deena and the gang

March 31, 2011

Rindu...

Yasmin Damia

Hampir 2 minggu yasmin berada di wad, hanya sehari sempat bersama deena di rumah. dalam hati tertanya2 bila la yasmin nak balik umah... Deena rindu sangat ngan yasmin damia, rindu kan suara yasmin, rindu tangis yasmin, rindu bau bucuk yasmin.. hanya bantal yasmin buat peneman utk deena hilangkan rindu pd yasmin.

Hingga ke hari ni, keadan yasmin ttp tak berubah, pernafasan nya masih tak stabil lagi dan doktor terpaksa beri bantuan oksigen . petang semalam gak yasmin dipuasakan semula akibat dia muntah, mungkin usus nya tak mampu terima makanan sepenuh nya lagi. dan pula tekanan paru-paru masih tinggi itu yg jadi penyebab nafas yasmin tak stabil. Doktor ada bgtau semalam, yasmin kekurangan darah dan kemungkinan besar akan dimasukkan darah jika tahap bacaan nya makin kurang. 

March 29, 2011

Ombak kuat di Langkawi...


Semalam deena ngan hubby gi hospital tgk yasmin dan hantar stok susu yg di perah, mcm biasa kami naik feri dari langkawi ke kuala kedah. Walau makan masa hampir sejam setengah utk sampai ke kuala kedah dan setengah jam pula untuk sampai ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star. begitulah rutin kami menjak Yasmin Damia di masukkn ke wad hingga ke hari ni..

Namun itu semua takkan mematahkan semangat deena dan hubby apetah lg putus asa. demi yasmin seboleh-bolehnya hari2 kami nak tengok perkembangan yasmin. Doktor dan kakitangan di sana pun kesian tgk kitorang siap pesan tak perlu dtg selalu, dorang akan pantau dan jaga yasmin dan suh kami telefon jer. Cakap mmg la mudah kan.. Babah yasmin tu klu boleh tiap hari nak tgk sampaikan bantal peluk yasmin pun dia bawak tido.. sabor jer la.. =)

March 27, 2011

Gamat...


Sambil perah susu yasmin pagi tadi, tingat lak air gamat dan ibu gamat yang abang beli. sejak yasmin masuk hospital dan mula minum susu badan, deena tak berani nak makan jamu bersalin. so buat sementara waktu makan vitamin c dan air gamat dulu.

Janji dah urut dan pakai bengkung ni, sedap skit badan. klu tak masa tunggu yasmin di wad ari tu rasa nak tumbang, ngan badan sakit2, kebas dan sakit nak berjalan. pic ibu gamat yg dalam plastik tu direbus dan minum air nya, deena blom buat lagi tah ape la rasa nya ekkk :). Setakat air gamat dalam botol tu okay lagi bau tak kuat sangat. nak tak nak untuk kesihatan deena mesti minum gak..

March 26, 2011

Yasmin dah boleh minum susu ibu...

ni jer yg dapat perah utk yasmin...

Hampir 5 hari yasmin di puasakan sejak dia masuk wad dan icu, baru semalam doktor kata dah boleh di beri minum susu, tapi melalui tiub jer.. takpe la sekurang-kurang yasmin dah bleh terima makanan. syukur sangat2 ! kebetulan deena memang ada simpan stok susu badan yg deena perah trus bwk skali ke hospital pagi tadi.
 
Bila tengok keadaan yasmin tadi, hilang skit rindu , cuma pernafasan masih tak stabil lagi. doktor nak lihat perkembangan dari masa ke semasa hingga ada kemajuan baru la tisu di usus boleh di ambil utk di bawa ke makmal. Sebentar tadi babah yasmin hubungi hospital, doktor bgtau yasmin dah minum susu yg deena bawa tadi dalam sukatan 12cc.. (p/s banyak mana deena tak pasti... ;)  alhamdulillah... dapat gak anak ibu minum susu ibu, balik umah nnt bleh nyusukan yasmin puas-puas... =)

Dan yang buat deena terharu bila teman rapat dari puchong noly liza sanggup datang dari jauh semata-mata nak jumpa deena, thanks noly, bawa kn paru kegemaran den skali..hehe.. kim salam smua kat orang puchong tau.. 

p/s : ringan rasa badan pas urut 3 hari berturut-turut...

March 25, 2011

Berkat doa semua..


Alhamdulillah, petang semalam  yasmin dah tak perlu guna oksigen lagi. yasmin dah bertambah baik kata doktor. Lapang dada rasa waktu abang bgtau dari hospital petang smlm. tapi yasmin masih lagi berada dalam wad icu utk rawatan susulan dan deena harap cepat2 la dia di masukkan ke wad biasa, dapat gak deena tunggu dia dan menyusukan nanti. 

