deena and the gang

May 30, 2011

Homemade chocolate

sayang nak makan... :)
Tercapai gak hasrat deena buat coklat buatan tangan di rumah haa.. xder la susah mana pun cuma perlu kesabaran dan teliti. bila dah mula melayan buat coklat ni ralit dibuatnya sampai tak sedar tau-tau dah petang.. ;-) banyak info dan tips yang deena dapat selepas hadiri kelas coklat buatan tangan dirumah ni. Antara jenis coklat yg deena belajar seperti coklat pralin, oreo berwarna, oreo edible, lolichoc, dan love box.
 

May 29, 2011

Frust.. !


Alhamdulillah, deena dan anak-anak selamat sampai di langkawi pagi tadi. tak larat tul kali ni sebab dari semalam memang tak dapat nak rehat lelama . dari awal sampai hingga petang semalam  tak duk diam ke sana sini, malam nya plak dah bergegas balik. Berat  rasa hati nak tinggalkan abah yang tak sihat dan mak kat kampung, bukan bleh datang selalu faham-faham jer la dah duk jauh ni kan..

May 26, 2011

Blogger bakal berwajah baru



Tak lama lagi blog yang kita duk hadap hari-hari ni akan berubah wajah. alamat pening la pala jap..! mungkin ada yang tak tahu lebih 400 juta pembaca blog berlandaskan blogger. Pada tahun 2010 blogger di kenalkan dengan 50 bahasa, dan hampir 1 trilion yang jadi pembaca blog melalui platform blogger.

May 24, 2011

M.Y. Sakinah Harbour Park, Langkawi...!

pewitttt....!

Walla..! tak terkata gumbiranya hati dapat naik kapal layar mewah M.Y. Sakinah . klu nak tau di harbour park ni la tempat kapal-kapal layar mewah berlabuh.  M.Y.Sakinah yang dimiliki oleh seorang ahli perniagaan, khabar nya Tun Mahathir yang juga kenalan beliau pernah berkunjung kesini.. Kagum dengan hiasan dalaman dan perabot dalam kapal layar ni, dari ruang tamu hingga  la ke dalam bilik enjin kitorang dibawa melawat oleh krew kapal.

May 22, 2011

Comel nyerr dia tido...

atas pc pun jadik....
slumber rock kucing tu tido..:)
Semua orang suka kucing kan ! bagi deena plak suka belek kucing  ni, cuma tak minat nak bela coz deena ni kan ada asma so layan mcm tu jer. kadang suka cakap ngan kucing macam faham jer apa kita cakap.. tapiiiiiii... bila dia membuang dalam rumah,  kena kejar ngan penyapu la jawap nyer... :) sebelum nak tido tu, jom ler kita layan tengok kucing-kucing ni sambil tiru memek muka dia yang tersangat la comey...

Kalian penguat dan inspirasi deena... !


Diam tak diam kalau tak silap perkiraan deena, umur Deena's Blog ni dah 5 bulan, tak ingat tarikh launching nyer bila hehe.. masih baby lg ko.. ! sebelum tu layan blog biz online Dina Online Shoppe  jer. ntah mimpi ape gamaknya tetiba teringin nak ada blog peribadi sendiri. mungkin dapat aura blogger idola deena kot, sapa lagi klu bukan RM . Deena slalu ikuti perkembangan Rd, kira silent reader haa.. dan tak sangka rezeki deena agaknya dapat gak bersua dengan RM di langkawi.

May 21, 2011

Tragedi Tanah Runtuh : Rumah Anak Yatim di Bt 14 Hulu Langat

credit to BH

KAJANG: Dua mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi. Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus. Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.

Atas tutup... bawah ternganga !

ada bran.. !

Atas tutup tapi dibawah ternganga.. itulah realitinya fesyen bertudung skang. setakat tengok girl yang free hair berpakaian sendat hingga nampak lurah dendam tu tak pelik, cuma bila dah bertudung di atas tang bawah mak aiiii lagi seksi dari yang tak bertudung.. ! tak terniat nak mengutuk atau menghina walau tak semua yang berpakaian seperti dalam gambar-gambar tu, cuma ia akan mengundang persepsi yang buruk dan menjatuhkan maruah pompuan2 yang bertudung ayu, sopan dan anggun gitu..

