deena and the gang

December 30, 2010

Yes.. ! Malaysia bawa pulang piala AFF Suzuki !


Tahniah pada pemain-pemain " Harimau Malaya" dgn kemenangan aggregate 
4-2, kepada Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.
cayok... !!  walaupun deena tak berapa minat sukan bola ni, teruja gak bila melihatkan corak permainan pemain2 terutama penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat  ( Apek ) menepis sepakan penalti Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama... dan jaringan Mohd Safee Mohd Sali.



Cewahhhh... semangat tul deena beri komen kali ni, teruja beb biarpun diancam pelbagai provokasi dari pihak media, isu laser dan penyokong Indonesia, pemain Harimau Malaya tetap mempunyai kekuatan mental dan fizikal menahan hingga ke titisan akhir dengan kemenangan sebagai raja bola sepak Asia Tenggara. 

Nampak gaya Sotong Gudel nyer ramalan tak menjadi sama sekali, elok nyer di buat sambal sotong lagi sodappp... wakakakaa... haiyaa tipu punya sotong !
 

P/s : esok PM umum cuti... pakat gi pasar sok cari sotong masak lomak... =)

December 28, 2010

3 Bulan 10 hari lagi....

6 bulan dah berlalu, means 3 bulan 10 hari lagi waktu yg ditunggu akan tiba.
takut ada suka pun yer gak. takut ? mau nyer x, wlaupun ada pengalaman melahirkan, bila diingat sakit nyer waktu nk bersalin dulu mak aiii.. hanya yg pernah mengalami yg tahu best ke tak bersalin ni hehe...

tapi harus di ingat setiap kesakitan tu ada hikmah nyer dan dari situ la kita rasa bertuah coz tak smua wanita mampu mengandung dan melahirkan. ada setengah tu bertahun2 kawin dan ada pula di sahkan oleh doktor x mampu utk
mempunyai zuriat.. ape2 pun kuasa di tangan Allah selagi kita x putus asa dan ikhtiar serta yakin insyaallah tiada yg mustahil kan..

Seawal 3 bulan sampai la skang, bleh dikatakan deena kerap ke klinik dan hospital coz ada kencing manis. tak penah kena pun sebelum ni.. harap2 pas bersalin nnt smua ok. persiapan baby pun satu pun blom beli lagi x pasti nk beli warna biru or pink :) . dah byk kali scan tapi dia x mau tunjuk la pulakkk..
baby malu kot hehe.. tak kisah la yang penting deena selamat dan baby sihat.


P/s : dira, syeera dan danish tak sabar nk dpt adik baru ! :)

December 21, 2010

Nostalgia Tan Sri P.Ramlee & Marilyn Monroe di warung kopi


Petang semalam pas balik urut perut di Cenang, deena singgah di satu warung roti canai,

deena tertarik bila tengok gambar Tan Sri P.Ramlee dan Marilyn Monroe, bila di amati ia bukan poster tau, deena sendiri gi tengok dekat2 memang hasil lukisan dari tuan punya kedai tu..




Pelukis ni memang ada seni setaraf dgn pelukis profesional. cuma sayang gambar secantik ni diletakkan kat sini. hubby deena siap tanya pada pekerja tu klu nak jual dia nak.. bayangkan kalau di frame kan dan letak di rumah atau ofis hmmm...

Deena  : baru pas tengok citer P.Ramlee malam tadi... ;)

December 20, 2010

Kemalangan Bas di Simpang Pulai



IPOH, 20 Dis – Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh selepas sebuah bas pesiaran dipercayai membawa pelancong Thailand terlibat dalam satu kemalangan di Kampung Kerawai, KM9.3, laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini.



Jurucakap polis berkata, lapan lagi penumpang cedera parah dalam nahas yang berlaku pada 11.45 pagi tadi.
Laluan itu telah ditutup kepada lalu lintas


Deena  : bertambah lg statistik yg melibatkan bas persiaran ni..

JAJAN DULU-DULU


Zaman kecik2 dulu, deena pasti x lupa ngan jajan ni sampai la skang.. Jajan ?
pelik kan ? coz x smua orang tau ape itu jajan, hehe ada orang panggil makanan ringan, cikedis la.. biasa nyer orang jawa yg sebut perkataan "Jajan" ni. soriii deena orang melayu k..  :) pada yg sama waktu umo ngan deena pun dah tentu xkn lupa punya la. puas gak cari jajan perasa durian ni kt sini ampehh xder nyer pun.

Satu lagi jajan popo gambar baby kt bawah ni, rasa nyer tetap sama dari dulu
sampai skang. biarpun melambak jajan pelbagai bentuk dan perisa, terkini dan sensasi haaa, jajan dulu2 gak tetap menjadi pujaan hati ku... agaknyer klu di bagi pada anak2 deena sure dorang x mau. budak2 skang x sama mcm dulu, jajan x heran dah yg dorang tau h/phone, ps dan laptop..



