deena and the gang

April 2, 2011

Babah dan Ibu redha dgn pemergian mu Yasmin Damia

pic ni sewaktu dirumah, hari pertama dan terakhir deena dapat belai dan mandikan arwah yasmin

1 April tepat jam 5 petang arwah Yasmin Damia telah menghembuskan nafas terakhir selepas doktor pakar berhempas pulas sedaya upaya menyelamatkan arwah, namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Hanya selama 14 hari sahaja arwah yasmin di pinjam kan pada kami..

Sebelum itu, pada jam 1 petang waktu deena dan abang yg masih berada dalam feri dalam perjalanan ke Hospital, dihubungi oleh doktor yg yasmin tenat. Abang menggengam tangan deena, meyakinkan yg yasmin pasti tiada apa-apa . sambil teresak-esak menahan tangis, dalam hati deena tetap berharap  agar yasmin stabil semula.
Sampai di hospital, doktor telah sedia menanti untuk menjelaskan keadaan sebenar. ketika itu deena lihat arwah baru sahaja diberi bantuan cpr oleh doktor pakar. menurut doktor, jantung nya telah terhenti sebanyak 2 kali.. dos yg diberi sudah tahap maksimum dan doktor tidak berani meletakkan harapan kerana keadaan yasmin damia amat tenat. deena dan abang tak mampu nak berkata hanya dengar dan angguk tanda akur dan faham dgn ape yg doktor jelaskan.

Deena lihat yasmin  amat lemah, abang sempat bisikkan dua kalimah syahadah di telinga arwah, dan dlm waktu yang sama deena panggil Yasmin Damia berulang kali, hanya allah yg tahu betapa pilu, sedih, dan kasihan bila yasmin membuka mata nya perlahan-lahan.. "Ya Allah beri la aku peluang untuk membesarkan yasmin.. ya allah beri la aku peluang utk menjaga yasmin hingga akhir hayat...doa deena ketika menatap wajah arwah Yasmin Damia... 

Tapi ,siapa lah kita untuk menentukan segala-galannya.. selang beberapa minit yasmin mula tenat kembali dan doktor bergegas mengepam dada dan juga melakukan cpr. deena berlari keluar tak sanggup menatap wajah pucat lesi yasmin waktu tu, doktor datang berjumpa abang beritahu "harapan utk yasmin amat tipis ! dan untuk kali kelima selepas degupan jantung yasmin terhenti ia stabil semula.. syukur yg mampu deena dan abang ucapkan. lalu kami ambil keputusan segera pulang ke Langkawi coz abang mahu buat bacaan Yassin di masjid.

Apa kan daya, kegembiraan deena tak lama, setengah jam selepas menaiki feri ke Langkawi, dalam pukul 5 petang doktor menghubungi abang agar patah semula ke hospital. tak mungkin kami  ke hospital kembali ? sedangkan dah berada ditengah laut.! abang cuba menenangkan deena dan terima dengan redha atas pemergian arwah Yasmin Damia.. sukar utk deena bayangkan waktu tu, fikiran kosong ! sampaikan deena fikir ini hanya mimpi semata-mata. 

Jam 6 petang setibanya di Langkawi, deena dan abang bergegas pulang kemas baju  dan deena bawa sekali bantal dan selimut arwah. tiba di jeti kuala perlis kami  pergi berempat ditemani rakan abang. selesai uruskan jenazah arwah di hospital kami terus bergerak ke Kelantan dan sampai jam 3 pagi. Saat kami mengucup jenazah yasmin buat kali terakhir, babah yasmin tak mampu menahan sedih sambil ditenangkan oleh mak mertua. sayu hati bila melihat arwah yasmin seperti sedang lena beradu, deena cium pipi dan dahi arwah berulang kali.. dan dalam pukul 11 pagi tadi arwah yasmin damia selamat disemadikan. Semoga arwah yasmin damia tenang di alam sana. amin..

Disini deena dan suami ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada saudara mara, sahabat2 di facebook, blogger, dan sahabat diluar sana atas segala doa dan ucapan takziah...

p/s:  berdoa agar dipertemukan arwah yasmin damia di dalam mimpi... ibu rindu sayang :(

28 comments:

  1. takziah diucapkan.semoga sentiasa tabah menghadapi ujian Allah. pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Yasmin pasti menunggu disana kelak. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. sedihnya entry nie.harap awk byk bersabar ya :) n,, arwah yasmin sgt sgt cute :)

    ReplyDelete
  3. takziah Deena..smga tabah menghadapinya-syaomar

    ReplyDelete
  4. al-fatihah..takziah akak..sedih sgt dgr brite ni..huuu..

    ReplyDelete
  5. takziah AcHiKz ucapkan pada kak deena dan keluarga.. kuatkan semangat dan al-fatihah buat arwah yasmin damia..

    ReplyDelete
  6. salam..semoga tabah ye..saya pun sedih ni..

