deena and the gang

March 29, 2011

Ombak kuat di Langkawi...


Semalam deena ngan hubby gi hospital tgk yasmin dan hantar stok susu yg di perah, mcm biasa kami naik feri dari langkawi ke kuala kedah. Walau makan masa hampir sejam setengah utk sampai ke kuala kedah dan setengah jam pula untuk sampai ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star. begitulah rutin kami menjak Yasmin Damia di masukkn ke wad hingga ke hari ni..

Namun itu semua takkan mematahkan semangat deena dan hubby apetah lg putus asa. demi yasmin seboleh-bolehnya hari2 kami nak tengok perkembangan yasmin. Doktor dan kakitangan di sana pun kesian tgk kitorang siap pesan tak perlu dtg selalu, dorang akan pantau dan jaga yasmin dan suh kami telefon jer. Cakap mmg la mudah kan.. Babah yasmin tu klu boleh tiap hari nak tgk sampaikan bantal peluk yasmin pun dia bawak tido.. sabor jer la.. =)

Dalam 2-3 hari ni hujan lebat di langkawi, klu tak biasa di lambung ombak dalam feri tu mesti muntah , deena sampai berbaring punya la pening ngan prut bergelodak rasa. hubby siap pesan jgn tgk kt luar waktu feri melambung mcm naik buai tuh.. kejap ke kiri kejap ke kanan hehe.. pada yg nk gi langkawi tu jgn la takut plak, klu taknak dilambung ombak ( tgk musim jer.. ) bleh naik dari kuala perlis coz hanya amik 45 minit jer dan ombak pun x kuat. 

Bukan tak boleh klu deena naik dari kuala perlis, tapi ia akan amik masa yg lama utk sampai ke hospital. so terpaksa la naik ke kuala kedah. memang takda jln alternatif lain haa.. harap2 sok, lusa dan sewaktu dgn nya jgn la ujan lebat atau ombak kuat lagi.

p/s: petang semalam hubby bgtau kwn naik dr kuala kedah kul 4.30, sampai jetty kuah 8 malam hujan lebat,feri pun x nmpk jetty wlau ada radar..

3 comments:

  1. siannya...moga tabah hadapi dugaan.

    ReplyDelete
  2. salam, nak tanya, langkawi memang ada musim2 ombak kuat ek? My hubby on way ke langkawi skrg ni, dia BBM bgtau dalam ferry dah mcm roller coaster sbb feri kene lambung ombak kuat..

    ReplyDelete
  3. @ina
    salam ina, tadi kuar tgk air pasang dan hubby kata ombak kuat... xder ape2 la ina, mcm naik buai jer hee...

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this