deena and the gang

March 11, 2011

Gempa bumi 8.9 gegar Jepun, timur laut dilanda tsunami 6 meter

pic credit to reuters
Gempa bumi terburuk dalam 140 tahun, yang melanda timur laut Jepun tengah hari tadi (waktu Malaysia), meragut 11 nyawa setakat dan angka kematian dijangka terus meningkat. Bencana ini bukan sahaja mencetuskan tsunami 10 meter, tetapi menyebabkan kebakaran kawasan industri.

Gempa bumi pada skala 8.9 ini menyebabkan seorang terbunuh di Fukushima, utara Tokyo, di mana empat juta orang terputus bekalan elektrik. Amaran tsunami juga dikeluarkan di Sabah, Malaysia selain di Filipina, Taiwan dan Indonesia.Malah amaran yang sama dikeluarkan di Colombia dan Peru.Gegaran susulan juga dialami. Satu loji penapisan minyak di Tokyo juga terbakar manakala beberapa dozen dipercayai terancam.
Tsunami juga menyebabkan kesemua pelabuhan di Jepun ditutup.

pic credit to reuters
“(Keadaan) sungguh huru-hara. Kesemua operasi digantung,” kata broker kapal.
“Pelabuhan-pelabuhan akan ditutup sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu sehingga penilaian kemusnahan boleh dilakukan,” katanya lagi. Broker kapal menjangkakan bayaran perkhidmatan kapal akan meningkat dalam jangka pendek memandangkan loji-loji tenaga mendapatkan semula simpanan bekalan manakala syarikat-syarikat keluli pula dijangka mengimport lebih banyak besi untuk proses pembinaan semula.

sumber dari : the malaysian insider

p/s : penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang dijangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

No comments:

Post a Comment

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this