deena and the gang

January 31, 2011

Kelebihan dan kekurangan Kidal

kredit to google
Deena kidal sebenarnya, boleh kata semua kerja guna tangan kiri terutama menulis, makan ngan sudu or pegang sesuatu, kecuali makan dengan tangan ( tangan kanan). zaman sekolah dulu malu gak ada yang ejek kita guna tangan t***k.. ampehhh btul !  ;-)

Orang-orang tua selalu ingatkan jangan biasa guna tangan kiri tak sopan bila orang tengok. even dalam islam pun mengajar kita tiap pekerjaan baik elok di mulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan. dan melarang makan dengan tangan kiri.. lain2 tu insyaallah deena cuba ubah tapi bab menulis memang dah dari azali xkn bleh tukar ke tangan kanan. nak buat mcm mana kan, penah gak cuba tulis tangan kanan memang x bleh langsung ! bila tengok anak2 guna tangan kiri cepat2 deena suruh tukar tangan kanan.. :)

Deena nak share info tentang kekurangan dan kelebihan individu kidal ni :-

January 29, 2011

Happy birthday deena...


Alhamdulillah dan syukur pada Allah coz hingga ke hari ini deena masih di beri kesempatan untuk bernafas di muka bumi ni... untuk mak yg jauh di mata nun..( jauh la sangat.. hehe ) yg telah melahirkan, dan membesar kan anak mu yg teramat bertuah hingga la nak beruban huhu..tak terhingga pengorbanan mak dan juga abah pada deena selama ni.. trima kasih mak... :(

Kebiasaan nya bila menjelang hari lahir, deena memang teruja gak, wlau xder hadiah memadai dgn ucapan dari kengkawan pun dah happy.. dlm pada tu ternanti2 gak ape la abang nak bagi or dia ingat ke tak besday deena.. so far dia tak penah lupa. tingat masa bercinta dulu.. (cewahh !) abang bagi bunga dan coklat... 

la ni takkan asik bg bunga or coklat jer yer tak... tapi ada lah something lain dari yg lain... thanks bang, wlau mel tak harap or demand ape2 dah abang bagi hadiah tu ape lagi kembang kuncup hati mel gumbira !.. wahhhh excited tuu minah niii.. lek2.. ;)

January 26, 2011

Senyum dan Ketawa adalah penawar penyakit....


ADA orang kata, untuk nampak awet muda, mulakan hari dengan senyuman.walaupun pada diri sendiri. memulakan hari dengan seyuman bukan saja boleh menceriakan hidup, tapi memberi banyak manfaat kepada kesihatan ;-)
 

Bila kita senyum,:) badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira.  mungkin ada btul nya coz ada kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Selain itu, bila kita senyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Sejak zaman dulu lagi, pengamal perubatan percaya senyuman dan ketawa adalah penawar penyakit terbaik.

Seseorang yang dapat menerima hakikat dirinya sakit serta boleh menghadapi hidup dengan tenang dan riang (selalu senyum dan ketawa) sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan diberikan.

Tahu tak ? kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 300 kali sehari berbanding hanya 17 kali di kalangan orang dewasa? tak hairan klu orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Senyuman dan ketawa boleh membawa kebaikan seperti:-

January 24, 2011

Indahnya diciptakan sebagai seorang wanita...




1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

January 23, 2011

Makna disebalik kuntuman bunga ros...


Ada rahsia kenapa seseorang memberi kita bunga lebih dari sekuntum, ada yang bagi banyak kuntum dan ada gak yang bagi sekuntum sahaja. Jom tengok rahsia disebalik bilangan kuntuman bunga ros.
(sumber dari loveletterbox.com)

1 Rose Love at the first sight; you are the one
- 2 Roses Mutual love between both, deeply in love with one another
- 3 Roses I love you
- 6 Roses I wanna be yours
- 7 Roses I'm infatuated with you
- 9 Roses An Eternal love, together as long as we live
- 10 Roses You are perfect
- 11 Roses You are my treasured one; the one I love most in my life
- 12 Roses Be my steady
- 13 Roses Secret Admirer
- 15 Roses I am truly sorry, please forgive me
- 20 Roses Believe me, I am sincere towards you
- 21 Roses I am devoted to you
- 24 Roses Can't stop thinking about you, 24 hours everyday
- 33 Roses Saying "I love you" with great affection
- 36 Roses I will remember our romantic moments
- 40 Roses My love for you is genuine
- 50 Roses Regretless love, this is
- 99 Roses I will love you for as long as I live
- 100 Roses Harmoniously together in a century; remaining devoted as couple till ripe-old age
- 101 Roses You are my one and only love
- 108 Roses Please marry me!
- 365 Roses Can't stop thinking about you, each and everyday
- 999 Roses Everlasting and Eternal love


p/s : selain dari bunga, bagi teddy bear dan coklat pun bermakna... ;-)

January 22, 2011

Biar tak kaya, tapi kaya dengan kasih sayang,cinta dan kesetiaan...


