deena and the gang

July 31, 2011

Khairul Fahmi putus tunang ?


Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai. Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22. Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri. Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.




Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.
“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar. Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas. Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

dahlia...

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia. Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.  Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain. Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini. Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini. Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad. Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.


Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit. Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia. Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi. Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan.

Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya. Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan. Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”



sumber: harian metro


p/s: Jika dia untuk kita biar macam mana sekalipun dia akan datang pada kita, tapi jika sebaliknya biarpun depan mata, andai dia bukan ditakdirkan utk kita.... lepaskan jer...

Ayat Sebelum dan Selepas Kahwin hehe...




Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!


Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
More than 10 Years : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...

6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??



Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh...
Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…


Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!


Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


  TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK
..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer....


 credit to : http://venez2.blogspot.com



p/s: i like heee....
http://www.emocutez.com

July 30, 2011

Rambut Gugur Selepas Bersalin.. !

sumber: pokcik google
Orang tua-tua kata bila baby mula pandai main buih atau air liur rambut ibu nya mula gugur * takde la sampai botak :) *  menda ni akan berlarutan sehingga usia baby mencecah 6 bulan kadang ada sampai setahun. Ini la yang deena hadapi skang sampai en hubby pelik dari bilik air sampai kedapur rambut deena gugur, tu blom lagi time menyikat dah dekat besor penumbuk rambut yg gugur tu deena umpal.. * tingat org tua dulu pas gumpal2 selamba kodok selit kt dinding heee...*


penyelesai masalah keguguran rambut hehe..

Cuma yang sedih skit bila ingatan pada arwah tu menerjah, dalam hati berkata macam mana agaknya arwah yasmin main buih kalau dia ada ? pasti riuh suara dia kan... * rindu nyer ngan arwah...:( * . Citer bab rambut gugur, daripada pandangan doktor ia adalah normal selepas bersalin coz pertumbuhan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan banyak, makna nya masa pregnant rambut kita lebih tebal dan sihat...


sumber : pokcik google

So 2-3 bulan selepas melahirkan rambut kita tadi akan mula gugur dengan teruk skali haa.. tapi tak lama pas baby 6 bulan keatas okay dah. Pada ibu-ibu yang takde pengalaman tu ( anak pertama) jangan panik :) .
memang takde ubat dan cara nak mengurangkan amik makanan yang kaya dengan zat besi, elakkan menyikat masa rambut basah, kalau berambut panjang potong pendek (tak banyak skit dapat mengurangkan keguguran) dan jugak rambut yang panjang bleh membuatkan baby sakit dan tak selesa coz membelit tangan dan anggota badan yang lain.  



p/s: tengok shower cap tingat style tudung sorang artis tutttttt.....http://www.emocutez.com

July 29, 2011

Gulai Panas Padang Matsirat


Tadi deena ngan en hubby gi makan gulai panas di Padang Matsirat. kedai ni terletak btul-btul di bulatan nak ke airport tuh. kat sini banyak jenis ikan yang boleh kita pilih, yang xder ikan bilis jer heee..  Deena amik ikan gerut, ayam, dan ikan kembung.


boleh pilih nak yang pedas atau kurang pedas..




Banyak tu jer la kitorang makan itupun kari tak habis siap tapau bawak balik lagi..,  kalau makan reramai berselera la skit makan mau sampai licin haa.. :)


p/s: selera makin menjadi-jadi skang... :-)

Norman, Memey Menangis Bebas Tuduhan Khalwat

sumber: mStarOnline
" tak habis-habis cer pasal dorang ni... layannnnn ! "

Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza 'menerima' hadiah perkahwinan dua bulan lebih awal, apabila mereka dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat, yang dihadapi sejak tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu pada Jumaat, tanpa mendengar pembelaan mereka, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan. Norman dan Memey yang hadir bersama di mahkamah pada pukul 9.30 pagi, mengakui bahawa mereka agak emosional semasa mendengar penghakiman tersebut menyebabkan mereka menangis.

