deena and the gang

April 30, 2011

Kita duk diam naik lemak plak dia.. !

picture kredit to pokcik google

Manusia ni rambut jer sama hitam, hati of course la tak sama .. kita selagi orang tak kacau hidup kita takkan kita cari pasal yer dok ? kita ni bukannya  malaikat nak sabor jer hadap mangkuk ni buat lawak... Alkisahnya kami berdua ( abang ) dari awal lagi susah payah naikkan bisnes dgn promo di online, fb, dan sykt pengiklanan..  deena sendiri buatkan website segala bagai. Sebelum mengenali dunia blogger deena langsung xder asas buat blog, zero ! penah mintak orang buat kan blog simple2 jer dekat beratus kena charge. So dari situ la belajar sendiri dan banyak bertanya pada blogger otai cara bina blog. alhamdulillah berkat kesungguhan deena, blog yg ada skang  boleh setanding dengan blogger-blogger yg lain. * ko ada ? *

April 29, 2011

Sweet memories...

pic yg reramai tu masa umo 25 kot...

Sebelum bernikah ngan abang, life deena kerja, anak-anak dan merayap. hehe.. hujung minggu atau cuti sekolah anak-anak akan tinggal dgn deena ( klang ), selalu nya deena akan bawa dorang balik umah mak di puchong ( skang mak dah duk kg di N9 ) atau gi jenjalan cari makan. dah jadi rutin masa tu.


April 28, 2011

Handbag Hooks / Penyangkut Beg Tangan

bleh buat koleksi..


Tadaaaa.. !  adik-adik, kakak-kakak..dan mokcik2 musti suka ni. orang pompuan klu takde handbag tak sah, ada tu lebih dari satu bleh buat koleksi tak gitu.. ? deena dah lama usya menda ni rasanya 6 - 7 tahun lepas kot hehe. lama tuuuu.. !. masa kt kl dulu ramai kengkawan deena guna menda nih. harga ?? ikut gred ada yg cecah rm50 hengget (p/s : kat one utama d'sara mmg exclusive corak dia..) dan bergantung pada corak. paling minima rega hook ni bleh dapat rm25 hengget, xtau la klu kengkawan bleh dpt lg murah daripada tu..
 

cer tengok pic bag bawah tu, siang2 dah rembat beb  ! ;-)


Yang deena promo ni tak semahal mana pun, rega dari rm25 - rm35 hengget jer.. buat masa skang stok terhad sape cepat dia dapat haa... nak tengok pelbagai corak tgk sini Dina Online Shoppe so pilih cepat !! next corak lain plak.. ;-)


p/s: deena pun rambang mata tengok haa..

April 27, 2011

www.luvdeena.com

picture kredit to googles

Alhamdulillah, selamat suda blog ni di upgrade kan ke dot.com. tak sampai pun sejam deena setting, ingat kan lama la tadi. legaa.. Dulu tak tau kenapa orang bertukar dari platform blogspot ke dot.com, antaranya kita ada identiti sendiri, lebih selamat, pembaca atau pembeli lebih yakin dengan blog dot.com berbanding blogspot. Dan juga yang paling best ia lebih pantas diindeks di carian Googles berbanding blogspot.

Deena bukan lah mahir sangat tentang semua ni, itu pun bimbingan dari sahabat blogger yang tak pernah jemu layan karenah deena.. hehe gerangan nya adalah Anastasyea.com  dan juga Unclepali. ( hubby kjee, tks uncle ! ) skang bila dah ada domain sendiri, deena rasa lebih yakin dan bersemangat dalam dunia blogger nih.. disamping mendapat teman-teman alam maya yang sememangnya terbaek !  luv uols..


p/s: frust skit coz ada beberapa widgets hilang dan jumlah frens yg like share button jadi zero !