Wallaa.. ! poyo jer bila tengok tajuk entri deena kali ni, hakikat nya memang perlu semua tu, bukan sekadar diawal percintaan jer, kalau bleh dah tentu kita nak ia berkekalan sampai bila2. kita diberi pilihan samada nak bahagia,susah atau senang. kalau nakkan seseorang tu tapi hati tak berkenan apetah lagi bukan ciri2 yg kita nak pun takda makna gak biarpun dia berwang... ( bukan beruang yer...) jgn terkezut klu deena katakan ada yg lebih mementingkan material dari mikir hati dan perasaan nih biasa la tu..

Harus diingat sesetia mana seseorang itu bila pasangannya ditimpa kesusahan, atau tak mampu utk melaksanakan kehendaknya ? sanggup ke kita kongsi atau mula angkat kaki ? tak semua yang ada sikap mcm ni hanya segelintir shj.

January 20, 2011

Tak sedap badan..


2 - 3 hari ni badan tak brapa sedap lak, selsema dan dedau. bersin tak henti2 sampai sakit perut
aduhh.. dah la hari ni ada check Bsp kat klinik. dari kul 9 pagi - 9.30 malam baru settle ( 4 kali beb ). adat la kan dah sakit orang ngandung ni kena la  hadap.

Tekak asik nak minum air kelapa, xper la kot dah sarat. orang kata diawal ngandung jer tak bleh minum air kelapa. selera makan pun kureng sejak akhir2 ni, itu pun kalau abang ajak makan baru la bleh jamah skit.  
harap2 tak menjejaskan kandungan deena. so far baby aktif satu hari tah brapa kali dia menendang :-)


p/s : mood : lemau

January 18, 2011

Aku bengang ! komengaaaa...!!!

Kali ni memang deena bengang giler ! bengang ngan sykt kourier kat sini, malas nak sebut nama company ni kang tak pasal2 kena tottttttt plak. slalu deena guna perkhidmatan Pos laju langsung takda masalah. nampak gaya hi hi..bye..bye la pada sykt kourier tu pas ni !
Barang dah pos dari last week lagi, yer deena pun sedia maklum la kan kt sini jumaat adalah hari cuti,
dan ahad plak di area Selangor cuti. so klu dr Langkawi pos ari sabtu sampai ke hari ni barang tak sampai
ke tangan pelanggan apa deena nak jawab ? tak ke naya nama nya..aduhhhh memang terbakor darah tul !
Sabor jer la, takkan disebabkan masalah  mcm ni deena nak lemah semangat utk teruskan biz online jamu dan produk lain yer tak... Skang apa yg perlu deena buat scan dan email slip kourier tu pada pelanggan ni dulu klu tak dia ingat kita buat kerja tak serius dan main-main.

P/s : I'm not in the mood... huhu..

January 17, 2011

Putu Piring... mana nak cari !


Putu piring !! lama dah deena tak makan. tingat kat member kamceng si Zarina tokey putu piring kat puchong nun, sampai skang putu piring dia meletops beb ! orang tak putus-putus datang beli nak plak waktu minum petang.

Dulu pas deena abis keje mesti singgah warung dia tangkap sebijik dua putu piring haa... ;-) kadang siap tapau bawak balik. sebut putu piring rasa nya semua bangsa suka kira market luas la kalau serius berniaga
kuih ni..  citer-citer gak, tekak ni memang tingin sangat nak putu piring. kat Langkawi ni takda rasa nya mano ado ! sabor jer la kan.. mana tau kot2 tetiba lak balik puchong sudah pasti warung putu piring zarina deena
kasi terjah.. tungguuuuu.. :-)



P/S : lama mana bleh tahan arr.. suh zarina pos express bleh kot ??

January 16, 2011

Ibu leka main Facebook, anak lemas..


