deena and the gang

December 14, 2011

Awie bergaduh besar di Pulau Langkawi ?


Al-kisahnya, minggu lepas Awie telah turun ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat PEKIDA Malaysia dan seperti mana lelaki lain, Awie keluar untuk menghabiskan masa bersama dua orang rakan beliau yang kami di’fahamkan sebagai bodyguard Awie. Ketika berada di sebuah pusat hiburan, Awie telah bergaduh mulut dengan seorang lelaki atas sebab sebab yang tidak dapat di’pastikan dan ia’nya mencapai kemuncak apabila Awie melontar cabaran dengan memanggil lelaki ini sebagai penakut dan bacul.
Dan, terjadilah pergaduhan fizikal yang sah sah berpihak kepada Awie dan dua orang bodyguard beliau itu. Awie turut di’laporkan menggunakan buku lima dalam pergaduhan tersebut.

Episod 2 – Si Abang Balas Dendam
Lelaki yang teruk di’belasah ini mengadu kepada abang beliau yang terus berusaha mencari Awie dan rakan rakan’nya malam itu juga — adik sendiri kena belasah, siapa yang boleh duduk diam. Awie dan dua orang rakan’nya telah berpindah lokasi berhibur malam itu dan si abang kebetulan berjumpa dengan mereka di Sunba Retro Bar. Sekali lagi pergaduhan fizikal terjadi. Namun nasib kali ini tidak menyebelahi Awie dan rakan beliau kerana si abang seorang diri berjaya mematahkan kekuatan mereka bertiga — maklum’lah, si abang adalah guru Silat Bunga Kedah.

Episod 3 – Awie Buat Laporan Polis
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan si abang dan kerana kedudukan beliau yang agak selesa dalam persatuan, Awie di’katakan telah mengarahkan beberapa rakan’nya yang lain untuk mencari si guru silat ini. Dan, Awie di’khabarkan telah membuat laporan polis yang konon’nya beliau telah di’serang tanpa sebab malam tersebut. Kesudahan nasib si abang tidak dapat sumber kami pastikan.

sumber: rindok.com


p/s:  bila buku bertemu ruas....  




November 27, 2011

Johan raja lawak akan di saman oleh Ogy Ahmad Daud kerana menghinanya !

pic credit to MKstreet
Pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud, menyatakan kepada Utusan Malaysia yang dia akan menyaman Johan Raja Lawak, pasangannya sewaktu mengacarakan Festival Filem Malaysia Ke 24 kerana mengaibkannya. Ini ialah berkenaan cara lawak Johan sewaktu mengacarakan festival itu yang menggunakan Fauziah sebagai bahan lawak dalam nada persendaan: 
Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita. Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu.

Sebenarnya tidak nampak pada mata kami seolah Fauziah sedang menahan perasaan malam itu, tetapi dia berkata:-

 Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya. Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya. Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali.
Tidak menafikan Johan berbakat dalam bidang jenaka, Fauziah menambah yang Johan turut datang lewat 3 jam untuk latihan:-
  
Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat. Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya. Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro.

Fauziah juga nekad dengan keputusannya untuk menyaman Johan:-
  
Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur. Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati. Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis. Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu. Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru. Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini.

sumber: beautifulnara.com

p/s: ini lah akibat nya tak berfikir sebelum buat sesuatu, bukan semua orang boleh terima gurauan..





November 22, 2011

MALAYSIA JUARA !!!


Syabas dan tahniah pada skuad HARIMAU MUDA, akhirnya dapat menewaskan pasukan Indonesia dengan sepakan penalti 4-3.  Apek & Badrul terbaekkkk !




aummmmmmm ! yum3....



p/s: proud to be malaysian !

November 20, 2011

Zahiril Adzim sah bergelar suami..



credit : sultanmuzaffar


Dengan sekali lafaz Zahiril Adzim sah bergelar suami kepada Syera Aiyob. Tahniah....


sumber: sultanmuzaffar 





November 19, 2011

Berdiri dalam seluar dalam pun boleh cipta rekod dunia !


