu main galah panjang, tenteng, batu seremban, konda kondi la heee... Baru sehari puasa masing-masing dah mula mengarang siap berjual pantun lagi dalam kad raya tu ko... sesapa yang dapat paling banyak kembang jap rasa dalam hati, siap gantung kat dinding bagi kawan-kawan jeles hee.. *penah dapat kad raya besor giler ! * paling tak bleh blah bila di akhir ucapan akan terselit lah pantun seperti nih , " Pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas " bila dah balas plak lain bunyik nyer " pecah kaca pecah sampan sudah baca harap simpan" gitu ler lebih kurang bila di imbas balik ke zaman dolu-dolu yang pasti meninggalkan kenangan terindah dan nostalgia buat kita...


Bukan tak syok antor melalui medium alam maya seperti facebook, myspace, twitter dan sebagainya,  cuma FEEL yang kita rasa tak sama seperti hantar dan dapat kad raya yang bleh di pegang, nampak depan mata. Yang ado pun kad jemputan kahwin hehe... tu jer la yang masih diguna pakai.. :)   kalau di tanya pada anak-anak kita atau budak skang mau terpinga2 dorang. Jarang dah kita nampak budaya mengirim kad raya, seolah semakin pupus dan dilupakan.. ape pendapat kengkawan smua ?  









p/s: pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung.... 

August 19, 2011

Biskut raya beres !


Berhari-hari bersengkang mata membako biskut raya akhir nya dapat gak siapkan untuk tempahan. biskut sendiri tak buat lagi nih...! takper last minit sempat lagi buat. Biskut-biskut ni semua nak di ekspot ke kl, klang, puchong dan n9, by hand jer.. kalau nak pos biskut lain bleh lagi gagah cuma tart nenas jer tak brani coz ia rapuh alamat jadi habuk nanti kalau pos.


Tahun ni baju raya tak tempah pun, beli siap jer kat luar nanti lagi banyak pilihan compare kat sini. Tak sabor nak balik kampung dapat jumpa anak-anak jap pastu trus pecut ke klate plak. Lagi pun tahun ni anak-anak beraya ngan belah ayah dorang, so deena dan en hubby akan pulang beraya ke kelantan dan dapatlah kami ziarah pusara arwah yasmin damia nanti...





p/s:  first time beraya di klate tahun ni....

August 17, 2011

Rendang minang


Berbuka hari ni rendang minang resepi mak dan nasi impit.. sambil membako biskut sarang semut sempat lagi mencilok masak rendang haa... cer usya resepi di bawah :

Bahan-bahan:
~ Daging sekilo
~ Lengkuas 3 inci 
~ 2-3 batang serai
~ 5 - 6 biji bawang merah
~ 2 - 3 biji bawang putih 
~ Kerisik ( ikut suka )
~ Sehengget cili kering ( utk sekilo daging )
~ Santan pekat dari 2 biji kelapa ( utk sekilo daging, klu 2 kilo, 4 biji kelapa )
~ 10 - 15 cili api ( klu nak lagi berasap telinga )
~ 1 inci halia
~ 1 inci kunyit hidup

Caranya:
Blend cili kering, cili api , lengkuas, bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit. gaul bersama daging dlm kuali sampai air kering. Agak dah kering air daging, masukkan santan pekat dan serai . ( api jgn terlalu besar ), kacau rata sampai menggelegak. Masukkan garam dan gula skit. kacau sampai kering dan masukkan kerisik. keringkan rendang tadi dan angkat..






p/s: makin terasa bahang hari raya...!
http://www.emocutez.com

Yusry tolak spekulasi nikah Lisa Surihani..

sumber: mStar Online

Penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim menolak dakwaan kononnya akan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lisa Surihani pada tahun hadapan seperti mana yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian pada Sabtu lalu . Pihak KRU Studios dalam satu kenyataan kepada mStar Online di sini, Selasa berkata, laporan berita berkenaan adalah tidak benar dan ia mungkin berlaku salah faham. “Akibat laporan berkenaan, Yusry telah dihujani dengan pelbagai soalan untuk pengesahan berita tersebut khususnya tentang beliau dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa Surihani pada tahun 2012. “Dengan ini Yusry ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin terjadi kerana salah faham,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataannya Yusry turut menambah pihaknya masih belum berbincang mengenai isu perkahwinan dan meminta semua pihak agar tidak keliru dengan pendedahan yang dibuat akhbar berkenaan. Katanya, pada masa akan datang dia akan memaklumkan perkhabaran gembira mengenai hubungannya dengan Lisa Surihani kepada peminat termasuk pihak media untuk mengelak sebarang spekulasi. Sabtu lalu sebuah akhbar yang memetik kenyataan Yusry dengan melaporkan pengarah filem Karak itu membayangkan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan selepas gagal dengan perkahwinan pertama bersama aktres Erra Fazira.


sumber: mStar Online 






p/s: benda baik buat apa nak ditangguh lagi...jangan tunggu lama-lama =)

August 16, 2011

Guna maklumat dalam Facebook untuk curi wang jiran, rakan

sumber: google

LONDON: Seorang penggodam mencuri wang milik rakan dan jirannya di dalam bank selepas memperoleh kata laluan daripada maklumat peribadi yang mereka masukkan dalam laman sosial seperti Facebook dan Friends Reunited. Iain Wood, 33, dari Newcastle, menghabiskan masa 18 jam jam sehari untuk mencari butir peribadi jirannya. Dia juga menggunakan butir peribadi rakannya untuk mencari kata laluan mereka sebelum menggodam akaun bank mangsa dan mencuri lebih �35,000 (RM175,000) dalam masa dua tahun. Dia mula memindahkan wang seorang jiran terus ke dalam akaunnya pada November 2009.

