deena and the gang

April 29, 2011

Sweet memories...

pic yg reramai tu masa umo 25 kot...

Sebelum bernikah ngan abang, life deena kerja, anak-anak dan merayap. hehe.. hujung minggu atau cuti sekolah anak-anak akan tinggal dgn deena ( klang ), selalu nya deena akan bawa dorang balik umah mak di puchong ( skang mak dah duk kg di N9 ) atau gi jenjalan cari makan. dah jadi rutin masa tu.



dira,syeera n danish masa tecik-tecik

Deena menetap di klang lama gak, hampir 15 tahun kot, dulu deena keje kat sana ( forwarding company ) pastu berhenti buat freelance ( Unit Trust Consultant - Public Mutual ) dan Insurans. (MAA ) nak cari pengalaman keje sendiri. Macam-macam ragam manusia kita jumpa.. ;-) dan waktu tu memang kena cekal coz kita bukan nya makan gaji lagi.



 Skang dah berubah, bila dah tertulis bertemu jodoh dgn abang, deena perlu berkorban walau berat untuk tinggalkan kan semua di sana termasuk anak-anak dan teman2 rapat. So kena tunggu cuti sekolah baru dapat amik dorang kat sana. tahun ni tak beraya ngan anak-anak coz  giliran dgn keluarga belah sana ( klang ). kesian gak ngan anak2 tak sempat nak jumpa arwah yasmin..



Alhamdulillah, sejak duduk sini (langkawi) deena tak terasa sunyi atau bosan sangat, coz ada spare parts no 2.. hehe jgn ingat apa-apa haa..  notebook dan pc yg deena hadap hari-hari tu la dia ;-) nak kuar sorang- sorang malas, bila perlu jer deena kuar. makan coklat tak larat dah nak plak skang badan tengah kembang lagi.. tak bleh jadi kena diet giler pasni..


p/s : rindu mak ngan abah..

No comments:

Post a Comment

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this