deena and the gang

February 9, 2011

Bersalin biasa ? atau ikut tingkap ?

picture credit to flickr.com

Masa kat klinik pagi tadi doktor bgtau kemungkinan besar deena akan bersalin secara pembedahan, mengikut pada rekod yg deena ada kencing manis, asthma, dan sejarah bersalin ketiga-tiga anak dulu semua vakum.kalau di beri pilihan dah tentu deena nak bersalin normal jer, biar pun sakit nya tak terkata. mau seriau tapi sekejap jer serik nya hehe... 

Yang deena pikir kan penjagaan masa dalam pantang klu bersalin secara pembedahan ? dah tentu tak bleh bertungku, berurut dan yg penting pakai bengkung ! Dah la pengalaman masa anak-anak yg lain deena takde masalah coz smua normal walaupun vakum, di buat nya kali ni ikut tingkap mau tension kot.. bab-bab penjagaan dalam pantang ni memang deena titik beratkan dari minum air akar kayu, jamu hingga la pakai bengkung, disiplin giler jaga beb. orang-orang tua kan ada kata masa dlm pantang la nak dibela badan tu betul-betul. 

Harap-harap sampai due nanti deena dapat bersalin normal. tapi klu sampai tarikh due tak gak ada tanda2 nak bersalin nak taknak deena kena tahan wad juga dan bersiap sedia la samada doktor ikut procedur biasa ataupun pembedahan... 


p/s: dari awal ngandung sampai la ni emosi tak menentu, stress sgt kot.. :) 

2 comments:

  1. walaupun saya belum berkahwin tapi dah dengar banyak pengalaman kawan2 yang bersalin normal dan c-cut..
    agak merisaukan juga la.. terfikir juga macamana saya nanti tapi saya rasa itu la pengalaman yang semua wanita inginkan..

    saya doakan agar ibu dan bayi sentiasa sihat dan dalam keadaan baik..

    ReplyDelete
  2. thanks wahida... insyaallah once ida dah jadi ibu nnt pasti ia satu pengalaman yg tak ternilai.. :)

    ReplyDelete

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this