Alkisah nya kejadian berlaku di luar negara (Denver), sumber dari akhbar tempatan yg deena baca tadi.
dimana bayi berusia 13 bulan mati lemas dalam kolam mandi . Leka bermain permainan "Cafe World" si ibu ni perasaan bila tak dengar apa-apa bunyi selepas 10 minit. didapati muka bayi tu dah tertangkup dalam air
patut la senyap..hmmmmm..

Itu lah bahanaya kalau dah jadi taik facebook tak hingat dunia dah. bukan tak boleh ber facebook yer tak ?
tapi agak-agak la kot yer pun.zaman skang memang tak boleh berenggang klu tak berfacebook, myspace, twitter dan banyak lagi.. so gunakanlah pada benda yg berfaedah dan tak melencong ke lain yer..  =)

p/s : kadang tu leka gak.. hehe

January 13, 2011

Carta pergerakan bayiku....

Pagi tadi 2 orang nurse yang cun melecun datang umah terjah..huhu apelagi datang nak buat check-up.
kat sini deena takda pilihan nak bersalin or check-up di private hospital so nak tak nak kena la gi hospital kerajaan. Yang bagus nya deena perhatikan kakitangan disini dari nurse sampai la doktor, layanan amat memuaskan tak seperti dulu kita dengar rungutan macam-macam kadang tu sampai masuk suratkhabar dorang komplen.

Sambung pada citer nurse yang datang umah tadi, memang prosedur kata nya walau deena dah buat temujanji dan pemeriksaan bulanan di klinik, dorang tetap akan datang melawat ke rumah untuk susulan dan bagi nasihat. since kandungan dah 7 bulan ( 28 minggu) deena perlu rekod pergerakan bayi sekurang-kurangnya
10 kali sehari dari jam 9pg - 9mlm. klu kurang dari tu, takut ada masalah pada kandungan dan bayi.


Tu satu hal, tiap sebulan sekali check BSP la pulak, satu hari 4 kali deena perlu ke klinik utk ujian kandungan gula dlm darah. banyak tul kena pantau. so far alhamdulillah la bacaan pun bawah 7. cuma deena jaga diet pemakanan dan ikut nasihat doktor. harap nya semua okay sampai la bersalin nanti.


p/s : baby tersangat la aktif ... :)

January 9, 2011

Penangan makan jamu....!

“Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.
“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.

“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

January 2, 2011

Sambal Kentang Nadira...

sambal kentangt

Tengah syok layan melodi tadi, dapat sms dr anak dara deena di Klang sibuk duk tnya mcm mana nak masak sambal kentang, rupa nya si danish teringat masakan ibu dia mintak kakak masakkan ....  sian dia :)

haa..! tu la masa kt sini ari tu taknak tengok ibu dia masak kt dapur tau nya
makan, kan dah rugiii.. ikut kan tak susah mana pun masak sambal kentang ni sempoi jer.. klu nak tau ini lauk kegemaran deena sejak kecik lagi, klu nak sedap tukar dari cili kering ke cili api lagi berasap telinga haa... memang deena tak pandang lauk lain dah :)

Tah mcm mana la rasa sambal kentang minah ni kan, hmmm.. janji dia nak belajar dan lama kelamaan nanti pasti sedap mcm ibu dia nya masakan.. hehe.. caya la gurl !

p/s: pasni ibu ajar masak nasi ayam plak.. :)

January 1, 2011

Pelakon Faizal Yusup meninggal dunia akibat serangan jantung...


Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.
Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.
Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.
"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.
Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Selamat Tahun Baru !!!


Pertama kali deena sambut di langkawi. bleh la ada bunga api haa.. deena lepak di D'Baron Resort btul2 menghadap laut so pueh hati dpt tgk. suasana kt sini happening gak. tapi x semeriah waktu di kl lepak ngan kengkawan yer x..

Bila datang nya tahun baru dah tentu kita ada azam baru, azam tahun lepas dan lepas pun x tertunai lagi aper cer ?? hehe... itu la kdg kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan setiap perancangan tu x seperti yg kita harapkan.. moga kali ni deena lebih fokus dan yakin dgn apa yg deena ceburi.
buat anak-anak ibu Dira, Syeera dan Danish, selamat tahun baru dan doa ibu untuk kalian sentiasa sihat, ceria dan kasih sayang ibu takkan pernah berubah sampai bila-bila. 

p/s : tak dapat temankan danish di sekolah lagi :( 

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this