Hoho... ini seluar bukan sebarangan yer, seluar dalam gergasi lagi !  bukan-bukan keje dorang ni kan, janji dapat cipta rekod dunia kekdahnya.. tak bleh blah kaler pink tuuuu huhu... sogar mate den pepagi nih.


LONDON – Seramai 57 orang berjaya mencipta rekod dunia apabila mereka berdiri di dalam sehelai seluar dalam gergasi yang berukuran 5 meter x 1.5 meter di daerah Canary Wharf, London kelmarin. Mereka memperoleh sijil Guinness World Records selepas berjaya melakukan aksi itu.


sumber : harian metro online



p/s  : gergasi nak pkai ape ?!




November 18, 2011

Foto kad jemputan Zahiril Adzim & Shera Ayob




Berkonsep Classic & Vintage dan memilih kata-kata Celebration of Love sebagai pengganti kata-kata perutusan raja sehari yang sering kali diguna pakai. Celebration of Love ini akan dilangsungkan pada 27 November bersamaan 1 Muharram 1433H. di Kelab Shah Alam Selangor. Sama-samalah kita mendoakan semoga majlis perkahwin Zahiril Adzim dan Shera Aiyob berlangsung dengan meriah dan penuh keberkatan.


sumber: ohbulan!


p/s: boleh di abadikan dalam album kad jemputan dorang ni kan.. :)

November 16, 2011

Memori kelas 6 kuning di SK Puchong Bt 14, Puchong...


Belek punya belek gambo dalam album,  terjumpa lak gambo dolu-dolu masa sekolah rendah  ( darjah 6 Kuning ) di SK Puchong Batu 14, Puchong. Lantas menggamit memori diwaktu zaman persekolahan  ku haaa... :) cer tengok muka memasing suci dalam debu lagi ko...   agak-agak mana satu gerangan tuan punya badan ?? nak tau cer tengok budak yang duduk di depan tu pilih la sendiri hehe... Gambar ni tak silap tahun 1985 dan nama cikgu kelas deena yang kecik molek tuh 'Cikgu Aishah' * yer kot ? ingat-ingat lupa jah.. *

Antara yang deena masih ingat nama dorang Salehatun, Rosilah, Rohani, Junaidah, Siti Zaleha, Mohd Azham, Asri, Supian, Peggy, Thanalecthmi, Zarina, Suhaila, Ronaliza, Shaharudin, Fadhil, dan Mohd Nor, dalam ramai-ramai ni hanya sorang jer yang dapat di kesan Norizan Sulaiman, itupun jumpa dalam facebook. Pada kengkawan yang lain kalau korang masih ingat lagi bawak-bawak lah bertegur sapa yeww.. mesti banyak cerita, tah2 ada yang dah bermenantu huhu...



p/s: masih mencari sahabat lama waktu tingkatan 3, Fatimah Zaharah... :)







November 15, 2011

Nasi lemak ayam berempah di Chawan Jln Telawi, Bangsar...

lokasi restoran chawan bersebelahan Bangsar Village..
tu dia nasik lemak ayam berempah

Seksa nyer rasa bila tingin nak makan tapi takkan dapat jam tu gak, jauh bebenor nak kesana haa... dulu selalu gak singgah sini pekena nasi lemak ayam berempah, takpun layan secawan kopi panas ngan tauhu bakar sambil makan, dan borak-borak .

Nasi lemak bungkus pun ado... Rm3 hengget, skang dah naik lg kot.

hok ni nasik dagang...

Siang tadi ada gak bunyik kat en hubby, mana la tau kot-kot masa antor anak balik klang nanti boleh singgah. tengok pada keadaan la katanya pulakk.. Mementang sibuk sampai hujung tahun ni gamaknya mau gigit jari akak :) Ada rezeki sampai ler klu idak tengok gambor pun jaaaaadi lahh.. * klu smp tahap gaban siap ngences tingat nasik lemak  abis la en hubby kena dera ! *

pas makan layan minum kopi panas .. :)

Selain dari nasik lemak, ada  nasi dagang, lontong, asam laksa, tauhu bakar dan banyak lagi ikut pada selera memasing, kadang ada orang kata tak sedap ! tapi kalau dah teringin sangat mcm deena ni sedap ker tak mesti nak gak walau dapat skit.
 


p/s:  jarang jumpa nasik lemak ada sayur kangkung skang ni...