Pasangan yang akan diijabkabulkan pada 24 September ini, juga tidak putus-putus melafazkan ucapan syukur manakala Norman segera ke surau berhampiran untuk menunaikan solat sujud syukur sebelum ditemubual oleh wartawan. "Alhamdulillah, saya tidak mampu untuk berkata-kata. Tiga tahun kami berdepan dengan situasi ini dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang kami rasakan," kata Norman. Memey yang memakai baju kurung dan berselendang ungu yang mengambil masa untuk menenangkan diri pula memberitahu, keputusan tersebut adalah berita yang paling dinanti-nantikannya.

Mantai...


Tak ramai yang tahu ape itu  'Mantai' kan ?  orang negeri sembilan ( tradisi bagi masyarakat minang) biasanya menyambut hari mantai dan ia disambut sehari sebelum puasa atau hari raya, kira pre-ramadhan haa.. :) ada setengah daerah panggil hari 'Bantai' *bukan bantai belasah tu yooo * tapi kekdah tetap sama. Masa tu orang kampung akan bergotong royong menyembelih lembu, kobau untuk dibuat hidangan makan bersama sanak saudara, atau untuk kenduri.


salah satu kuih tradisi minangkabau 'godok galumang'

Menu utama semestinyer rendang minang, lemang, dendeng ayam , masak lemak cili api dan banyak lagi. Dah macam nak beraya la pulak, tradisi ni dah jadi acara turun temurun dan sehingga sekarang hari 'mantai' atau 'bantai' masih diteruskan.  Di situlah terletak keunikan budaya Negeri Sembilan....


p/s: campuran selangor ngan nogori...

July 28, 2011

Harimau Malaya vs The Lions


  • Match: Malaysia vs Singapore
  • Date: 28th July 2011
  • Day: Thursday
  • Venue: Bukit Jalil Stadium KL
  • Time: 07:30 PM Local Time
Malam ni Harimau Malaya akan berentap dengan The Lions dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 zon asia.  Perlawanan ni penting untuk skuad harimau malaya bagi menentukan samada layak atau tidak di perlawanan Piala Dunia 2011 yang akan berlangsung di Brazil nanti .  * pehhh ! tetiba akak cer pasal bola ko.. :) *  Sape yang baham siapa malam ni ?! ape-ape pun kita saksikan pertarungan sengit lagi hangit malam nih !
http://www.emocutez.com


 p/s: ada yang hilang suara malam nih ! :)

Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak...


ecard

Tinggal beberapa hari jer lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. Dikesempatan ini deena memohon maaf pada teman-teman seandainya ada salah dan silap, terkasar tutur bicara tika berbicara di Deena's Blog,  Semoga bertambah keberkatan kita di bulan ramadhan nanti...



p/s: tengah membako biskut sarang semut hasnita a.k.a 'casper' =)

July 27, 2011

Mee Hoon Siam dan Karipap sajian minum petang....



Kerja keras akak ari ni... selera tengah teringin minggu depan dah mula pose so pulun abis la masak. :)
menu kita hari ni adalah. ! * mcm chef plak :) * mee siam ngan karipap.. Deena cilok resepi ni dari blog kakjee, cer usya sini . manyak shedappp ! hok karipap ni plak deena cilok di blog  kak noorsafone
pes time buat, waduhhhh rangup gitu  :). thanks yer kjee  & kak noorsafone  Tak larat nak cer meleret-leret petang ni moh kita jamu mata, jangan tengok jer sempat lagi klu nak buat untuk makan malam ni haaa....

Betapa berat dugaan mu norma....

sumber: http://miera301.blogspot.com

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.... situasi yang terpaksa dihadapi oleh pasangan Norma dan Talib iaitu adik ipar kepada sahabat blogger Moon. Beliau mula disahkan mendapat cancer tumor pada march 2011 yang lalu,dan pasangan ini baru sahaja berkahwin (tahun lepas) dan dikurnia cahaya mata yang masih bayi lagi serta  tak berkesempatan menyusu dari susu badan, apetah lagi mendapat belaian kasih sayang dari ibu tersayang...