April 26, 2011

Tergendala buat sementara waktu



Nak maklumkan pada semua, ' Deena's Blog ' akan tergendala buat sementara waktu, berkuatkuasa esok pagi.  mungkin amik masa paling lama pun sehari jer kot... kenapa ?? sebab nya deena akan upgrade blog ni ke "dot com " kira ada alamat rumah haa.. senang tak payah share dengan orang lain. Banyak kebaikan bila kita ada domain sendiri. takper pas semua dah set up deena cer next entri yer.. a'salam...


p/s: segala kesulitan amatlah dikesali..

Terubat rindu.. biarpun dalam mimpi...




Biarpun dari zahir nya deena mampu jalani rutin harian seperti biasa, tapi bila arwah hadir lagi dalam mimpi deena dengan wajah girang sambil tersenyum pada deena hanya Allah shj yg tahu betapa tenang dan gembira nya hati  dapat bersua dgn arwah yasmin walau hanya dalam mimpi... Seawal  mengandungkan arwah, deena tak pernah ketinggalan untuk mencoret hari-hari yang dilalui bersama arwah dari dia dilahirkan, bertarung nyawa di wad icu, sehingga arwah menghembuskan nafas terakhirnya. malah teman-teman yg sentiasa mengikuti perkembangan arwah tak putus-putus  memberi kata semangat dan doa buat arwah yasmin.   

April 23, 2011

Syurga wanita...

minat corak bunga tuh..


Syurga wanita ?? bila sebut Idaman Suri, Ismail Group atau Langkawi Saga, orang pompuan la tak kira tua muda mesti rambang mata tengok set pinggan mangkuk. dari harga yang murah sampai la cecah beratus hengget haa.. kira langkawi ni syurga wanita terutama yang giler ngan set pinggan mangkuk, sudu, senduk, garpu dan yg sewaktu dgn nyer haa..


kuali oh kuali...

April 19, 2011

Kerapu ! masak apa sedap ?!

goreng pun sodapp...

Tu diaaa... dua hari berturut-turut abang mancing dapat ikan kerapu. kira ada ong la kali ni, tapi abang deena ni pelik skit coz ikan yg dia pancing klu dapat biar la sebesor mana pun, dia takkan makan kesian kata nya.. rugi2.. hehe.. so dia bagi kat kawan2 sama mancing tu haa..


April 16, 2011

Pauh oh..pauh...

tak yah pilih.. semua elok2 belaka..

Sape suka makan buoh ni ?? orang belah pantai timur tak panggil mangga, tapi 'Pauh' haa.. deena singgah kat Bukit Bunga Kelantan ni, masa dalam perjalanan balik ke Langkawi pas 3 hari pergi nya arwah yasmin ari tuh.
tengah musim kot, tapi mahal gak sekilo dalam rm 6 hengget, padehal sebelum tu abang usya tgk kt Kota Bharu 3 kilo rm10.00 hengget jer.

abg karim ngalah kan pompuan.. byk tuu dia borong !

Ular pun dah pandai duk kat apartment

dalam palang bah tengah atas gril tu la anak2 ular tinggal

Sebenar nya takut terserempak ngan anak ular kt umah siang tadi dan hari2 sebelum ni tak ilang lagi , klu nak tau deena jumpa cik 'u'  menjak ngandung kan arwah yasmin lagi. Masa tu tengah duk bersila dgn selamba nya kt lantai tetiba rasa ada benda menjalar, aper lagi mengelupur la deena lompat bila tau  cik 'u' rupa nya . kira ok lagi dimaafkan.. pastu makin menjadi-jadi lak. Kalau tak silap sebelum arwah meninggal ari tu, deena jumpa cik 'u' tengah menjalar kt tepi sofa, dah la kita tengah berpantang, sedih lagi tingat arwah kt hospital , sampai deena terlentang la jatuh punya la terkejut sangat. 

April 14, 2011

Doa dan berzikir..

picture credit to google

Bohong kalau deena katakan skang dah bleh terima sepenuhnya... tiap saat teringat dan masih terngiang2 di telinga suara dan tangis arwah yasmin, walaupun hanya 2 minggu dapat tatap arwah. ada waktu bila perasaan rindu tu datang bagai tak tentu arah gak dibuat nya.

