deena and the gang

March 27, 2011

Gamat...


Sambil perah susu yasmin pagi tadi, tingat lak air gamat dan ibu gamat yang abang beli. sejak yasmin masuk hospital dan mula minum susu badan, deena tak berani nak makan jamu bersalin. so buat sementara waktu makan vitamin c dan air gamat dulu.

Janji dah urut dan pakai bengkung ni, sedap skit badan. klu tak masa tunggu yasmin di wad ari tu rasa nak tumbang, ngan badan sakit2, kebas dan sakit nak berjalan. pic ibu gamat yg dalam plastik tu direbus dan minum air nya, deena blom buat lagi tah ape la rasa nya ekkk :). Setakat air gamat dalam botol tu okay lagi bau tak kuat sangat. nak tak nak untuk kesihatan deena mesti minum gak..

Tentang menu makan tengahari deena hanya makan yang rebus, seperti sayur sawi, ikan bilis,ikan tenggiri. nak bagi sedap tambah la lada hitam,daun kunyit,asam keping atau serai, kira lauk orang pantang tu jer la yang bleh makan . Ikut kan takde selera nak makan, mikir kan yasmin di hospital, klu tak makan nnt mana nak datang susu utk yasmin. 

Dalam sehari deena perlu sekurangnya 1-2 botol walau susu tak banyak kdg tak sampai 1 oz pun deena cuba perah sebanyak yg boleh. Dan skang deena perlu makan lebih sayur sawi, kurma sehari sebiji dan lebih kan air masak untuk tambah air susu badan.

p/s: sesape yg ada petua mcm mn nk tambah air susu badan share la kat sini yer...

4 comments:

  1. As Salam Deena, cuba minum Horlick and makan biskut Marie.yang penting masa perah tu kena konsisten time dia and focus demi yasmin ya.berdoa la..insyallah..
    akak lompat dr blog kjee...

    ReplyDelete
  2. Anonymous: trima kasih yer, nnt deena cuba amalkan.hehe dr blog kjee ekk... insyaallah mmg tiap kali perah susu utk yasmin deena berdoa dan fokus.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Dina,

    mmg btul ckp anony tu, pumping schedule kene consistent, nnt insyaallah 1 or 2 days bole ngk result die.. then nnt da abis pantang bole la minum barli, mkn petola, mkn bubur kacang hijau ke.. pape pun berdoa ye.. congrats yer

    ReplyDelete
  4. cuba minum susu makan ulam jantung pisang, dah cuba dah mmg bnyak sgat smpai x leh control.moga ditabahkan hati

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this