    ReplyDelete
  7. Al Fateha....
    akak tumpang sedih dan simpati...
    Takziah dari akak dan keluarga
    Semoga roh Yasmin tenang di sana
    harap deena tabah menghadapi setiap ujian dari Allah....
    setiap apa yg berlaku itu ada hikmah di sebaliknyer.. Allah maha besar ia maha mengetahui...

    ReplyDelete
  8. Takziah Deena. Semoga Deena kuat dan tabah menghadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  9. sabar banyak2 akk////saye doakn akk tabah menghadapi dugaann

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum... sabar la selalu.. pasti ada hikmah di sebalik semua peristiwa yang terjadi... saya pasti dia akan tunggu awak di sana... salamtakziah dari saya

    ReplyDelete
  11. takziah semoga ALLAH merahmati tuan sekeluarga. amin

    ReplyDelete
  12. takziah deena, semoga tabah.Entah kenapa, zurina pulak yang rasa rindu sangat pada arwah...sabarlah ye deena..insyaAllah,deena akan bertemu juga yasmin di sana kelak..

    ReplyDelete
  13. Takziah buat kak Deena sekeluarga
    Sabarlah menghadapi ketentuan ilahi kak
    Allah jaga Yasmin kat sana
    Al Fatihah si kecil

    ReplyDelete
  14. salam takziah.harap deena dan keluarga tabah menerima ketentuan Tuhan. Yang penting jaga diri.

    ReplyDelete
  15. Slm takziah. Izinkan akk share kisah anda utk tatapan seorg teman yg jg br kehilangan anak. Tq.

    ReplyDelete
  16. Al-Fatihah untuk arwah yasmin dania, bidadari syurga

    ReplyDelete
  17. salam deena..moga menjadi setabah siti hajar, sumaiyah, dan siti asiah...moga deena sekeluarga terus diberi kekuatan menghadapi sebuah kehilangan..berdoalah moga Allah mengganti dengan yang lebih baik buatmu..insyaAllah

    ReplyDelete
  18. Salam Deena.....salam takziah dr akak...harap Deena tabah dan banyakkan bersabar....tak per...Arwah Yasmin Dania tunggu Deena di Syurga...InsyaAllah

    ReplyDelete
  19. Deena,
    salam takziah dari su.. moga deena tetap tabah .. salam ingatan dan doa kudus untuk anakanda yasmin damia.. moga dia menanti deena di sana

    ReplyDelete
  20. A'salam.. trima kasih pada semua kwn2 yg deena kasihi atas ucapan takziah dan doa buat arwah yasmin damia..

    ReplyDelete
  21. takziah.. sedihnya... bnykkan bersabar ya

    ReplyDelete
  22. innalillah & takziah deena, kisah ni sgt2 menyedihkan kehilangan seorang anak buat seorang ibu. kisah kat air terjun ulu bendul seorang ibu hilang 3anak perempuan tu juga sgt menyentuh hati saya. tapi yakinlah anak yg meninggal di waktu kecil dia akan menanti kita di sana nanti. itulah hikmahnya. perempuan lak tu. semoga kita semua kuat menempuh dugaan yg Allah bagi dan yakinlah bahawa Allah takkan duga/uji kita dengan dugaan yang Dia tahu kita tak mampu menanggungnya. Hanim Noash

    ReplyDelete
  23. Hanim, esok genap 40 hari pemergian arwah..insyaallah.. kami berdua yakin ada hikmah sebalik ujian ini dan ttp tabah tempuhi hari yg mendatang..

    ReplyDelete
  24. salam kak deena..sy baru ikut blog akk nie melalui blog kak jee..asalnye untuk blaja masak2 n ikut resepi..tp trsentuh hati sy bila trbaca tntg arwah yasmin..sy pon pnah mengalaminya tp bukanlah kehilangan seorg ank..tp seorg suami yg baru 4 bulan sy nikahi..sedihnye cuma ALLAH yg tahu,...semoga kak deena kuat n tabah menghadapi hari2 mendatang...

    ReplyDelete
  25. @nur izhar thanks nur, sudi singgah blog kak deena. kita sama2 merasai kehilangan org yg kita sayang..

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum.... salam perkenalan... saya saje jalan2 bw pastu terjumpa blog deena and terbaca n3 ni.... saya pun baru je dapt anak sulung baby girl bulan 7 hr tu dan hati kecil saya amat2 tersentuh membaca n3 ini.... sabar banyak2 ye... YASMIN DAMIA menanti disana... Alfatihah buat si comel...

    ReplyDelete
  27. baru terjumpa blog ni dan tersentuh hati dengan apa yg menimpa deena sekeluarga. Ini ujian dari Allah, pasti ada hikmah di sebaliknya. Saya pun pernah kehilangan seorang putera ketika 5 bulan dlm kandungan. Takziah

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this