May 20, 2011

Hantu kemolok ?!!!

credit to google
Kemolok ?!! kemolok ni adalah jelmaan hantu 'jadian' yang terjadi dari salah satu suku minangkabau. bukan semua minangkabau yer.. !  minangkabau ada banyak suku, antaranya seperti suku jamba haus, suku sikumbang, suku melayu, suku jambak ketapang.... susur galur yang asal nya dari tanah seberang, zaman nenek moyang kita bermacam ilmu dorang tuntut so mkin ini salah satu sumpahan dari keturunan suku tadi.. Rasa nya tak perlu lah deena sebut dari suku mana..  menurut mak deena,dari suku ini lah yang akan menjadi 'jelmaan hantu kemolok' ! selepas 3 hari di kebumikan. Pernah terjadi sorang penduduk kampung ( di lenggeng, n9 ) dengan brani mengintai kubur si mati,  di dapati ditengah2 kubur tadi kluar asap putih seperti bebola, berguling atas tanah dan kluar satu persatu seperti tangan dan berkaki tiga, tangan tadi menutup dahi dan rupa dia seakan-akan beruk .. huduh dan nauzubillah teramat busuk bau badan kemolok ni. cara dia bergerak terhenjut-henjut , ngeri dan ganjil.

May 19, 2011

Sape nak gi Pulau Dayang Bunting... !


Semalam jenjalan jap ke jeti pelancongan tengok abang anto group Uitm shah alam,  dorang  naik satu bot, amik masa 3 jam gak la ronda di tiga buah pulau antaranya pulau beras basah, pulau singa besar dan destinasi terakhir ke pulau dayang bunting, so sape yg tingin nak mandi manda kat tasik dayang bunting jangan lepaskan peluang klu dah sampai situ. Untuk island hopping ni kita bleh naik melalui jeti pelancongan, di awana porto malai atau yang terbaru bleh gak naik di jetty point kuah. lokasi deena posing tu di jeti pelancongan. sehari hanya ada dua trip jer yer, kul 9.30 pagi  dan 2.30 petang. details tuuuu... hehe...

May 18, 2011

Boroi lepas kahwin.. ?! nape ek ??

credit ti google

Perasan tak orang lelaki pas kahwin perut mesti boroi ? masa bujang cikeding jer nak plak tang perut pipih macam papan haa.. pompuan dah tentu la boroi pas kahwin tapi 9 bulan jer.. ;-) orang laki plak ngandung tak branak2 huhu... jangan la maroh yeww.. ! kalau nak tau dengan keboroian itu lah terserlah keseksian seorang lelaki tu hehe... Penyebab utama lelaki mudah boroi adalah faktor kelamin, means bila ada sexual encourage, orgasm dan kalenjar pituari kat otak akan merembas hormon yang encourage cell growth. Selain dari tu bila dah kahwin aktiviti luar pun kurang, jadi lebih banyak masa dihabiskan dengan isteri dan anak di rumah.

May 17, 2011

Cicak pokke,...tokek sesat .. !

warna cicak ni seakan kemerahan...

Uiks ! macam tak caya bila dapat tengok cicak pokke ni ! deena jumpa cicak pokke ni kul 10.30 malam tadi.  masa tu abang nak kuar, deena berdiri depan pintu tetiba ternampak menate ni melekat kat syiling atas depan pintu. apa lagi.. ! cepat-cepat suh abang tengok samada btul ke idak cicak pokke.

May 16, 2011

Merayap lagi..


Yuhuuuu....! adehhh.. dua malam berturut-turut deena merayap ikut abang melayan group Anugerah Bestari Cec ni. malam semalam dorang dinner di Bamboo restoran, kali ni di Kantan restoran di Cenang. Biasanya dinner utk group selain di area kuah, abang akan urus di restoran ni jer. Pengalaman baru bagi deena yang mana selain dapat kenalan baru, satu kepuasaan bila mereka beri pujian dan berjanji akan gunakan khidmat kita lagi di masa akan datang.  : -)

Bukan senang tau nak meyakinkan orang dengan servis dan percaya pada kita, apa yang penting servis mesti tip top dan terbaek..!  Next projek musim cuti sekolah nanti dah bersusun jadual booking dari orang perseorangan hinggalah berkumpulan yang akan turun langkawi nanti. So kalau nak datang ke langkawi dengan selesa dan tak kelam kabut rancang percutian anda dari awal yer.. =)

p/s:  mcm-mcm projek nak buat pasni... caiyokk deena !

