deena and the gang

June 5, 2011

Petua penyeri wajah untuk bakal pengantin...

pic credit to pokcik google

Musim-musim cuti sekolah ni ramai yang amik peluang buat kenduri kahwin kan.. kadang satu hari sampai 3 jemputan nak kena pegi haa.. wokeh ! nak share skit tips untuk bakal pengantin yang nak cuba tips berseri-seri diatas pelamin. cer cuba yer... yang dah tawin pun bleh gak klu rajin nak buat hehe...

 
Beras
Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit. sapukan pada muka kecuali bahagian mata.

Lobak
Lobak kaya dengan vitamin E bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. sesuai untuk me lembabkan kulit yang kering. parut dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan setengah jam sebelum dibilas.

Timun
Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. petua ni dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. dan untuk menegangkan otot bawah mata.

Tomato
Bagi masalah kulit tak bermaya tu, amik tomato yang dah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan pada seluruh wajah, dan dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas.

Avocado
Bagi yang ada masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan kat pipi serta wajah, boleh cuba buah avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ni mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Bunga Mawar
Bakal pengantin bleh amalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat, fatihah dan ayat nabi yusof sebelum makan. Insyaallah pasti bertambah berseri-seri diatas pelamin nanti... =)


p/s: jimat kos, yang penting berseri-seri.... :)

2 comments:

  1. Nadia blum ada bofren. nanti kalao ada dan nak kahwin, kjee suruh dia pergi kursus dengan Kak Deena dia. hehehe

    ReplyDelete
  2. Kjee, kursus buat jamu bagi mantop bleh la ekekeke.. (^_*)

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

CITER DAH BASI

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this