deena and the gang

June 30, 2011

Hati-hati selepas melawat orang meninggal...


( Just nak share kat sini mungkin boleh jadikan iktibar dan pengajaran dan citer nih penah tersiar di FB dan majalah ...)

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah. Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

June 29, 2011

Tarikh jer sama...


Minggu ni berturut-turut makan kek haa..  3 hari lepas ulangtahun perkahwinan,  hari ni plak hari abang dijadikan hehe... apa yang menarik tentang kita berdua tarikh lahir sama abang bulan Jun, deena bulan Jan. Dan jenis darah pong sama 'A'.. sib baik size kasut, suor , baju tak sama size hehe..

Mata pun dah rabak nih, so deena nak ucap Selamat Hari Lahir buat abang, semoga dirimu dilimpahi rezeki, diberkati olehNya, di panjangkan umur dan senyum sokmo deh... :)


p/s: dengornyer ada candle light dinner... :)http://www.emocutez.com

June 27, 2011

Kek kukus lapis coklat...


Patut la hujan lebat giler hari ni..! ada worang buat kek kukus lapis coklat haa...tak sangka pertama kali cuba buat menjadi gak haa...  kalau nak cuba buat boleh usya kat blog  Dapur Ku Sayang  atau boleh tengok resepi kat bawah ekk.. Walaupun tak segebu dan secantik kek lapis dayang sekurang-kurangnya menjadi gak kek kukus lapis coklat yang deena buat nih.. sedap banget... ! cer cuba.... cer cuba....


June 26, 2011

Hidung tersumbat... komengaa... !


Haluuuu.... ! rasanyer waktu2 mcm ni nak plak malam minggu sure kengkawan tak tido lagi. Layan Fb dah tentu punya harusss gittew,  sambil tu jenjalan skodeng blog kan..kan..kan.... pada  yang tersinggah dan terjebak kat blog deena yang tak seberapa nih, mekasehhhh banyak2 =) coz sudi gak baca ntah ape2 dlm blog ni haa... kalau ada yang kengkawan nak tegur atau perbetulkan ape yang ada dalam blog ni cer bagitau ekk...

June 24, 2011

Cara mengelakkan selipar/kasut kena rembat kat masjid.. !


Hehe... pada incik-incik abang kita sedia maklumkan tiap kali gi solat jumaat mesti ada kes selipar hilang kat masjid.  sape punya keje tak tau la, orang ke masjid nak tambah pahala tapi ada gak yang suka hati menambah dosa haa... deena nak share tips dari budak botak yang klakor nih.. !

June 23, 2011

Bersalin dalam air mengurangkan sakit ?


Sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada dalam uri.

Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mengkaji kebaikan bayi yang dilahirkan dalam air dan pada penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari

June 22, 2011

Kalau tengah marah ape korang buat.. ?!



Bila cer bab marah-marah ni, musti semua orang ada sifat ni kan.. bukan worang  nama nya klu skit pun xder rasa marohh.. ekekeke.. Bermacam cara orang lepaskan geram, marah..dan yang sewaktu dengan nyer.. ada luahkan kat diari, kertas tisu, wall fb, dan ada jugak spesis yang menyerang wall fb worang.. ! sungguh kurang sopan kekdah nyer haaa...

June 21, 2011

Kedai Pastry Pro Langkawi...

tu dia compound coklat sblh bekas plastik tuh...

Tak sangka jumpa gak kedai yang supply coklat homemade ni, tapi tak semua yang ada seperti kotak coklat, mold, dan paste haa.. kebanyakkan barang yg ada kat sini dorang supply untuk hotel. Takde hal la janji  coklat compound ada, lain-lain kena order dari luar jer. Walaupun brand lain kita cer tengok dan rasa kalau okay semua deena beli kat sini jer.
 

June 20, 2011

Kuala lumpur... dulu dan sekarang..


credit to wiki
Kuala Lumpur dulu dan sekarang dah banyak  beza dibanding zaman sebelum merdeka dulu. jom kita hayati dan lihat sendiri disebalik kemegahan bandaraya ni... 


bukit bintang

June 19, 2011

Selamat hari bapa...


