deena and the gang

April 4, 2011

Semoga arwah Yasmin Damia tenang di sana..


Sebelum bertolak pulang ke langkawi semalam, deena dan abang singgah dahulu di pusara arwah Yasmin Damia. wlau berat hati melangkah pergi, dari kejauhan deena titipkan doa dan berjanji utk selalu pulang menziarahi pusara arwah yasmin. Selepas 3 hari pemergian arwah, jiwa dan ingatan kami seperti di bawa pergi tanpa arah dan haluan. Bagi yg pernah mengalami situasi sebegini pasti faham apa yg kami alami dan rasa. 

Bukan mudah sebenarnya untuk kita menerima ujian yang maha hebat ini, jika tak kuat dari segi mental dan fizikal. Sedangkan melihat penderitaan atau kehilangan orang lain di luar sana pun kita bersedih hingga menitis air mata, ini kan pula anak yang dikandung dan kita lahirkan hilang sekelip mata... belum pun puas nak menatap,bermanja dan memberi sepenuh perhatian pada dia, ternyata jika DIA kata setakat itu rezeki kami, maka terima la dgn redha biarpun payah utk menerima  dan terpaksa menanggung kesedihan yang teramat sangat
.

Alhamdulillah dengan ada nya sokongan dan kata semangat dari kedua belah pihak keluarga, anak2, sanak saudara dan teman-teman, deena dan suami mampu lagi bertahan agar tidak terlalu mengikut perasaan. namun dalam hati kami hanya Allah sahaja yg tahu.. Buat pertama kali nya selepas 3 hari pemergian arwah yasmin, deena bermimpi yg arwah seolah tak mahu melepaskan pelukan deena pada nya, dan juga arwah dikelilingi teman-teman yg seusia dgn nya ketika itu.. maha besar kuasa mu Ya Allah... :( dan deena mengucup sepuas nya arwah Yasmin.. hingga tersedar dari mimpi.

p/s : sebak bila terpandang katil, botol susu, walker dan pakaian arwah yasmin.. :((

9 comments:

  1. Sabar byk2 Deena..Yasmin dah pasti tempat dia di syurga...tak perlu nak gusar lagi...Deena mesti teruskan hidup sbb ada lagi 3 org yang perlukan deena kan?

    ReplyDelete
  2. salam takziah akak.
    semoga terus tabah menghadapi dugaan..
    faryzh ada terbaca beberapa entry berkenaan arwah anak akak.sayu hati saya.apa2 pun yang terjadi tu semuanya kehendak Allah..

    ReplyDelete
  3. takziah...kuatkn smgt..tabahlah mengharungi hari2 mendatang...
    rini

    ReplyDelete
  4. deena ini ceta kakno....kakno ada adik no 8 masa dia mengandung dulu sampei cukup bulan tak de masalah kandungan dia cukup bulan dan dai d admitkan ke wad petang dalm kul7...doktor pantau dia setiap jam...jam 11 malam dia rasa baby dalam perut dah tak bergerak...dokter buat macam2 tapi baby dah mati masa tu ..esoknya dokter buat bagi dia bersalin normal dan sahkan anak dia mati semalam tapi takde satu pun penyakit bayangkan....dia tenang je masa tu lagi seminggu kita nak sambut raya posa....2 tahun kemudian dia lahirkan anak ke2 dan sekarang ade 3 anak...kalu ade arwah anak dia tu dah berusia 15 tahun...deena fahamkan ceta kakno ni...norasmah

    ReplyDelete
  5. daripada-Nya kita dtg, kpd-Nya kita kembali.. Syukur kerana kalian berdua dipilih Allah untuk memiliki 'saham' di sana nanti.
    berat mata memandang berat lagi bahu memikul..mudah2an Deena dan suami terus tabah.

    ReplyDelete
  6. salam Deena..

    alhamdulilah..sekurang2nya sebelah kaki deena dan suami sudah melangkah pintu syurga..Yasmin pasti menunggu utk membantu ibu bapanya pada hari ITU nanti..

    redha dan sabar..lawanlah kesedihan itu dgn mengingatkan yg pemergian yasmin satu back up utk deena nanti....Insyallah. Amin.

    ReplyDelete
  7. takziah buat kak deena n suami.. sesungguhnya arwah di tempat di syurga..

    ReplyDelete
  8. salam deena. can u pick up your award from my blog? thnx

    ReplyDelete
  9. salam takziah...
    saya br jumpa n terbaca blog deena...
    menangis saya....
    moga deena tabah ats pemergian ank tersayang...
    moga Allah merahmati deena, suami n family.
    bersabar yer..setiap yg terjadi ada hikmahnya..apa2 shj yg kita syg di dunia hilang sbenarnya adalah simpanan kita di akhirat..berpegang pd itu hati akn tenang..bby sedang bersukaria di syurga...

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this