May 15, 2011

Jasa dan pengorbanan guru

credit to google

" Selamat pagi cikguuuu..." itu lah ucapan yang wajib murid-murid ucapkan tiap kali cikgu masuk kelas, bila habis waktu kelas sebelum cikgu beredar skali lagi ucapan terima kasih berkumandang dgn irama yang tersendiri . mengimbau dizaman persekolahan dulu tahun 1980 deena mula bersekolah darjah 1 di Sek. Keb Puchong sehinggalah tahun 1985 dan seterusnya di Sek. Men.Puchong Bt 14.

Banyak kenangan manis dan kelat hehe.... tika zaman persekolahan dulu, yang kelat bila selalu kena denda berdiri atas kerusi dan piat telinga. anti tul ngan cikgu tu !  Balik dari sekolah plak ajak kengkawan mandi sungai sambil menangguk anak ikan pelaga.. comey ikan tu warna warni lagi haaa.. malam gi ngaji, slalu kena sergah sebab malas melancar ayat ,asyik blur jer keje.. rindu dan masih ingat lagi pada cikgu zainun, cikgu mastura, cikgu shaari, cikgu patmanathan, ustazah halimah, cikgu razali..

Jenjalan di malam minggu...

belakang tu laut ko..

Malam tadi ikut abang antor guest dia ( group Anugerah Bestari, Ampang ), ada dinner di restoran bamboo. nampak keletihan geng ni, penat gamak nya tour sehari suntuk ngan shopping skali. pastu berlari plak gi hotel D'Baron jumpa En Raja Azhar dari kl, dan isteri beliau yg sedang menikmati makan malam, bulan madu katanya..seronok katanya dapat mandi di tasik dayang bunting, dan pasang niat agar dikurniakan zuriat apabila pulang nanti.. insyaallah ada rezeki dengan izin dari Nya..

Cer suasana malam minggu kat sini tak macam di kl nun happening, xder ape2 yang nak di layan or tengok huhu.. melainkan musim cuti-cuti malaysia tu pasti macam pesta di pekan kuah ni. ermmm... nama nak duk lelama atau beli aset kat sini tak mungkin kot... mau keras deena nanti hehe... 

p/s: casper... ! awok jumpa hubby kome kat d'baron tadi.. ;-)

May 14, 2011

Perhatian !!!



Perhatian !!! Motor Honda Ex.5 WPV 4963 motor suspek simbah asid, dapat info dari Balai Polis Tun Razak, dengarnya taktik yang digunakan ialah baling telur untuk kotorkan cermin keta, bila tak nampak.. kita kluar dan masa itu la di simbah asid... ada masalah mental setan nih ! yang geram semua mangsa adalah pompuan melayu. So guys tolong berhati-hati lebih-lebih lagi kaum wanita dan anak-anak kita. selagi tak tertangkap suspek ni selama itu la kita semua dalam ketakutan.


p/s: eloknya dapat jer tangkap kita simbah dia asid ramai-ramai.. !

Bubur kacang durian


 Lega.. ! akhir nya di pagi yang nyaman nan indah ini blog dah bleh pos entri haa.. dah tak sengal mcm semalam jap boleh.. pastu tintong terus. ramai kengkawan blogger yg lain mengeluh blog majuk.. ;-) . sib baik la tak amik masa berhari-hari, mau tak keruan hidup klu tak merepek sehari kat blog ni.. yang tak best nya komen kengkawan takleh publish.

Semalam punya hal dari duduk tak buat ape deena masak bubur kacang durian, tetiba teringin plak. lama dah tak makan bubur kacang. biasanya deena suka buat kuah durian cicah ngan roti, ada tu makan ngan pulut. ikut tekak masing-masing tak semua bleh masuk yer tak.


p/s: mintak2 tahun ni dusun durian mak kt kampung menjadi...lagi sedap makan buah yang baru gugur..