Pagi-pagi lagi deena dah buat kan abang kek coklat kukus sempena hari bapa haa... pum prang pum prang kat dapur tak sampai sejam settle suda kek nyer hehe... kek simple jer tak reti nak buh krim ke ape, topping ngan coklat masak dan coklat rice jer..  Senyap jer abang makan kek ni, dalam hati mesti kata sedap punya la huhu... :)



' Selamat hari bapa deena ucapkan pada abang, abah dan bapa-bapa diluar sana...  '



p/s: kasih sayang dan pengorbanan abah sentiasa tersemat dihati...

June 18, 2011

Petai gajah.. ! ada bran makan ?


Wakakakaka.... seumur hidup ni la pertama kali deena tengok petai sebesor nih.. ! menurut kata tuan punya blog sempoiguy yang tulis citer ni dia pun tak pasti kat mana lokasi sebenar, coz dapat maklumat dan gambar petai gajah ni dari email jer.

Bohong la kalau kata deena tak makan petai.. ! giler sedap beb masak sambal petai ngan udang haa.. cuba tengok sebijik petai tu jer dah sama besor ngan muka pokcik tu kan.. ? huhu.. bayangkan brapa lama boleh habiskan sepapan petai tu ? sedangkan sebijik mau 2-3 hari baru habis...


p/s: itu baru petai... pokok tah besor mana gamaknyer... hehe

June 17, 2011

Lemau...


Hurmm.... satu hari ni tak larat tul rasa, dgn sejuk nyer pala lak sakit. telan ubat demam sebijik trus lelap tak hengat sampai petang haa... dalam pada pala tintong sempat gak menggodek blog konon nak ubah wajah hehe.. so ini lah hasil nyer tapi macam biasa la tiap kali tukar layout atau background mesti ada widget yg hilang dan tak berfungsi.
http://www.emocutez.com

Jenuh gak cuba banyak kali edit coding code untuk bagi post entri bergerak kat sidebar tuh, tak menjadi gak lagi ampeh tul.... menda ni mula buat hal menjak deena tukar ke domain dot.com, tak kisah la janji widget2 yg lain bleh guna. Lagipun tak sesuai letak banyak widget coz  blog akan jadi berat dan orang kena tunggu lama bila nak buka blog haa.. baik letak yang perlu jer.. 


 p/s: dapat makan bubur nasik sedap gak ni ...     .http://www.emocutez.com

June 15, 2011

Mana satu nak buat nih.. ?!

credit to pokcik google

Hehe.... akhir2 ni makin bz la pulak, nak buat coklat, beli barang-barang coklat, reply email ada yang tanya jamu dan order jamu la, suh buatkan blog.. aiiiiii...! macam2 lagi nak dibuat haa.. skang ni mood nak buat coklat jer tapi ada lagi bahan tak cukup kena import dari luar hehe....

Minggu lepas sibuk ngan anak-anak, sian si danish pas antar balik ari tuh asyik la nangis teringat ibu dia kat sini haa... sib baik kakak2 dia ada tolong pujuk, 2-3 hari lagi okay la tu.. mungkin sebab tak pernah berjauhan dan jarang jumpa ngan deena tu yg dia terasa sangat.

Nampak gaya kena susun mana satu kerja yg perlu deena buat dulu, kalau tak nanti serabut pala dan tak terkejar-kejar yer tak.. skang tengah tunggu kotak coklat dan bahan lain sampai baru boleh mula projek coklat deena... tungguuuu...  :-)


p/s: nak letak inti walnut, strawberry.. mango... bes nyerrr... !

June 13, 2011

Merah itu berani...


Yuhuuu...baru dapat on9 hari ni. deena baru jer antar anak-anak balik klang dan pagi tadi sampai langkawi. Dah alang2 sampai sana abang ajak usya laptop kat plaza lowyat bukit bintang, mmg murah klu dibanding dgn harga kat sini. sejak notebook deena kecurian, tak senang duduk dalam kereta tak dapat nak on9 haa.. bayangkan perjalanan dekat 6-7 jam layan tido jer jawapnyer.