Apa yang mampu deena lakukan hanya berzikir dan mendengar ayat2 zikir bagi menenangkan hati. ikutkan hati malas nak keluar, lebih-lebih lagi buka di laman facebook coz bila tengok kwn2 letak gambar baby dorang, hati ni dah tersentuh tingat kt arwah yasmin.. asalkan nampak jer orang dukung baby kat mana-mana lagi la terbayang si arwah, rasa mcm dia ada jer.

April 13, 2011

Mandi manda ..

muka org dlm pantang...

Tadi abang ajak tengok anak-anak kawan dia datang mandi manda kat kolam renang, hmmm yer la daripada duk terperap kt umah ni elok gak ilang skit boring. deena kureng skit nak mandi kat kolam ni itu pun sekali masa anak-anak dr klang datang cuti sekolah tahun lepas.

April 7, 2011

Genap 7 hari..


Hari ni genap 7 hari pemergian arwah yasmin damia, dan kenduri tahlil dah pun di adakan di kampung ( kelantan), minggu depan deena dan abang pula akan adakan tahlil di masjid. Mak ada pesan pada deena cari bayi perempuan yang sama baya dengan arwah, belikan susu dan pakaian serta niat untuk arwah yasmin. Dari lahir arwah tak sempat menyusu badan hanya waktu arwah di wad tu jer la sekali dapat di beri susu badan itu pun melalui tiub. atas sebab itu la kata mak, klu boleh dibelikan susu dan juga pakaian untuk bayi yg seusia dgn arwah. 

Hari ini juga deena terasa sangat kehilangan arwah, mungkin terbawa-bawa teringatkan arwah dan deena tak henti-henti mencium bantal dan sarung tangan arwah di rumah ni. Kadang-kadang fikiran entah kemana, btul la kata orang mau gila atau sasau bila kita kehilangan orang yg kita sayang. Deena cuba menahan kesedihan dan air mata, tapi bila melihat gambar-gambar arwah dan barang-barangnya deena jadi lemah dan bagai anak kecil menangis semahu-mahu nya.

April 4, 2011

Semoga arwah Yasmin Damia tenang di sana..


Sebelum bertolak pulang ke langkawi semalam, deena dan abang singgah dahulu di pusara arwah Yasmin Damia. wlau berat hati melangkah pergi, dari kejauhan deena titipkan doa dan berjanji utk selalu pulang menziarahi pusara arwah yasmin. Selepas 3 hari pemergian arwah, jiwa dan ingatan kami seperti di bawa pergi tanpa arah dan haluan. Bagi yg pernah mengalami situasi sebegini pasti faham apa yg kami alami dan rasa. 

Bukan mudah sebenarnya untuk kita menerima ujian yang maha hebat ini, jika tak kuat dari segi mental dan fizikal. Sedangkan melihat penderitaan atau kehilangan orang lain di luar sana pun kita bersedih hingga menitis air mata, ini kan pula anak yang dikandung dan kita lahirkan hilang sekelip mata... belum pun puas nak menatap,bermanja dan memberi sepenuh perhatian pada dia, ternyata jika DIA kata setakat itu rezeki kami, maka terima la dgn redha biarpun payah utk menerima  dan terpaksa menanggung kesedihan yang teramat sangat

April 2, 2011

Babah dan Ibu redha dgn pemergian mu Yasmin Damia

pic ni sewaktu dirumah, hari pertama dan terakhir deena dapat belai dan mandikan arwah yasmin

1 April tepat jam 5 petang arwah Yasmin Damia telah menghembuskan nafas terakhir selepas doktor pakar berhempas pulas sedaya upaya menyelamatkan arwah, namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Hanya selama 14 hari sahaja arwah yasmin di pinjam kan pada kami..

Sebelum itu, pada jam 1 petang waktu deena dan abang yg masih berada dalam feri dalam perjalanan ke Hospital, dihubungi oleh doktor yg yasmin tenat. Abang menggengam tangan deena, meyakinkan yg yasmin pasti tiada apa-apa . sambil teresak-esak menahan tangis, dalam hati deena tetap berharap  agar yasmin stabil semula.

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this