Walaupun rega nyer ada yg dr 5 sen, tau jer la zaman dulu duit bukan senang nak dapat. harap kan lebih dari belanja skolah jer laa .. kdg tu bodek mak tolong buat kerja umah confirm mesti dapat klu mintak duit... 



p/s  : pas dapat jajan, mandi sungai ngan kwn2... =)

December 19, 2010

RAMAI WANITA CEDERA AKIBAT KASUT TUMIT TINGGI



Kaki yang langsing dan cantik dah semestinyer lebih terserlah kecantikannya bila dipadankan dengan kasut tumit tinggi. Tapi kena tengok gak samada selesa waktu nak menggayakan kasut tumit tinggi ni, klu x biasa risiko nyer pun lagi la tinggi berbanding dgn org yg dah biasa haa..

Sebenar nyer banyak kes yg suka berkasut tumit tinggi ni lebih berisiko mendapat kecederaan seperti terseliuh di pergelangan kaki, betis sakit, terpelecok pun satu hal gak.. ada tu sampai tersembam ke lantai coz tak seimbang waktu memakai kasut tumit tinggi. 



Hakikat nyer kaum wanita ni kan sanggup tanggung asalkan nampak seksi dan
cantikkan.. deena sendiri pun memang sejak dulu lagi minat kasut tumit tinggi
tapi xder la 24 jam melaram kan..klu nak bergaya sekalipun tengok juga la keadaan dan tempat.



p/s : paling tinggi pernah pakai 3 inci lebih jer..


December 18, 2010

KENAPA BERUBAH BILA SUDAH DIMILIKI



Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya”, satu keluhan biasa. Yang tak biasanya, ;mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengan saya”….

Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untuk berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadap suami mereka.
Seorang isteri berkata, “Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka bercakap-cakap, ‘loving’, ‘caring’…. bila dah kahwin, dia berubah, tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar…tapi dia banyak ‘ modal’ bila bersama kawan-kawannya”.

Mengapa begitu?…Sebab…suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandai berbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau di masa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.
Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan ‘good impression’. Mereka nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping dan boleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan dan apa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar.
Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. .. Sebab… mereka rasa “the ‘job’ is done!”
Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?…

December 16, 2010

DUGAAN DATANG BERSILIH GANTI...DAN AKHIRNYA TAKDIR MENJADI JURI


Dua hari lepas deena baru jer hantar anak2 balik Klang dan semalam sampai Langkawi. Pagi tadi dapat panggilan dr kakak bgtau yang umah mak di Puchong hangus di jilat api.  x pasti apa punca menurut kata adik deena ( nomi ) api mula marak dari bilik stor, dan dorang mmg x sempat nak selamatkn dokumen2 penting yg terlintas hanya anak-anak, mak dan abah jer.

Abah cedera skit melecur di bahu dan petang tadi dah boleh kuar wad. syukur yg mampu deena katakan walau kehilangan tempat tingggal sekurang2 nya semua selamat. adik beradik ada gak nasihat agar deena x perlu balik coz baru jer balik ari tu .

Tapi deena tetap akan balik dalam sehari dua ni, risau kn keadaan mak, adik serta anak2 dorang. punca kebakaran x pasti dan pihak bomba masih siasat.
sedih gak byk barang2 deena letak di umah mak hangus.. deena redha dan harap mak dan abah tabah hadapi semua ni...


Deena  : tetap tabah dgn dugaan...



December 11, 2010

Jalan-jalan cari makan


Kebanyakkan entri dalam blog ni lebih pada persekitaran di Langkawi. almaklum la deena pun baru jer berhijrah kt sini. boring ? mula sampai mmg blur rindu ngan kengkawan di Kl,
dan keluarga di Puchong.. aduhhh sabor jer la kan..



cantikkan suasana di restoran kantan ni, tmpt ni terletak di pantai cenang, so biasa nyer
bila ada group atau orang perseorangan yg inginkan kelainan hubby deena selaku yg menguruskan percutian ke Langkawi dan aktiviti2 dorang akan bawa kt restoran ni. klu nk melalak layan karok pun ado..


restoran ni asal nyer dr rumah kampung jer, tapi bila dah di upgrade dengan cantik deena tengok dari luar rumah, bawah rumah sampai la bahagian dalam haa.. klu rasa nak buat candle light dinner dgn orang tersayang tempat ni yg sesuai coz suasana memang romantik beb.. deena tingin gak tapi tah bila nyer nk merasa huhu..


klu ada kengkawan plan nak dtg Langkawi tu hello2 la kat deena k...  byk lagi tempat2 
menarik yg deena x pegi lagi, insyaallah ada cite yg best deena share kt sini...


Deena : tingin nk usya tengok Gunung Raya plak :)



December 10, 2010

Pantang larang orang tua-tua

Orang tua-tua dulu memang banyak pantang larang. kadang2 mcm x logik pun yer. meh tengok pantang larang tersebut.. 


