deena and the gang

May 29, 2011

Frust.. !


Alhamdulillah, deena dan anak-anak selamat sampai di langkawi pagi tadi. tak larat tul kali ni sebab dari semalam memang tak dapat nak rehat lelama . dari awal sampai hingga petang semalam  tak duk diam ke sana sini, malam nya plak dah bergegas balik. Berat  rasa hati nak tinggalkan abah yang tak sihat dan mak kat kampung, bukan bleh datang selalu faham-faham jer la dah duk jauh ni kan..
 
Ingatkan dapat kejar feri kul 7, tak sempat la pulak.. kebetulan sama-sama sampai dgn guest abang dari puchong, ( Ajjieq dan famili ) kelam kabut la skit... ;-) orang pun bleh tahan ramai kt kuala perlis tadi memang terkial-kial nunggu masuk dalam feri.. naik dari kuala perlis deena tak kisah coz amik masa 40 minit sampai ke kuah, ombak pun tak seganas naik dari kuala kedah yg makan masa dekat 2 jam... mau terjelir lidah sampai ke perut muntah klu tak tahan.. hehe..



Sampai jer di jeti kuah, pas abang urus transport yang dari awal dah tunggu Ajjieq dan keluarga dia, terus balik umah dalam hati nak sambung tido sampai lebam konon, kemas punya kemas baru teringat notebook deena tertinggal dalam keta yg disewa.. bgtau abang suh tanya kat tuan keta kedaung tu, takde kata dia ..! ampeh punya olang... ! nak buat camner nak ilang, cuma yg risau banyak file dalam tuh... cepat-cepat deena tukar password fb takut kalau deena terlupa log out. padan muka den ! lalai sangat kan... ;)


p/s: baru berangan nak beli dslr nikon d3100....

1 comment:

  1. ish..sampai tertinggal notebook tu.x cek kat tmpt lain ker..

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

CITER DAH BASI

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this