deena and the gang

January 31, 2011

Kelebihan dan kekurangan Kidal

kredit to google
Deena kidal sebenarnya, boleh kata semua kerja guna tangan kiri terutama menulis, makan ngan sudu or pegang sesuatu, kecuali makan dengan tangan ( tangan kanan). zaman sekolah dulu malu gak ada yang ejek kita guna tangan t***k.. ampehhh btul !  ;-)

Orang-orang tua selalu ingatkan jangan biasa guna tangan kiri tak sopan bila orang tengok. even dalam islam pun mengajar kita tiap pekerjaan baik elok di mulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan. dan melarang makan dengan tangan kiri.. lain2 tu insyaallah deena cuba ubah tapi bab menulis memang dah dari azali xkn bleh tukar ke tangan kanan. nak buat mcm mana kan, penah gak cuba tulis tangan kanan memang x bleh langsung ! bila tengok anak2 guna tangan kiri cepat2 deena suruh tukar tangan kanan.. :)

Deena nak share info tentang kekurangan dan kelebihan individu kidal ni :-
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku. Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.

Kerusi meja (kerusi kuliah); Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:

* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar


. Kelebihan bagi individu kidal:

Tulisan Arab:
Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:
Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :
Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat

Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )

Saidina Umar Al-Khattab (berdasarkan kitab-kitab sejarah Islam)
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci

c) Musik dan hiburan

Michelangelo Buonaroti,
Beethoven

Selebriti

Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal

d) Sukan

Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)

Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

7. Individu Kidal, Individu Elastik

Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.


p/s: sambil makan bleh menulis... :)


No comments:

Post a Comment

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this