July 26, 2011

Suhaila, Isteri Jimmy Shanley Dedahkan Rahsia Keretakan Rumah Tangga Mereka


Akhirnya setelah lama berdiam diri, isteri Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy tampil ke hadapan untuk mendedahkan punca sebenar keretakan rumah tangga mereka berdua. Mengikut Suhaila, Jimmy Shanley terlalu mengongkong dan pernah memukulnya beberapa kali. Berikut ialah pendedahan Suhaila kepada mStar Online

July 25, 2011

Bila diserang Asma...

sumber : google

Asma ? bukan asmara yer...  lately deena kerap diserang asma terutama tengah malam. mungkin pemakanan atau cuaca kot, bila tetiba kena asma hanya 'Inhaler' penyelamat deena . dan jika masih takde perubahan terpaksa la ke klinik amik oksigen heee... buat masa ni cukup dah tu ngan inhaler jer :) Ada yang kata penyakit asma boleh pulih sepenuhnya tak pasti kesahihannya samada penyakit asma ni boleh baik sepenuh nyer atau tak.  dari kecik lagi deena dapat asma, truk gak kena dulu. Alhamdulillah bila dah matured ni * makin dewasa haa * ;) ada la kurang tak mcm dulu kerap di serang asma. Deena alah pada habuk, sejuk, dan asap rokok, so pada yang ada asma tu jangan ingat sakit ni takde risiko k, kena amik langkah berjaga-jaga dan tau macam mana cara mengatasi bila diserang asma.

July 24, 2011

Minyak Zaitun mampu mencegah serangan jantung dan perut buncit !



Hujung minggu cenggini pasti semua amik kesempatan balas dendam rehat buat taik mata hehe... si anak plak celik mata dah tercongok depan tv layan kartun, si bapak nyer selagi tak tinggi matahari ngorokkkkk ! (dengkur) .Yang kita ni kaum-kaum ibu dari awal pagi membawak ke malam memang tak kering tangan buat itu ini, mana nak melayan si kecik lagi, yg sorang nak makan chicken chop laa.. haisshhh ! macam-macam karenah walau penat kita sebagai ibu takkan menghampakan permintaan anak-anak yer tak ?

July 23, 2011

'Wedding Of The Year' katanya...

suka nyer memek ops ! memey nak tawin :)

“Sukar untuk saya ucapkan dengan kata-kata kerana memang tidak sangka majlis resepsi kami di Kuala Lumpur nanti diangkat sebagai ‘Wedding Of The Year’. “Sebenarnya, saya dan Memey menjangkakan majlis perkahwinan yang sederhana saja selepas pelbagai ujian dilalui dalam hubungan kami sebelum ini. “Apapun, saya sangat bersyukur dengan penghargaan Rafflesia The Pearl Centre selaku penaja utama dengan penaja lain sekali gus menganggapnya sebagai rezeki dari Tuhan,” kata pelakon Norman Hakim.

July 22, 2011

Tok....

tok tengah rancak berborak ngan saudara dia.... *sib baik dah abis urut* :)
Petang semalam deena gi umah Tok di kg syed nahar untuk berurut.. * sedap berurut ngan tok nih.. ! * saje jer nak suh tok rasa kot2 ada yg tak kena ker ape. " takdak apa2 ehhhh urat lembutttt smua baguih naaaa... !" ngomel si tok ni sambil ngurut heee...  dari mula berurut sampai la habis tak berenti tok ni bercerita. Apa yang menarik tentang tok ni, dia dah ada 50 cucu dan 14 cicit, dan cicit yang paling besar umur 17 tahun haaa... 3-4 tahun lagi mau tok ni dapat piut plak...dan dalam usia 70 tahun tok masih kuat dan kulit cekang lagi beb... heeee.. takyah botox ke ape haaa... * deena siap cubit2 lagi pipi ngan tangan tok hehe *

July 21, 2011

Misteri Karak Highway.....



" Mak... aziz balik dulu mak ",
" Aziz....... mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jer la balik, dah pukul sembilan ni... "
"tak boleh mak, aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak.."
" aziz, besoklah balik... bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang. bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu..... " tak apalah mak, aziz balik dulu assalamualaikum" lantas aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya.

July 20, 2011

Biskut raya sudah mari !

nak tau sedap ke tak cer order...

