deena and the gang

December 8, 2010

Kisah Duit Bawah Meja - Jenayah Keji Dalam Diam

Sering kedengaran jika tidak ‘hulur’ maka susah hendak mendapatkan projek. ‘Hulur’ yang dimaksudkan ialah wang saguhati bagi mempermudahkan proses mendapatkan projek dari mana-mana badan yang mengeluarkan tender. Maka dalam bahasa yang lebih mudah ia dikenali sebagai rasuah atau suapan. Sering kali dikaitkan rasuah dengan tertumpu pada skala politik semata-mata tanpa disedari sebenarnya ia wujud dalam setiap perkara di dunia ini. Mengapa rasuah?
Tanpa mengambil kira faktor dosa dan pahala, amalan rasuah ini terjadi hanya mahu memastikan agar hak seseorang individu atau syarikat itu tidak hilang. Rasuah datang dalam pelbagai bentuk material atau wang. Bukan sahaja dalam industri tender dan projek tetapi dalam kancah politik, sukan dan hiburan juga tidak ada bezanya. Setiap inci ruang kehidupan kita ini punya potensi menjurus ke arah perbuatan rasuah.
Tandatangan borang kelulusan perlu disertakan dengan tunai untuk lebih lancar prosesnya. Untuk mendapatkan ruang projek –perlu ada ‘sumbangan’, itu belum lagi kes lesen, permit dan lain-lain hal dalam dunia yang sememangnya sukar mencari ketelusan. Apapun apabila manusia terlalu rakus mahu mencapai sesuatu dengan jalan pintas maka wang digunakan untuk merealisasikan impian.

Punca-Punca Rasuah:
1. Menyalahgunakan kuasa yang dimiliki melalui jawatan dan amanah yang dipegang.
2. Kelemahan diri sendiri:
- Rendah tahap keimanan dan nilai murni
- Sikap ingin hidup mewah.
- Suka berjudi dan berhutang
- Sikap tamak untuk cepat kaya
3. Kelemahan kawalan dalaman
- Pemimpin yang lemah
- Kelemahan penyeliaan
- Terlalu banyak birokrasi
- Sistem dan prosedur yang
- Kuasa budi bicara yang luas
4. Terdapat peluang dan kesempatan yang boleh disalahgunakan
5. Faktor budaya atau amalan tradisi dalam pemberian hadiah/ rasuah

Kesan Rasuah Terhadap Sosial
Dalam konteks ini, nampak seakan rasuah sekadar menerima suapan sahaja, tetapi tahukah anda bahawa ia boleh memberi kesan yang sangat negatif terhadap masyarakat dan individu itu sendiri?. Rasuah mampu meruntuhkan sesebuah tamadun!

Kesan kepada masyarakat
- Menjejaskan kelicinan dan kecekapan pentadbiran.
- Berlaku ketidakadilan dalam ekonomi.
- Meningkatkan jurang antara yang kaya dan mereka yang miskin.
- Meningkatkan kadar jenayah yang boleh mengancam keselamatan negara, nyawa dan harta benda.
- Kualiti pembinaan akan menurun sehingga boleh membahayakan nyawa.
- Meningkatkan kos dan sara hidup.

Deena : kesimpulannya adalah bergantung kepada diri kita. samada kita boleh menjadi pemberi atau penerima rasuah. pucuk pangkalnya adalah diri kita yang ingin melakukan atau tidak,kita takut azab Allah atau tidak, kita ingin menjadi hambaNYA yang taat atau tidak. semoga kita semua menjadi hambaNYA yang taat dalam segala aspek..

No comments:

Post a Comment

Jutaan trima kasih krn sudi singgah di deena's blog. komen anda semua amatlah deena hargai :)

~deena~

Tinggalkan jejak anda

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this