June 11, 2011

Tour last kopek...


Memandangkan minggu ni last cuti sekolah, kira semalam last kopek bwk anak-anak jenjalan coz hari ni dah nak balik klang. patutnya balik awal lagi, babah dorang sibuk plak maklum la musim cuti skolah rezeki takkan nak tolak kan.. :) nak tak nak terpaksa tunggu haa.. Lokasi pertama yang kitorang terjah ialah perusahaan gamat & herba sireh lagenda, beli minyak gamat dan minyak panas.

June 10, 2011

Mold dan coklat...

ada white dan dark coklat....

Semalam coklat dan mold yang deena order sampai suda... banyak lagi barang2 asas yang nak kena beli lagi. takkan nak buat coklat sejenis dan satu warna jer kan, mesti ada inti dan segala bagai. Skang deena dah dapat beberapa pembekal untuk kotak coklat, mold, dan keperluan yang lain.

June 8, 2011

Penipuan penggunaan Shoutmix !


Tips dan info ni deena dapat dari  blog affanruslan.com. jom kita share sama-sama...

Salam. Sila baca sampai habis. Post ini untuk educational purpose, bukan untuk mengajar orang hack atau spam blog orang lain. Entry ini dibuat sebab saya dapati ada orang gunakan teknik kurang baik dalam “so-called blogwalking”. haha
Saya dapati ada kelemahan dalam sistem shoutmix, itupun salah admin blog kalau tak cek setting shoutmix tu baik-baik.

June 5, 2011

Petua penyeri wajah untuk bakal pengantin...

pic credit to pokcik google

Musim-musim cuti sekolah ni ramai yang amik peluang buat kenduri kahwin kan.. kadang satu hari sampai 3 jemputan nak kena pegi haa.. wokeh ! nak share skit tips untuk bakal pengantin yang nak cuba tips berseri-seri diatas pelamin. cer cuba yer... yang dah tawin pun bleh gak klu rajin nak buat hehe...

 
Beras
Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit. sapukan pada muka kecuali bahagian mata.

Lobak
Lobak kaya dengan vitamin E bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. sesuai untuk me lembabkan kulit yang kering. parut dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan setengah jam sebelum dibilas.

June 4, 2011

Kedai pink.. !



Dari malam semalam tak puas-puas kitorang ukur jalan kat pekan kuah ni hehe...mula gi langkawi fair banyak plak kedai tutup, pastu ingat nak singgah di dataran lang ada karnival ulangtahun geopark, parking penuh lak.. tak kuasa nak menapak klu letak keta jauh haa.. Kedai pink ni btul2 berdepan ngan uptown 'Summer Joy' nama nyer. Yang menarik dalam kedai ni bleh kata semua barang kaler pink sebab tu deena suka panggil kedai pink jer :-) .

June 3, 2011

Apa kes.. ?!


Hari tu deena temankan kawan gi balai polis buat report... haaa ape kes ? kisahnya anak kawan ni tadi terkena serpihan kaca pecah di salah sebuah pasaraya  di pekan kuah... masa tu dia tengah sibuk mencuba baju dalam fitting room. nak kata salah budak tu pun tak bleh gak, coz cermin tu dia hanya sentuh jer bukan di ketuk kuat-kuat.. mungkin cermin tu dah retak kot.. Parah gak la luka budak pompuan ni, dah la kecik dan halus orang nya.

June 1, 2011

Suka-suka ngan anak-anak...



Hurmm.. bape hari dah tak update blog nih, biasa la bila anak-anak ada kat umah sibuk manjang takde ruang nak mencilok layan tenet.  Xtvt hari ni patutnya nak gi island hopping bwk dorang tak jadi coz hujan plak, so tukar plan gi tengok kapal M.Y.Sakinah di harbour park atas permintaan anak-anak haa... tingin sangat katanya pas tengok ibu dorang berposing sakan dalam kapal tuh..

Tinggalkan jejak anda

CITER DAH BASI

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this