May 11, 2011

Mengapa hospital guna baju hijau.. ?

picture credit to google

DALAM bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas.pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk. Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah 

May 10, 2011

Menabung untuk masa depan

ni telo btul tau bkn klon...

Pepatah melayu kata " sediakan payung sebelum hujan " klu kita tak beringat dari awal alamat nya sendiri la tanggung betapa sengsaranya takdo duit.. Duit bukan  segala-gala nya dalam hidup kita, tapi segala-galanya perlukan DUIT.. yer tak ?  dalam zaman serba moden skang, duit mengalir macam air. sekali gi pasar jer Rm50 hengget tak cukup apetah lagi di pasaraya besar, mau beratus gak dibelanjakan.. itu blom lagi yang anak-anak bersekolah memang tak cukup belanja rm2 hengget. paling kurang rm5 hengget. klu 5 orang ? sekolah plak ada sessi pagi dan petang. mau pecah kepala mikir.. hehe

May 9, 2011

Danish dan minibike

phewitttt.. !

Kerisauan tul deena di buat nyer.. ! danish tak heran dah ngan mainan Ps, basikal dan kereta remote control dia, skang dah mula menceburi bidang permotoran la pulakkk... ecehhh konon la tu. Sebenar nya dah lama anak bujang deena sorang ni dok usya ngan ayah dia. tapi sebelum tu ada perjanjian ngan ayah dia klu nakkan minibike tu haa... budak-budak bila dah leka faham2 jer la semua tah kemana nnt, itupun deena slalu nasihat dan perati dari jauh haa..
 
uiks ! jgn buat pasal bwk gi skolah boy !

Cer bab minibike atau motor poket ni ia menggunakan 4 lejang,  2 lejang pun ada, terdapat 2 jenis "Aircool" dan "Watercool". rasanya danish punya ni jenis 'Aircool' coz ia hanya guna enjin mesin rumput.. huhuhu... yang dikenali sebagai QT. klu tekan minyak boleh sampai ke tahap 80 - 90km/jam. (p/s : abis la merempit budak nih ! ) yang jenis 'Watercool' plak lagi ganas bleh mencecah kelajuan hingga 110 - 130km/jam. tentang harga tak silap dalam RM900 hengget ke atas la.. mungkin ada lagi murah kot..



p/s: hari-hari duk kol dia dan ingatkan kakak2 dia peratikan si mamat ni...

May 8, 2011

Terima kasih abang.. !



Pagi-pagi dah dapat kek dari abang sempena hari ibu... " abang, ucapan pun dah memadai pada mell.., " trima kasih abang, dari mula kita kenal hingga kini abang tak pernah lupa hari istimewa yang pernah kita raikan termasuk hari ibu.. sesungguh nya apa yg di lafazkan dan janji abang pada mell , abang kotakan dan mell hargai  kasih sayang dari abang..." Luv u so much sayang.. ! "



p/s:  mell luv b... =)

my dedication for my mum



and thats my mum.. :)

(: Assalammualaikum :)
hi everyone , doing good ? me too . :) ouhkay , alhamdulillah , dpt jugak bkk blog using another pc , just dropping here to give my grantitude to my only mother . Ibu , no matter what happens , no matter what's coming , i will always love you . there's no one else out there who can replace ur position in my heart . 

ibu , thanks for being my mum . thanks for taking care of me since i was a small girl until now, i've grown up , im getting bigger year by year . tak mampu utk kakak balas jasa ibu , terima kasih sbb ibu lahirkan akak bersusah-payah , hanya utk berkongsi kehidupan . kehidupan yang tak ternilai harganya.. wlaupun kite terpisah beribu batu , tp sebenarnya hati kite xmacamtu.. hati kite selalu bersatu , kan? :)

May 7, 2011

Berurut lepas pantang..

picture credit to pokcik google

Seksa dalam pantang abis dah..." macam la berpantang sangat yer.. siap merayap ape cer ? " heheh.. menjadi kebiasaan pada deena sejak anak pertama dulu habis jer pantang, deena akan berurut 3 hari berturut-turut. dan amal bertungku tiap bulan seelok nya lepas habis datang bulan dan makan jamu harus gitu.. :-)