Menurut kata doktor Chua yang merawat yasmin, kemungkinan besar yasmin mengidap penyakit "Hirscsprung " yg mana penyumbatan pada usus besar, coz sebahagian daripada usus besar tadi tak memiliki system saraf  yg kendalikan pergerakan ototnya. Tanpa sel-sel saraf tu la mengakibatkan gangguan pada pergerakkan hingga terjadinya penyumbatan dan menyebabkan pembesaran serta pengembungan yang berlebihan pada usus yang lebih proksimal. patut la dia muntah hijau dan perut buncit..

March 23, 2011

Demi Yasmin Damia..


Hari ni baru 5 hari usia Yasmin damia, dalam keadaan yg masih lemah tanpa sempat deena susu kan apetah lagi pelukan erat pada yasmin. 3 hari yasmin di masukan ke wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. dan semalam yasmin terpaksa dipindah kan ker Icu kerana komplikasi pernafasan.

Ada beberapa kemungkinan yg doktor bgtau semalam, tapi masih lagi dalam pemeriksaan lanjut. sebagai ibu deena tak terdaya rasa nak menanggung ape lagi mengadap keadaan yasmin dengan bantuan alat pernafasan di icu. Pagi tadi deena dan suami sempat tengok yasmin, alhamdulillah dia boleh buka mata. cuma dia mcm mamai skit mkin kesan ubat antibiotik yg paling kuat doktor beri.

March 22, 2011

Yasmin Damia..

Lama tak update blog ni, kelam kabut skit coz deena dah pun bersalin pada hari Jumaat jam 5.30 pagi. alhamdulillah wlau sampai nak hilang nyawa rasa meneran hehe... selamat semua nya dan abang pun ada skali dalam labour room hari tu..

Deena bersalin di Hospital Langkawi, layanan pun amat memuaskan terima kasih tak terhingga pada staff nurse di labour room yg tersangat la perihatin.. kali ni deena bersalin secara normal tanpa bantuan vakum mcm dulu. Dan yang best petang tu gak dapat balik ke rumah. orang yang paling gembira sapa lagi klu x bkn babah baby ni asyik jer dia amik gambar si yasmin.. :)

March 17, 2011

Redmummy d'Langkawi

sempoi jer orang nyer..

Sonok rasa nyer bila dapat jumpa blogger jutawan dan meletops, siapa lagi klu tak bukan redmummy ! deena slalu ikuti perkembangan mira ni, ( a.k.a.redmummy.com ) kira kita jadi silent reader blog redmummy jer.. suka tengok koleksi2 handbag dia yg vouge the vast gitu.. rega jgn ucap la takat ratus-ratus tu bleh la kita gagah lagi, tapi redmummy punya ada yg cecah belasan ribu. tambah plak citer dia ngan famili la, anak2 dan banyak lagi info yg menarik di blog redmummy tuh..

sakan posing ngan redmummy haa..

March 16, 2011

XX atau XY... hehe...

pic credit to pokcik google

Simple jer tajuk entri nih, pada yg biasa gi periksa prut boyot tiap bulan kat klinik mesti tau apo kobondo makno ehhh... klu x tau gak tunggu korang dah kahwin dan ngandung yeww... :) usia kandungan deena skang dah 37 minggu lebih, kira baby dah matang bila2 jer boleh terberanak haa.. misi pun byk kali pesan klu ada tanda turun atau sakit cepat2 gi hospital.

March 15, 2011

Aper perasaan ko bila orang bgtau kt balak ko.. dot..dot..dot !!!

pic credit to google
Hohoho... ceciter..ceciter.. hangat gak entri deena kali ni, kalau nak tau ape cer sebenor nyer jgn pegi mana2 waima nak terkucil pun kasi tahan k.. ekekekeke... cer ni deena dapat tau pun dari kawan yg meluahkan isi hati nyer tadi... 

Alkisah nyer dia ngan boypren gi makan kat satu kedai makan, pas dating kan mesti la lapor haa. pas amik pot baek punya kat satu sudut datang la mamat pelayan kedai tu nak amik order, rupanyer boypren dia kenal gak mamat hamlau nih ! dengan muka selamba mamat tu tanya kat boypren mcm nih la lebih kurang " eh dengan orang lain plak ! " minah yang dengar tadi hangin gak apekehal mamat nih ! then dia tnya dalam hati aku nak sembur mamat ni dulu ker or boypren aku ? 