November 12, 2011

Bayi dalam kandungan tunjuk isyarat 'GOOD'


MAIDSTONE – Seorang ibu yang bimbang mengenai kesihatan bayi yang dikandungnya mendapati anaknya itu membuat isyarat bagus semasa perutnyadiimbas di sebuah hospital di Kent, Britain.Ibu bayi itu, Donna Sayer, 29, dan seorang jururawat tergelak selepas mereka melihat bayi itu memberikan isyarat bagus semasa diimbas. Menurut Donna yang merupakan seorang pengurus makanan dan minuman di Kelab Kriket Kent, bayi itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

Wanita itu berkata, pemeriksaan itu dibuat selepas jururawat berkenaan menyatakan bayi dalam kandungannya normal. Namun, bagi mendapatkan kepastian mengenai bentuk bayi itu, satu pemeriksaan imbasan dibuat.Donna dari Whitstable berkata, semua pihak berasa hairan apabila melihat gambar tersebut.


sumber: HarianMetro


p/s : sib baik baby ni tunjuk isyarat ' GOOD '   


November 11, 2011

FBI dapat baby 11.11.11




Congrats ! pada Faizal Ismail , dj fofular hotfm yang baru mendapat cahayamata ketiga ( lelaki ) pukul 9.03 pagi tadi.  Bertambah lah kegembiraan beliau bila baby dilahirkan pada tarikh 11.11.11, bukan senang nak dapat tarikh keramat seperti hari ni ... :)


p/s : rindu nya bau baby...

November 10, 2011

Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus..

kenangan....zaidi dan nabila

 “Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimanya dengan hati terbuka,” kata Zaidy Zailani, 30, bekas suami pelakon kontroversi, Nabila Huda Suhaimi, 27, ketika ditanya mengenai gambar bekas isterinya bercium dengan seorang lelaki di sebuah pulau peranginan yang tersebar di Internet. Aksi Nabila dalam gambar itu dicemuh dan dikritik hebat peminat tambahan pula Nabila baru saja bercerai dengan Zaidy pertengahan Oktober lalu. Zaidy ketika dihubungi semalam, berkata dia terkejut dengan penyebaran gambar itu dan kurang senang dengan perlakuan Nabila.

“Saya terkejut selepas dimaklumkan rakan mengenai gambar itu dan saya tidak mahu melihatnya,” katanya sambil memberitahu Nabila sudah lama dia tidak berhubung dan berjumpa dengannya serta anak mereka, Keisha Laila yang berusia setahun lebih. Menurut Zaidy, selepas bercerai dengan isterinya pertengahan Oktober lalu, dia mengambil alih menjaga puteri kesayangannya itu walaupun perlu bekerja seharian.



sumber: Mymetro

p/s: tetap meminati rockstar Amy Search...dulu, kini dan selamanya... 






November 7, 2011

My keras tangan !


Salam aidil adha pada semua kengkawan yang sudi singgah, tersinggah dan  tersekodeng kat sini yerrr...
tahun ni hati manyak sedih coz beraya kat pulau jer, en abe sibuk belaka so memang tak terasa langsung suasana beraya bila tak balik kampung.  Telan air liur jer bila dengar mak kat kampung siap buat lemang dan rendang bagai, sabor kan ajer yer deena... :)


Mood nak masak rendang, nasi impit semua dah ke laut, maleh sesangat asyik nak landing buat taik mata. dari xder apa nak buat teringat kraftangan felt yang dah lama terbengkalai tak berusik, ape taknya baru buat satu tros surrender tak bleh tunduk sangat alamat pala mula nak pitam, godek punya godek dapat la siap kan 3 menatang ni ( keychain ) ada lagi akan menyusul deena nak buat hairband untuk baby, sepit rambut ala2 berbunga gitu..


