deena and the gang

July 13, 2011

Hati-hati bila memakai kanta lekap


Seperti biasa rutin harian periksa kanta lekap mana tau kot2 tetiba tukar kaler lain ker, hilang ker heee... maklumlah jarang pakai kan, selalu kat umah deena pakai cermin mata memang tak bleh berenggang,  mandi ngan tido jer tanggal. celik mato meraba cari cermin mata. Cer bab kanta lekap ni kita tak bleh amik mudah terutama dari segi pemakaian dan penjagaan. pada yang baru nak mula pakai tu deena sarankan rujuk pada pakar optometris *tul ker ejaan tuu..* cara pakai yang betul. kadang kalau kita pakai terbalik akan rasa tak selesa dan kena keluarkan cepat-cepat.  deena list kan secara asas apa yang perlu dan elakkan bila memakai kanta lekap nak plak trend skang macam-macam kaler  * mato rimau pun ado *   Sebelum pakai kanta lekap pastikan :-

permukaan yang betul kanta lekap berbentuk 'U' tgk anak panah...

1~Basuh tangan dulu tiap kali buka kanta lekap. lepas basuh pastikan tangan dikeringkan coz air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali gunakan air yang ditapis.
2~ Letakkan kanta lekap atas tapak tangan . then bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis pembersih pelbagai guna(multipurpose solution) . Gunakan salah satu jari untuk menggosok kanta lekap dengan lembut beserta titisan pencuci tadi.
3~ Simpan kanta lekap dalam bekas khas, pastikan bekas tadi bersih dan mesti diganti dengan kerap supaya kuman yang ada dalam bekas lama tak melekat pada kanta lekap lekap.
4~  Pakai dulu kanta lekap sebelum nak make up yer... * bayangkan dah vogue giler muka ngan bulu mata pelesu, baru terhegeh nak pkai kanta lekap ! ape cer ? hehe *
5~ Jangan biasakan pakai melebihi 8 jam atau bawak tido. * ada kes sampai bwk gi hospital keluarkan kanta lekap haa..*
6~ Dan jangan pakai lebih dari tempoh yg ditetapkan. ( ada sebulan, 3 bulan dan 6 bulan)
7~ Jangan sembarangan memakai larutan pembersih.
8~ Satu lagi pengalaman selama deena pakai kanta lekap ni bila makan gunakan tangan jari telunjuk automatik melentik keatas hehe... klu tak buat  basuhlah ngan air klorok sekalipun waktu nak tarik kuor kanta dalam mata punya la pedihhh ! itu la gunanyer jari lentik tadi mmg di jamin tak pedih haa.. Sampai skang wlau tak pakai pun jari telunjuk ni tetap melentik... :) * mcm cacat dah orang tengok*

komplikasi akibat memakai kanta lekap....

Seandainya timbul rasa tak selesa seperti mata merah, gatal-gatal baik berhenti pakai dan jumpa doktor. ada kes sampai tahap kronik mata boleh buta. *mana cari spare klu mata buta ! *  yang penting kena disiplin coz memang rumit penjagaan dan pemakaian kanta lekap ni.


p/s: dah semulajadi mato den cekelat.. . http://www.emocutez.com

4 comments:

  1. lama tak pakai contact lens ni..selesa pakai spek lagi:)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..deena ni akak nak mnyibuk ni..klu rsa2 la(kata diri sndiri sebenonya)jenis malas nak membela contact lens baik x yah pakailah mcm kata dena tu mna nak cari ganti mata klu dah rosak.cam akak ni klu spek tu selalu bwak tido kdg smpai ke pagi maalum lah jenis org yg ltak kepala trus lelap

    ReplyDelete
  3. @wida
    sama la kita wida, sesekali bila tingin jer pkai lens..

    ReplyDelete
  4. @Anonymous uiks ! akak ni bahyer tu pakai sampai bwk tido, sedar2 bgn pagi dah hancur cermin mato haa.. caner ? :)

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

CITER DAH BASI

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this