Waduhhh ! makin panas nih ! tapi kwn deena ni buat2 cool mcm xder aper.. elok2 berselera nak makan trus potong stim kata nya... nasihat deena pada dia xyah la nak ingat menda yg lepas2 mkin yer kot sebelum dia couple ngan minah ni, dia ada bawak awek lain, xkan dia nak bgtau kak oiiii...!  mati idup balik pun xkan di citer nyer.. as long boypren dia setia, jujur, cinta, ikhlas ngan dia buat per nak risau. bolayan jer la aper mamat tu nak kata, klu deena la, mamat tu dulu terbang kena flying kick haaa... sabor...saborrrr ;)


p/s: baru bercinta tu, dah kahwin sok tah aper lak citer yg kluor...

March 13, 2011

10 hadiah utama yang sering dilupai untuk orang tersayang..

picture credit to pokcik google

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita,  Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

March 12, 2011

Paku di dinding hatimu....

Rasa nya korang mkin penah trima email seperti di bwh ni kan ? lama dah deena peram dalam inbox sayang nak delete sbb byk pengajaran dan tauladan. So moral of the story, berhati-hati la apabila kita mengeluarkan kata-kata, senang cakap klu tak sayang mulot sendiri pikir arr.. huhu.. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

March 11, 2011

Gempa bumi 8.9 gegar Jepun, timur laut dilanda tsunami 6 meter

pic credit to reuters
Gempa bumi terburuk dalam 140 tahun, yang melanda timur laut Jepun tengah hari tadi (waktu Malaysia), meragut 11 nyawa setakat dan angka kematian dijangka terus meningkat. Bencana ini bukan sahaja mencetuskan tsunami 10 meter, tetapi menyebabkan kebakaran kawasan industri.

Gempa bumi pada skala 8.9 ini menyebabkan seorang terbunuh di Fukushima, utara Tokyo, di mana empat juta orang terputus bekalan elektrik. Amaran tsunami juga dikeluarkan di Sabah, Malaysia selain di Filipina, Taiwan dan Indonesia.Malah amaran yang sama dikeluarkan di Colombia dan Peru.Gegaran susulan juga dialami. Satu loji penapisan minyak di Tokyo juga terbakar manakala beberapa dozen dipercayai terancam.
Tsunami juga menyebabkan kesemua pelabuhan di Jepun ditutup.

March 9, 2011

Wiladah & Nifas

pic credit to goole

Sesiapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH…Nahuzubillah'minzaliq…Wallahua'lam

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

March 8, 2011

Bbq di Langkapuri Inn

kak nor yang sporting..

Baru-baru ni deena ikut abang entertain guest dari Ampang ( Amanah Ikhtiar Pusat Maju, Ampang), bbq di Langkapuri Inn pantai cenang. happening tul gang kak nor ni, mana tak nyer siap berjoget lambak sambil karok haa... :)

lepak sini pun bes...
Yang best nya tempat ni tepi pantai, so sambil menjamu selera di sulami plak dengan deruan ombak dan angin sepoi-sepoi.. waduhhh... enak bangat ! huhu... bagi orang yg tengah bercintan cintun atau tengah berbulan madu syok ajer layannn.... jangan datang sekali jer kalau boleh datang tiap tahun sambut ulangtahun ke aper kan.baru la bahagia sokmo.. tak giteww.. ;-)

March 3, 2011

Terubat rindu..

syeera, danish & dira...
Dah terlanjur balik kampung ari tuh amik kesempatan lepas rindu ngan anak-anak, terubat skit. walaupun hanya berhubung melalui telefon dan facebook tak sama , bila depan mata dapat peluk cium ngan dorang ni, nak plak si bongsu tu Danish.. :)


March 2, 2011

Kecemasan...

sblm lyn fb, reply email dulu.. nnt abg jeling ..
Dua hari lepas deena bergegas balik n9 tgk abah, sebelum tu mak dah kol suh balik bgtau abah tak sihat. risau gak mak jarang suh balik, coz slalu bertanya khabar jer.. abang plak kerja bersusun nak urus, bincang punya bincang kitorang balik gak  isnin lepas, tu pun dapat sehari jer kt sana.

Sebelum tu singgah klang amik anak-anak, mmg tengah rindu banget ngan dorang haa.. suka aje la anak2 bila tau ibu dan babah dtg amik. yang merisaukan deena pun x lama lagi due kira tawakkal jer la. stanby gak kad merah mana tau kot jadi ape2 kan.

Kesian abah, nampak lemah sangat, mkin sebab lama tak makan ubat-ubat yg doktor bekalkn sebelum ni. dari sinar anak mata abah, deena dpt baca tak byk skit terubat rindu dia pada anak,cucu dan menantu. petang semalam waktu deena nak gerak balik, abah nmpk cergas skit.. alhamdulillah. 

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this