Ikutkan macam-macam boleh buat kalau kita dah tau asas felt craft ni, rajin dengan tak jer. tengok la klu dtg mood terlebih rajin deena cuba buat wallet, bekas untuk pensel dan sarung handphone. Tak tau ntah bila tahun nak jadi yerr.. akak tak janji tapi pasti hehe....






p/s: tengah dok pikir permintaan si danish suh buatkan angry birds, bleh ker..?? 

November 2, 2011

Pokok ekor kucing ?

opss tak leh tunjuk gambo penuh worang tuh tengah ngembang !

Tengah baek punya lepak atas tunggul kayu mati kat kampung arituh, tibo2 mato den terpandang satu pokok nih, len macam rupa nya jahh ! " Pokok ekor kuciang "  kata mak  hehe.. dan kalau nak tau orang dulu-dulu guna pokok ni untuk di buat ubat pada orang yang susah dapat anak, memang dah terbukti berderet macam susun paku ko  ! beranak sesajer hoho...

ada la skit2 saki baki bunga ekor kucing nih...

Sayang tul laaaaa... ingatkan mak tau buat dengan selamba dia jawab " tak sempat nak menuntut ngan arwah atok ka'u "  tapi bila tiba musim bunga i tell u, meriah dengan warna purple sebab tu mak sayang nak buang. Jadi penyeri jer la pokok ekor kucing ni kat tengah2 dusun durian.


p/s: pokok misai kucing, buah mata kucing, mata macam kucing, ekor kucing....




October 26, 2011

Abby Abadi di duga lagi...

sumber: absolutelyabbyabadi.blogspot.com

Nampaknya impian Abby untuk bersama kekasih hatinya Zul Ariffin tak kesampaian. abby di duga lagi dan mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku. Moga abby tabah dan lebih kuat demi anak-anak beliau...
                                             ********************************

     Sy sgt mghargai khadiran Zul dlm hidup sy. Sgt berterima kasih pdnya kerana sedikit sebyk dia mjadi 'penenang' pd Sy waktu2 Sy sgt2 memerlukan 'seseorg' 3 tahun dulu. Berani Sy katakan, hubungan ni berlaku mmg tanpa dirancang & tak disengajakan. Sy layan jer hati & perasaan Sy 3 tahun tu, smpai mmg nama 'X' Sy out teruslah, kira xde dlm senarai dah, hehe.. smpai tetibe, tak disangka2,  jd seriusss giler hubungan yg tak dirancang ni :) Ikutkan sebenarnya dr awal mgenali Zul, hati Sy selalu je berkata2.... Betulkah? ye ke ni? Bia betik? Bole ke gi jauh ni? huurrmmm... huhu.. tp, Sy jalan terus je sbb Sy mmg dah jatuh hati pd dia:P ooppss! hehe... kira Sy 'gamble' jelah pd hubungan ni :) Takut2, trauma2 pun, Sy redah jugak. Ada jugak peristiwa2 ngeri yg berlaku antara Sy & Zul, tp Sy abaikannn sbb..... SAYANGGG! ZZzzzZzzzzZz.. :)  dlm pd 'gamble tak gamble' tu, tup tup dah 3 tahun berlalu :D

sumber: absolutelyabbyabadi.blogspot.com

Sehingga ke saat Sy menaip utk entri ini, Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu... Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah.... nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, .... tp, takpelah..... Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg. Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada :) Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni. :(

    Sy......... mmmm, di duga lagi...... Sedih mmg tak tergambar dgn kata2, tp Sy redha dgn ketentuan NYA..... Mungkin ada kesilapan Sy, yg Sy lakukan tanpa sedar sebelum ni, & skrg inilah balasan tuhan pd Sy. Sy terharu sebenarnya dgn doa dr semua yg mengharapkan kami bertemu jodoh sebelum ni, tp apakan daya......... Sy pun mengharap 'sesuatu yg terbaik' sebenarnya... tp INILAH TAKDIR SAYA :)

  Sy sedih........ sgt sedih utk terima 'kehilangan' ini.......... tp Sy takde kuasa utk ubah keadaan. Sy cuma nk org yg Sy sayang bahagia dgn apa yg dia mahukan. Insyallah, masa susahpun buleh jer cari Sy. :,) 
                
                                        "SELAMAT ULANGTAHUN YG KE 25"




p/s: abby, tabah dan berjiwa kental orangnya...