Alhamdulillah bila kita ikut kata org tua-tua nakkan badan sihat luar dan dalam, semasa dalam pantanglah terutama dari anak pertama perlu jaga btul-btul dari hujung rambut sampai ke hujung kaki...  sure body tak lari punya la ! dan badan sihat..huhu.. cer tentang bentuk badan lepas bersalin ni, rasa nya tentu ramai yg risau bila badan tak seperti dulu, nak plak tang perut mcm ngandung 3 bulan ko.. aset tuuu ! klu prut buncit terpaksa la lupakan niat nak pkai kebaya ke aper haa.. gi la slimworld dulu ker.. or rajin-rajin buat senaman =)

May 6, 2011

Terima kasih anak-anak ibu.... !

credit to http://adiksayangkucing.blogspot.com

Tersentuh dengan nukilan anak deena ( syeera ).. thanks sayang... 

8 mei 2011...iaitu kita akan meyambut hari ibu,dimana kita akan diingat kan
betapa pentingnya peranan seorang ibu bagi kita....setiap hari ibu akan ku teringat
akan ibu yang selalu mendampigiku selama ini..ibu yang menasihatkan ku dimana
ade kesalahan ku.ibu ku juga mengajari ku pelbagai hal...ibu ade untukku..i love ibu
yang tersayang.
terus kan perjuangan sebagai ibu..walaupun diri mu selalu dalam kesusahan
tetapi engkau tetap teguh menghadapinya..di situ aku dapat melihat kasih seorang ibu
betapa gigih nya engkau mencurah bakti..Demi anak-anak mu.....

Saya dan adik beradik ingin mengucap kan terima kasih kepada ibu yang tercinta..
yang selama ini menjaga dan memberi kasih sayang mu itu..walaupun hanya sekejap...

                        I LOVE MOTHER .....MMMUUUAAAHH..
                               SYAHIRAH,DANISH,NADIRA....

          
p/s:  thanks adik, tiap saat dan detik kalian x pernah luput dr ingat ibu, wlau kita tidak berkesempatan
utk bersama.. ibu yakin satu hari nanti kita pasti dapat bersama semula... kenangan dikala adik, danish dan kakak kecil dahulu selalu membuat ibu tersenyum dan adakala mengalir air mata bila mengenangkan anak-anak ibu disana.. jaga diri baik2 dan ingat apa yg selalu ibu pesan ? "Anak Ibu kena kuat dan hebat !                 

Selamat Hari Ibu...

picture credit to pokcik google

Jasa ibu cukup besar dalam hidup kita, semoga kita menghargainya dan membalasnya jika berkesempatan.. insyaallah...

Selagi dia masih hidup.....

~ Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuapkan kita makan & memandikan kita. Ibu sanggup berjaga malam bimbang anaknya digigit sang nyamuk...
Kita pula membalas budi ibu dengan menangis sepanjang malam... itu balasan kita pd ibu.

~ Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita.
Kita membalas budinya dgn menumpahkan makanan ke atas lantai, namun ibu tetap terhibur dgn karenah nakal kita...

May 5, 2011

Tunai hajat

picture credit to google

Diam tak diam lima hari lagi genap 40 hari pemergian arwah yasmin damia, cepat masa berlalu.. dan petang tadi juga deena ngan abang beli beberapa helai pasang baju baby dan susu formula untuk di sedekahkan pada baby yang lahir sama tarikh dengan arwah . Nak bagi baju arwah tak sanggup rasa nya, biar la deena simpan jer.  kebetulan semasa di wad deena dan ibu baby ni satu bilik katil sebelah menyebelah, jadi sempat la kitorang berkenalan dan tinggalkan no telefon masing-masing. 

Salsabilla nama nya, sedapkan nama dia ;-)..  tak sempat amik gambar coz baby ni meragam nangis tak henti-henti kelam kabut ibu dia pujuk. " kalau arwah ada besar ni la dia kan bang " sambil deena berbisik dengan abang yang sedang leka perhati baby Salsabillah, putih dan comel sangat ! sebelum pulang kami berdua kucup pipi Salsabilla yang mungil tuh, " ada masa untie datang lagi jenguk salsabilla..yer "..


p/s: terbayang wajah dan bau badan arwah yasmin... alfatihah...