Ketika menjatuhkan hukuman 15 bulan terhadap Wood semalam, Hakim Guy Whitburn berkata,: “Ini kali pertama saya menemui satu penipuan yang sungguh canggih. Ia satu penipuan yang dirancang dengan baik meskipun rumit. “Kamu menggunakan identiti orang lain untuk mencuri. Sudah pasti mangsa kamu kecewa dan sedih melihat wang mereka dicuri.” Polis yang menyerbu kediamannya menemui beberapa nombor pin akaun bank dan bil pasport milik orang lain yang diperolehnya daripada peti surat jirannya. Woods mengaku menggodam beberapa akaun bank dan mengambil surat jirannya.

August 15, 2011

Sambal goreng tempoyak..


Bulan puasa ni entri penuh ngan menu masakan jer dari mengomel haa... mood tengah rajin layan kan ajer. Kali ni sempoi giler resepi sambal tempoyak * pejam mata jer buat * coz ia tak guna bawang langsung... ! hanya guna cili padi, tempoyak, daun kunyit, garam dan gula skit... kalau tak caya cer cuba buat insyaallah mesti berselera makan.

Cenggini jer cara bentuk tart nenas...


Ada peminat rupanya tart nenas kita haaa... cik nurul nak tau macam mana deena buat ekk ? :) okay deena ada lakarkan contoh dibawah, kalau boleh guna gunting kecik dan ikut step yang deena tunjukkan...


Adunan buat bentuk empat segi dulu,  lepas siap gunting seperti dalam gamba diatas, gunakan jari jer bentuk di anak panah . ( ikut suka nak lonjong ker, runcing ker... lama-lama nanti pro la tuh ... )



Harap-harap nurul faham dan bleh cuba buat plak yer...







p/s: tengah membako tart nenas...
http://www.emocutez.com

August 13, 2011

Kerabu kaki ayam...

tu diaa.. kerabu kaki ayam...

Petang tadi gi bazar ramadhan di pekan kuah cari kuih la konon, dari umah dah bunyi kat abang jangan beli banyak-banyak or rambang mata kang sape nak perabis.. ! ermmmm takdo nampak nyer sesampai jer sana jangankan en hubby, deena pun skali join ! layan tengok jer laaa...

nasi daging
Dalam banyak-banyak jenis kuih muih dan lauk pauk tertarik pada dua jenis masakan ni, kerabu kaki ayam dan nasi daging. Pertama kali deena jumpa kerabu ni, tapi deena amik gulai ikan tongkol jer tak reti makan kaki ayam :) dan lagi satu nasi daging pong tak reti makan... ingat nak cuba takut tak abis  membazir lak kan...







p/s: sedap sangat puding karamel tokey nasik daging nih...=)

Sambal tumis petai & ikan kembung masak taucu


Waktu berbuka tak sah rasanya kalau takde sambal, patah selera den... layannn resepi kat bawah haaa...

Sambal tumis petai
Bahan-bahan:-
~ 1 ikat petai
~ Cili kering ( ikut suka )
~ Belacan skit
~ Bawang putih 3 ulas
~ Bawang merah 5 ulas
~ Bawang besar (di potong bulat )
~ Ikan bilis (ikut suka )
~ 1/2 mangkuk air asam jawa.

Caranya:
~ Blend cli kering, bawang merah, bawang putih dan belacan, tumis hingga pecah minyak.
~ Masukkan ikan bilis dan air asam jawa.
~ Masukkan gula skit, dan garam..
~ Agak2 dah garing sambal tadi dan harum semerbak bau, masukkan petai dan bawang besar.
~ Angkat dan hidang...


Ikan kembung masak taucu
Bahan-bahan:
~ Sekilo ikan kembung ( di goreng dahulu )
~ 1 inci halia (dihiris )
~ 3 sudu besar taucu
~ 3 sudu besar air asam jawa
~ Cili hijau (di belah dua )
~ Bawang merah 3 ulas ( dihiris halus)
~ Bawang putih 2 ulas ( dihiris halus)

Caranya:
~ Tumis halia, bwg merah, bwg putih hingga naik bau. masukkan taucu dan kacau rata.
~ Masukkan cili hijau dan air asam jawa.
~ Masukkan ikan dan kacau rata... ( letak garam skit jer sbb taucu dah masin )
~ Angkat dan hidang...




p/s: pasni nak buat sambal tempoyak plak..

Tinggalkan jejak anda

CITER DAH BASI

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this