deena and the gang

January 26, 2011

Senyum dan Ketawa adalah penawar penyakit....


ADA orang kata, untuk nampak awet muda, mulakan hari dengan senyuman.walaupun pada diri sendiri. memulakan hari dengan seyuman bukan saja boleh menceriakan hidup, tapi memberi banyak manfaat kepada kesihatan ;-)
 

Bila kita senyum,:) badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira.  mungkin ada btul nya coz ada kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Selain itu, bila kita senyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Sejak zaman dulu lagi, pengamal perubatan percaya senyuman dan ketawa adalah penawar penyakit terbaik.

Seseorang yang dapat menerima hakikat dirinya sakit serta boleh menghadapi hidup dengan tenang dan riang (selalu senyum dan ketawa) sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan diberikan.

Tahu tak ? kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 300 kali sehari berbanding hanya 17 kali di kalangan orang dewasa? tak hairan klu orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Senyuman dan ketawa boleh membawa kebaikan seperti:-
- Mengurangkan tekanan

- Merendahkan tekanan darah

- Meningkatkan mood

- Memperbaiki sistem pertahanan badan

- Meningkatkan fungsi otak

- Melindungi jantung

- Memperbaiki hubungan sosial

- Menjadikan diri berasa lega serta merta

Senyuman dan ketawa mampu mengaktifkan kimia badan dan merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, artritis dan ulser. so, jangan kedekut senyum, walaupun pada orang kita tak kenal dan klu mampu ketawa dalam keadaan tegang, lagi elok... =)

Jika tak dapat menggembirakan orang pun, sekurang-kurangnya senyuman dapat menceriakan hati send
iri.


p/s: tengah senyum ni.. :)

No comments:

Post a Comment

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this