October 20, 2011

Ibu hamil anemia berisiko !

sumber: google
Paras hemoglobin rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan anemia. Secara purata hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami paras hemoglobin yang rendah atau Hb rendah.

Mengapa ianya terjadi?
* Peningkatan dalam isipadu darah
* Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
* Penurunan kadar hemoglobin normal.

Punca anemia selama kehamilan juga boleh meliputi:
* Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet anda
* Kekurangan asid folat
* pendarahan gastrointestinal
* Kehilangan darah dari pendarahan buasir

Bahkan jika anda mengambil jumlah zat besi dan asid folic yang cukup, anda masih boleh menjadi anemic kerana perubahan besar proses pencernaan anda semasa kehamilan.

Risiko anemia semasa kehamilan juga menjadi lebih besar:
* Jika anda mempunyai morning sickness teruk dengan muntah sering
* Jika anda mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan
* Jika anda mempunyai kehamilan berganda
* Jika diet anda mempunyai kandungan cukup besi
* Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat

Keadaan ini menyebabkan anda boleh menyebabkan 18-27 gram zat besi setiap hari ketika ibu hamil. Malah jika tidak menerima cukup vitamin B12 atau asid folik, kehilangan sejumlah besar darah, atau beberapa penyakit darah warisan seperti sickle cell disease juga boleh menyebabkan anemia semasa kehamilan.

Bagaimana mengenal pasti bahawa anda mengalami anemia semasa mengandung?
Kebiasaannya ketika menjalani pemeriksaan kehamilan di klinik-klinik kesihatan atau swasta atau antenatal di hospital kerajaan atau swasta, ujian akan dijalankan.

Tanda-tanda lain adalah keletihan yang berlebihan. Jika keadaan menjadi parah, maka anda akan pengsan, pening, kulit pucat, degupan jantung cepat atau tidak teratur, dan sesak nafas.

Cara menangani?

Jika punca anemia adalah kerana kandungan zat besi tidak cukup, maka keadaan ini dirawat dengan tablet atau pil zat besi. Anda harus mengambilnya dengan makanan untuk mengelakkan mual.

Jenis-jenis Anemia dan cara pemakanan.
· anemia ringan (Hb 9-11gm%)

Boleh makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

· Anemia teruk (<8gm%)

Ibu hamil mungkin akan diberi:
* Suntikan Zat Besi (Imferon)
* Pemindahan darah
* selain makan makan macam biasa dan makan pil ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin

Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
sumber: persatuan ibu-ibu comel mengandung ~fb
  p/s: hati ayam, kerang, jambu batu dan pegaga antara paling tinggi zat besi.



October 13, 2011

Kau yang satu...

lebih 10 kali dah baca novel nih..

Bagi hantu novel macam deena mustahil tak pernah baca novel hasil tulisan 'Nia Azalea' ? , bukan sekali baca malah berpuluh kali baca pun takkan jemu punya ! itulah penangan dan sentuhan dari penulis novel nih, Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea, Ahadiat Akashah dan Fauziah Ashari nama yang tak asing dalam dunia penulisan, memang meletops novel dorang  * penah berangan nak jadi penulis novel :) *

Lama gak tak  baca novel, cuma sejak akhir-akhir nih jer tetiba jiwa karat kembali sentimental haa... seingat deena kalau nak dikira ada seratus lebih koleksi novel deena simpan, tapi apakan daya yang sempat diselamatkan hanya beberapa buah novel jer,  yang lain hangus dijilat api semasa umah mak di puchong terbakar (dec 2010 ).  So pasni selain dari buat keje jahit menjahit ( felt kraf) sambil tu boleh la layan novel..




p/s: kat langkawi ado ko MPH ??!




Tinggalkan jejak anda

CITER DAH BASI

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this