deena and the gang

July 24, 2011

Minyak Zaitun mampu mencegah serangan jantung dan perut buncit !



Hujung minggu cenggini pasti semua amik kesempatan balas dendam rehat buat taik mata hehe... si anak plak celik mata dah tercongok depan tv layan kartun, si bapak nyer selagi tak tinggi matahari ngorokkkkk ! (dengkur) .Yang kita ni kaum-kaum ibu dari awal pagi membawak ke malam memang tak kering tangan buat itu ini, mana nak melayan si kecik lagi, yg sorang nak makan chicken chop laa.. haisshhh ! macam-macam karenah walau penat kita sebagai ibu takkan menghampakan permintaan anak-anak yer tak ?


Cer bab si bapak a.k.a en hubby nih, orang lelaki  bila tiba dorang demand nak makan sedap-sedap , semestinya masakan tadi ada lemak, dan berminyak kan ?  orang kita tak boleh lari dengan masakan lemak berkrim heee... Deena nak share apa kata tiap kali memasak masukkan dalam 2 sudu minyak zaitun tulen ke dalam masakan terutama masakan berlemak,berminyak, berkolestrol tinggi seperti kambing, lembu dan yang sewaktu dengan nyer.

sumber : google

Sebab nyerrr... dengan kekdah ni, semua lemak-lemak tadi akan menjadi sisa tanpa diserap dalam badan. dari segi perubatan minyak zaitun tulen ni jugak baik untuk  mengurangkan risiko sakit jantung (merendahkan kandungan kolesterol dalam darah) dan boleh juga mengurangkan lemak dibahagian perut.* sure en hubby tak boroi lagi pasnih  *   Sesape yang ada darah tinggi elok amalkan coz minyak zaitun tulen berfungsi menghalang darah dari melekit dan membeku. Ada banyak lagi kebaikan minyak zaitun ni sebenarnya dari segi kesihatan dan kecantikan haa....  So jika orang yang kita sayang ada penyakit-penyakit seperti diatas amalkan la tak banyak hanya 2 sudu ke dalam setiap masakan, atau nak minum macam tu jer pun boleh. (amalkan waktu pagi ). deena sarankan amik yang ada tertera di botol 'Extra Virgin'



p/s: dulu tau sapu kat prut waktu mengandung jer... * skang wajib ada kat dapur *

6 comments:

  1. salam,

    kalau di sini(tanah arab) biasanya orang makan begitu sahaja minyak zaitun, bukan digunakan untuk memasak(kecuali pomace olive - tu pun untuk tumis2 sekejap) kerana jika dimasak terlalu lama, minyak zaitun akan hilang khasiat dan bertukar menjadi toksik. sebaiknya letak mintak zaitun sebelum makanan dihidangkan, agar khasiatnya masih ada. extra virgin pulak memang tidak langsung digunakan untuk memasak..hanya untuk digaul dalam makanan -salad ke, or apa2 lah. semoga bermanafaat :)

    ReplyDelete
  2. @The Mindtripper W'salam mindtripper,nmpk nyer deena akan ubah yg mana myk zaitun sepatutnya diletak sebelum makanan dihidangkan agar khasiat tidak hilang :)

    mkin ada kekeliruan ttg extra virgin kerana ia disyorkan oleh doktor bagi pesakit yg tinggi kolesterol...tks atas perkongsian dari mindtripper dan juga sudi singgah di deena's Blog...

    ReplyDelete
  3. ye ke..nanti saya terai ye deena..thanks for sharing muah2

    ReplyDelete
  4. eh tadi komen tah kuar ke idak...takpe saya tulis lagi muhahaha...thanks for sharing ye deena

    ReplyDelete
  5. @sitiezahim muahahaha.... sekali 2 komen kluar haaa :) kena try ct, amalkan gaya hidup sihat disamping menikmati kesedapan masakan ct tu.... * cewahhh :p *

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

CITER DAH BASI

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this