deena and the gang

March 3, 2011

Terubat rindu..

syeera, danish & dira...
Dah terlanjur balik kampung ari tuh amik kesempatan lepas rindu ngan anak-anak, terubat skit. walaupun hanya berhubung melalui telefon dan facebook tak sama , bila depan mata dapat peluk cium ngan dorang ni, nak plak si bongsu tu Danish.. :)


How times flies...  anak-anak dah makin besar dan meningkat remaja skang macam tak percaya jer. tapi deena bersyukur jauh mcm mana skalipun atau jarang dapat bersama seperti dulu, anak-anak selalu berhubung dan deena pasti akan ingatkan dorang klu ada ape2 masalah just voice out jgn di pendam. maklumlah anak-anak skang kita tak bleh berkeras sangat. ada waktu dan ketika layan seperti kawan dalam masa yang sama takde la anak-anak rasa terpinggir.


Selagi mampu apa sahaja kemahuan anak-anak, deena akan cuba adakan tapi biar la kena pada waktu dan keadaan. dan deena selalu ingatkan anak-anak hargai apa yg kita ada dan jgn sewenang2 nya nak dapatkan sesuatu tanpa usaha dan kerja keras. tak semesti nyer kita turut jer segala kemahuan anak2 yer tak ? 

buai laju-laju dikkk !
Si kakak tahun ni PMR, harap-harap dia sukses dan tenang hadapi exam nnt. syeera sejak kemalangan tahun lepas ( kaki patah ) badan makin susut tak mcm dulu berisi macam belon.. hehe. yang paling tecik tu plak danish biasa la asalkan tanya kerja sekolah ada ker takda jawapan nyer senang jer ' takde bu.. ngangish dah buat...' dgn pelat nyer haaa... dia paling suka melukis tak kira gambar apa pun seolah2 menceritakan sesuatu konon nyer.. :) 


p/s: kasih sayang ibu takkan pernah berubah sampai bila-bila...

2 comments:

  1. sama macam muka ibu dia . cantik dan comel !

    ReplyDelete
  2. comel2 anak deena..umur deena brp ek?tgk muda lg tp anak2 dh besar2..mcm leh wat kawan..
    :)

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this