May 4, 2011

FAMEkids


Deena terpanggil untuk share dengan kengkawan mengenai FAMEKids dari blog kjee. kita sama-sama hebahkan di sini jika ada yang berminat turut serta...

Nama saya Lyna, saya merupakan pemilik Scriptory Box di Puchong. Kami akan mengadakan pelancaran FAMEkids, iaitu sebuah kumpulan sokongan anak-anak istimewa (OKU). FAMEkids diasaskan oleh saya sendiri bersama seorang teman, Puan Watie yang juga mempunyai anak istimewa. Untuk pengetahuan anak saya mengalami kecacatan di kaki ( kudung) dan tangan (kudung jari dan bertaut) manakala anak Puan Watie mengalami keistimewaan pada bahagian tangan ( tangan tiada tulang).

Redmummy pregnant !


Tahniah pada mira ( redmummy ) dan Sirman ( RD ) coz bakal menimang cahayamata ke 3. deena dapat tahu semalam selepas RM umumkan di wall status yg dia pregnant, trus sms beliau ucap tahniah haa.. tingat lagi  RM datang ke Langkawi 2 bulan lepas, waktu tu deena menunggu hari dan dah ada tanda-tanda tapi RM punya pasal gagahi jugak tunggu dia di airport ngan abang.. =)



Terkezut RM bila diberitahu keadaan deena masa tu dan esok nyer (jumaat) deena bersalin, " berkat RM pegang prut deena la tu kata nya.. " apa-apa pun trima kasih  pada RM sekeluarga atas pemberian hadiah (walker) dan payung yang comel tu....
  

p/s : tak mau sedih-sedih lagi..

May 3, 2011

Pengorbanan Ibu..


Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya bermasam muka. kasih ibu tiada tandingan nya, ingatlah Syurga di bawah kaki Ibu, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepada nya....


Renungkanlah...

" Nurse.., boleh saya tengok bayi saya? "

ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret.
dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya. Jururawat kemudian mengalihkan pandangan ke luar tingkap. tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika, dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Header baru !



Bila dah ada domain sendiri means kena la tukar header, sebelum ni deena buat sendiri tapi masih tak puas hati coz deena hanya guna photoscape. bukan xder software adobe photoshop, masalah nya tak pandai lagi tengah dok blaja lagi ni.. ;-) sib baik jumpa adik comel ni wawa, dia la yang buat kan header kat atas tuh. jangan marah yer dik, akak ni cerewet skit tanya mcm-mcm tapi puas hati haa... Deena mintak wawa buatkan dua header satu transparent dan satu lagi ada background. Insyaallah bila dah pro ngan adobe photoshop boleh la buat ikut citarasa sendiri dan amik tempahan macam wawa plak hehe....

May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja.. !



Selamat hari pekerja deena ucapkan untuk pekerja-pekerja seluruh Malaysia !

Enjoy your holidays.. !


p/s : lama dah tak bekerja haa...

Terasa kerrrrrrrr....

opss ! ada silent reader la kat sini... mekacih sayangggg....

Ada yang tak senang dengan statement deena semalam. kenapa ? anda terasa ker ? * gua tak sebut pun nama lu.* atau cuba menegak benang yang basah ? ker terasa pedasnyer cili.. :) . be a gentle la takkan dengan perempuan pun nak berlawan, jika kaum adam yang membaca pasti depa malu naa...Yang memalukan dah la wall fb kita depa laki bini serang, sampai antor kat inbox siap ugut kita naaa..dan atas nasihat pihak berwajib deena tak akan padam semua message2 tu coz ia boleh dijadikan bahan atas akta gangguan dot..dot..dot dan juga akta ugutan, waima dengan sms pun deena tak akan padam.. . Tak perlu mempersoalkan di sebalik surat atau batu bersurat , tiada kepentingan pun. tanya pada diri sendiri kenapa anda perlu melenting ?... siapa yang memulakan jawapan nya ada pada anda. Biar orang lain yang menilai siapa yang benar atau sebaliknya.. tak kuasa mak nak melayannnnn... * lenkali pikir dulu sebelum nak serang orang, klu bran berdepan laaa.. *


p/s: menyalak la hangpa berdua naa..!  sarang naga jangan di kaco.... :)

Tinggalkan jejak anda

CITER DAH BASI

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this