~ Jgn duduk atas bantal, nanti naik bisul.
~ Jgn duduk atas tunggul ( org ngandung ) nnt uri lekat.
~ Jgn mencangkung terlalu lama ( budak2) nnt kena buasir.
~ Jgn buka payung dlm rumah, takut nanti masuk ular.
~ Jgn basuh pinggan malam jumaat, nanti tak masuk rezeki.
~ Jgn menyapu waktu malam, nanti semua rezeki yg kita cari waktu siang tadi semua keluar.
~ Jgn pandang cermin tengah malam, nanti muka jadi tinjau belukar. pandang jauh cantik, pandang  dekat hodoh.

December 8, 2010

Kisah Duit Bawah Meja - Jenayah Keji Dalam Diam

Sering kedengaran jika tidak ‘hulur’ maka susah hendak mendapatkan projek. ‘Hulur’ yang dimaksudkan ialah wang saguhati bagi mempermudahkan proses mendapatkan projek dari mana-mana badan yang mengeluarkan tender. Maka dalam bahasa yang lebih mudah ia dikenali sebagai rasuah atau suapan. Sering kali dikaitkan rasuah dengan tertumpu pada skala politik semata-mata tanpa disedari sebenarnya ia wujud dalam setiap perkara di dunia ini. Mengapa rasuah?
Tanpa mengambil kira faktor dosa dan pahala, amalan rasuah ini terjadi hanya mahu memastikan agar hak seseorang individu atau syarikat itu tidak hilang. Rasuah datang dalam pelbagai bentuk material atau wang. Bukan sahaja dalam industri tender dan projek tetapi dalam kancah politik, sukan dan hiburan juga tidak ada bezanya. Setiap inci ruang kehidupan kita ini punya potensi menjurus ke arah perbuatan rasuah.
Tandatangan borang kelulusan perlu disertakan dengan tunai untuk lebih lancar prosesnya. Untuk mendapatkan ruang projek –perlu ada ‘sumbangan’, itu belum lagi kes lesen, permit dan lain-lain hal dalam dunia yang sememangnya sukar mencari ketelusan. Apapun apabila manusia terlalu rakus mahu mencapai sesuatu dengan jalan pintas maka wang digunakan untuk merealisasikan impian.

Punca-Punca Rasuah:

December 3, 2010

Info pemakanan semasa mengandung

Since pregnant ni mmg ada masalah terutama dr segi kesihatan deena. ( kencing manis )
dan tiap2 bulan jadi pengunjung setia di klinik utk ujian BSP dan perut. baru-baru ni deena
dinasihat kn oleh pakar pemakanan elakkan makanan yg berkabohidrat tinggi..

klu nak diikut byk yg deena xleh makan. xkan nak makan roti serat dan air tawar jer yer x ?
hmmmm... bkn x bleh makan nasi cuma perlu dikurangkan dlm sehari. seboleh2nyer cuba gak la ikut nasihat dorang kan..

nak share info ttg pemakanan semasa mengandung .

Mengapa pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?
Tujuannya ialah :
  • Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
  • Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung
    • Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg
    • Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.
    • berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.
    • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Semasa mengandung berapa banyak yang perlu saya?
  • 6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti
  • 3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin c dan satu dalam vitamin A)
  • 2-4 hidangan susu atau produk tenusu
  • 3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
  • 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.
Jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?

November 11, 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia


Vokalis kumpulan Fotograf yang dikenali menerusi lagu Di Alam Fana Cinta, Shamrin telah kembali ke rahmatullah setelah terjatuh ketika bermain bola pada petang tadi. Menurut maklumat yang diterima, arwah yang tiba-tiba diserang kekejangan telah dikejarkan ke hospital tetapi doktor mengesahkan Shamrin telah ‘tiada’ sebaik tiba di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru. Jenazah masih berada di pusat perubatan tersebut.

Kali terakhir Shamrin dilihat membuat persembahan ialah pada pagi tadi iaitu ketika majlis pelancaran Heritage Series, P.Ramlee On Coin di Balai Seni Lukis Negara. Pada majlis itu, Shamrin telah menyampaikan lagu ‘Bila Larut Malam’.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Shamrin, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Deena  : Alfatihah dan takziah pada keluarga arwah

August 6, 2010

Cemburu, cerewet, celupar...


credit to google

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI
dari Dr Fadillah Kamsah


C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri  kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
 
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

July 13, 2010

Petua

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.


Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba. 


Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

 
Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

 

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang


Mengempiskan Perut
 Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.


Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.



Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang



Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.


Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.



Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.


Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

 
Menghilangkan Kelemumur 
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.





January 2, 2010

Hubungi Deena

Deena boleh dihubungi melalui email : dinaffi@gmail.com atau facebook : DeenaYasmin

Penafian / Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar peribadi ( hasil nukilan deena sendiri ) di Deena's Blog ini tidak boleh ditiru,(melainkan ada dinyatakan atau diletak link asal dimana ianya diambil). dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat menyakitkan hati, menganiaya, menggugut atau menggangu orang lain, atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, samada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat utk menyakitkan hati, menganiya, menggugut atau menggangu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat eletronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Tinggalkan jejak anda

CITER DAH BASI

~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this