Gara-gara 2 hari berturut-turut melayan buat kuih raya satu badan sengal hee.. bayangkan la.. bertahun-tahun deena tak buat kuih raya , kali ni semangat sudah mari huhu...dan deena buka untuk tempahan skali haa.. pada kengkawan yang nak cuba rasa air tangan deena tu bleh usya kat sini . tak banyak pun hanya  4 jenis jer deena buat ada biskut tart nenas, tart strawberry, sarang semut bersalut wafer dan biskut sarang semut.

Acuan muruku...


Acuan muruku ! pandai ke deena buat murukku ? tau tak acuan ni bukan setakat boleh buat muruku jer, buat cendul, putu mayam, dan banyak lagi kegunaan acuan nih. Selain dari acuan muruku pemutar, ada lagi satu jenis tapi perlu tenaga lebih skit coz doh di letakkan dalam acuan dan di tekan menggunakan kedua2 tangan. Nak tau untuk apa deena guna acuan muruku ni kita tunggu apa cer selanjut nya di lain waktu dan masa yer.. * bagi suspen skit heee...*


p/s: tak lama lagi pose, bleh la buat cendol plak :)

July 18, 2011

Kek Kukus Lapis Strawberry


Hari ni terlebih gula skit ado jer entri huhu... ado den kesah ! heee..  tadi cer pasal cake stands sesambil mengukus kek lapis haa...tak sampai setengah jam kukus kek ni, cuma nak nampak elok dan cantik tunggu la sejuk skit baru bleh potong dan ngap :) . Resepi asal kek kukus ni deena cilok dari Dapurku Sayang, biasa la kan  mula-mula buat hari tu macam ampeh jer rupa tapi kali ni cer tengok kemas jer kan susunan lapis tuh... * akak dah pro skang.. ! *  ada cara nyer beb...  :)

Ole-ole dari Idaman Suri



Wallaaa.. ! tah ape mimpi en abe deena ni tetiba bawak balik cake stands ni haa. lawo gak yang tak tahan kaler emas tuuu...  gamaknyer tengok bini dia asik jer membuat kek kot tu yang dibelikan.. maceh bang ,  ' nanti mel buat kek kukus lagi yer... :) '

Sukat menyukat...


Kalau ada masalah menyukat tepung, susu, air dan yang sewaktu dengan nya, boleh guna kaedah dibawah ni. Ada sesetengah resepi guna sukatan ml atau oz padehal kita ada sukatan untuk gram jer kan... tak pun beli jer penimbang electronic yg deena beli ni haaa.. teramatlah mudah semua sukatan ada.


July 17, 2011

Nurul Syuhada (TV3) akhirnya bergelar Isteri

credit to mStar online

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, KLCC, di sini, malam Sabtu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Nurul iaitu Mohd Zin dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak.

Petua luka bersalin cepat sembuh


Memandangkan ada kengkawan yang bertanya pada deena tentang petua, salah satu nyer petua untuk luka bersalin cepat kering terutama secara normal. ape yang deena amalkan tak banyak skit diturunkan dari mak, bidan kampung dan nenek deena sendiri.  Rasanyer semua oang biasa amalkan dan dengar kot, deena hanya amalkan seperti dibawah ni jer :-

July 15, 2011

Isteri Jimmy Sedia Tinggal Serumah Lepas Pantang


Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh memberitahu, dia kini sedang mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan atau menarik semula permohonan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy. Katanya, dalam membuat keputusan, dia mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' akan sifat Nursuhaila Eliani kerana tidak mahu anak sulung mereka, Zahrah Shanley, yang lahir pada 24 Jun lalu menjadi mangsa dalam permasalahan rumah tangga mereka.

July 14, 2011

Apam dot.dot dot.. polkadot !


Mana bleh tahan sana sini sinun buat apam polkadot ! dengan bangga nyer deena berjaya buat apam polkadot dari tengahari beb layan baru siap haa... abang kata bleh la buat jual * mesti meletops akak nye apam dot dot ko !*  sebenar nyer deena tak ikut resepi asal coz tak jadi masa mula-mula kukus tadi mcm ada yg tak kena, so deena olah balik ikut sesuka hati deena tambah dan kurangkan bahan-bahan hehe... * kita yang buat dia heee * . Nasib baik menjadi dengan gebus dan lembut haa.. untuk filling plak deena buat sendiri perasa strawberry nak resepi ekkkk...:)  klu bran cer buat ikut resepi sesuka hati deena ni yer...rasa dijamin sodappp !

