deena and the gang

March 23, 2011

Demi Yasmin Damia..


Hari ni baru 5 hari usia Yasmin damia, dalam keadaan yg masih lemah tanpa sempat deena susu kan apetah lagi pelukan erat pada yasmin. 3 hari yasmin di masukan ke wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. dan semalam yasmin terpaksa dipindah kan ker Icu kerana komplikasi pernafasan.

Ada beberapa kemungkinan yg doktor bgtau semalam, tapi masih lagi dalam pemeriksaan lanjut. sebagai ibu deena tak terdaya rasa nak menanggung ape lagi mengadap keadaan yasmin dengan bantuan alat pernafasan di icu. Pagi tadi deena dan suami sempat tengok yasmin, alhamdulillah dia boleh buka mata. cuma dia mcm mamai skit mkin kesan ubat antibiotik yg paling kuat doktor beri.

Keadaan deena plak makin lemah, bayang kan la dr bersalin hari tu tak berurut dan makan ubat. badan pun dah macam nak demam. tak  menyusukan yasmin lagi la bengkak buah dada. Tengahari tadi deena balik ke langkawi, memandangkan tak bleh tunggu yasmin di Icu, abang jer yang akan gi melawat buat sementara waktu. ikut kan hati tak sanggup nak tinggal kan Yasmin sorang2 kt hospital.

Doktor nasihat suh balik dan rehat. dia minta deena selalu hubungi pihak hospital utk perkembangan lanjut keadaan yasmin, alhamdulillah... senang hati skit bila doktor bgtau yasmin okay waktu deena call tadi. Buat anak ibu dan babah, demi Yasmin Damia ibu dan babah sanggup berkorban ape sahaja wlaupun nyawa sebagai ganti.. Yasmin mesti kuat !

p/s : trima kasih pada kwn2 semua yg beri kata2 semangat pada deena dan suami...

9 comments:

  1. salam..kena kuatkan semangat eh..saya doakan yang terbaik untuk deena dan yasmin..

    ReplyDelete
  2. please jaga kesihatan sendiri ya sayang.

    ReplyDelete
  3. banyakkan doa deena...moga yasmin cepat sembuh....awak pun kene jaga kesihatan sama...kalau baby tu faham, mesti dia tamo mama dia sakit gak.....take care...

    ReplyDelete
  4. Sedih plak baca post ni.. yerlah perasaan seorang ibu.. ibu mana yang sanggup tengok anak mereka sakit kan.. mesti seorang ibu rasa nak tukar tempat ngan anak... biar ibu yang tanggung sakit.. deena sabarlah.. lagipun masih dalam pantang.. semoga yasmin damia cepat sihat.

    ReplyDelete
  5. Salam Deena, i pray for your baby, hope she will get well soon. Owh, sedih kot tengok baby camtu kan..Sabar yer..

    ReplyDelete
  6. salam deena,semoga yasmin sembuh dgn cepat...

    ReplyDelete
  7. owhh deena, tahniah sangat kerana dapat seorang puteri yang comel.. jangan sedey2 sangat ya dear.. u mesti kuat dan jagan lupa perah susu untuk bekalan anakmu tersayang.. *hug and kisses for yasmin yang cute *

    ReplyDelete
  8. takziah diucapkan semoga tabah menempuh hari yg bakal mendatang

    ReplyDelete
  9. Takziah utk Deena n keluarga..Smg tabah hadapi dugaan yg berat ini..Allah lbih mnyayangi Yasmin Damia..Kuatkan diri k..

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this