deena and the gang

March 22, 2011

Yasmin Damia..

Lama tak update blog ni, kelam kabut skit coz deena dah pun bersalin pada hari Jumaat jam 5.30 pagi. alhamdulillah wlau sampai nak hilang nyawa rasa meneran hehe... selamat semua nya dan abang pun ada skali dalam labour room hari tu..

Deena bersalin di Hospital Langkawi, layanan pun amat memuaskan terima kasih tak terhingga pada staff nurse di labour room yg tersangat la perihatin.. kali ni deena bersalin secara normal tanpa bantuan vakum mcm dulu. Dan yang best petang tu gak dapat balik ke rumah. orang yang paling gembira sapa lagi klu x bkn babah baby ni asyik jer dia amik gambar si yasmin.. :)

Hari kedua deena perasaan mcm ada yg tak kena coz baby tak mahu menyusu, tapi kerap muntah2, ingat mkin biasa la pada baby yg baru melahirkan. masa gi periksa kuning di klinik kuah terus deena rujuk dengan doktor dan doktor  syorkan ke hospital langkawi. kena masuk wad lagi dan pada hari yg sama gak doktor dapati ada jangkitan kuman pada usus baby selepas di x-ray.

Luluh hati rasa tak tau nk pikir ape lagi masa tu, kol abang bgtau baby akan di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star untuk rawatan lanjut. petang tu gak deena dan abang bergegas kemas brg baby dan tunggu baby di jetty kuah, ambulan sampai pun lewat memandangkan kes kecemasan pihak pengurusan feri akan tunggu. kitorang diiringi beberapa orang staff hospital hingga ke hospital Alor Star.
Semalam doktor pakar disini bgtau kemungkinan besar ada masalah pada usus baby yg mana dia tak bleh buang air besar secara biasa. dan skang terpaksa disedut menggunakan alat seperti tiub dan deena pun dah diajar cara2 kendalikan alat tu. hingga ke hari ni deena masih di wad lagi tunggu keputusan doktor dan ujian tisu dari makmal dulu. mau lebih dari seminggu duk sini. Aduhhhh dah la tgh dlm pantang, tak berurut lagi ni sabar jer la kan...

Mak mertua dan mak deena pun dah pesan jgn lasak2 sgt yer la baru bape hari bersalin, nak tak nak terpaksa la hadapi semua ni demi Yasmin Damia.

p/s: mcm2 kes penyakit kat wad baby ni...

5 comments:

  1. salam kenal..sedap nama baby..sabar eh, mudah2an baby cepat ok.

    ReplyDelete
  2. bawa2 banyak2 bersabar yer...comel nyer baby.tahniah

    ReplyDelete
  3. Comel.. Semoga Yasmin Damia cepat2 sembuh.. Amin

    ReplyDelete
  4. deena, masa baby lahir..dorang ada pantau tak baby dah berak atau kencing? klu belum, tak patut dorang discarge..huhu

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this