July 13, 2011

Hati-hati bila memakai kanta lekap


Seperti biasa rutin harian periksa kanta lekap mana tau kot2 tetiba tukar kaler lain ker, hilang ker heee... maklumlah jarang pakai kan, selalu kat umah deena pakai cermin mata memang tak bleh berenggang,  mandi ngan tido jer tanggal. celik mato meraba cari cermin mata. Cer bab kanta lekap ni kita tak bleh amik mudah terutama dari segi pemakaian dan penjagaan. pada yang baru nak mula pakai tu deena sarankan rujuk pada pakar optometris *tul ker ejaan tuu..* cara pakai yang betul. kadang kalau kita pakai terbalik akan rasa tak selesa dan kena keluarkan cepat-cepat.  deena list kan secara asas apa yang perlu dan elakkan bila memakai kanta lekap nak plak trend skang macam-macam kaler  * mato rimau pun ado *   Sebelum pakai kanta lekap pastikan :-

July 10, 2011

Takziah buat fizo sekeluarga...


Takziah dari deena dan abang buat fizo sekeluarga atas permergian ayahanda tercinta (wan omar wan ishak)  pada selasa lepas akibat ketumbuhan usus. Tenang jer suara kak na tika berbual di talian tadi, beliau yang kini dalam perjalanan pulang dari kota bharu ke kuala lumpur  (bkt antarabangsa). harap fizo sekeluarga tabah dan bersabar dengan ketentuan ilahi..dan semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama insan yang solehah...
al-fatihah amin....



p/s:  lemah lembut dan tak sombong biarpun bergelar ibu seorang pelakon fofular..

July 9, 2011

Gelang zamrud menjadi saksi pertemuan sapura dan arwah fadley...


Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.
 

Sengaja sapura mengambil cuti kerja setengah hari, hari ini anak anaknya sukinah dan rosli awal - awal sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk fadley.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu… malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.

July 8, 2011

Cium anak dapat pahala..


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

July 7, 2011

Cucur udang langkawi mai..


Pehhh... petang-petang macam nih layan cucur udang ngan teh tarik nikmat tul beb.. orang yang patut dipersalahkan dalam hal ni tak lain tak bukan en abe haa... ape taknyer asalkan petang jer dia goda belikan kuih, laksa, goreng pisang. Malam plak ajak makan gulai panas... * debom lagi akak pasni hehe..* garing dan rangup cukup rasa la ngan kuah nyer sekali.  layannnnn :)

p/s: tengah kekenyangan niii...  http://www.emocutez.com

Jumpa sahabat blogger di langkawi.

cer tengok bleh nampak pulau dayang bunting kt ujung nun...
Petang semalam deena jumpa casper a.k.a hasnita di D' Baron Resort di kuah. Deena mengenali casper ni melalui blog jer tau. kebetulan masa tu redmummy ada buat entri tentang deena dan en abe di langkawi, dan casper adalah pengikut setia Redmummy. So dari situ la kami berhubung dan baru semalam dapat bersua.

July 6, 2011

Gulai panas penarak


Tu diaaaa... tadi pekena gulai panas kat jalan penarak nun.. rasa2 nyer kat sini terbaek punya ! dengan  kesedapan gulai panas moksu . * chef yg masak gulai ni lerrr*  nak plak makan ramai-ramai baru best , bayangkan la ikan segar masak jam tu gak hidang panas-panas, nasik panas.... memang terangkat wooo..!  * siyes mokcik ni masak mcm mak2 kita haa..*  pada yang tak tau tu mungkin ingat lauk semua dah siap terhidang atau dah masak kan ? sebenar nyer tak.. sampai jer di kedai ni kita pilih ikan segar atau ayam dan mintak la nak masak ape.. kari ker, goreng ker.. sebab tu depa panggil gulai panassss... ! heee~

Tinggalkan jejak anda

CITER DAH BASI

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this